Puspanita Bandaraya

Puspanita Bandaraya Page rasmi PUSPANITA Cawangan Dearah Kota Kinabalu.

STRETCH & CHILL: BAH..YOGA KITA  ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN DAERAH KOTA KINABALU20 September 2025 (Sabtu): Program “Stre...
20/09/2025

STRETCH & CHILL: BAH..YOGA KITA
ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN DAERAH KOTA KINABALU

20 September 2025 (Sabtu): Program “Stretch & Chill: Bah..Yoga Kita” telah dianjurkan dengan jayanya oleh PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu di Taman Awam Tanjung Aru bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta menggalakkan aktiviti riadah luar dalam suasana semula jadi yang nyaman.

Sesi yoga dikendalikan oleh instruktur berpengalaman daripada penganjur’ Yoga By The Beach’, Puan Tanty yang membimbing peserta melalui pelbagai teknik pernafasan dan postur yoga sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan.

Program turut diserikan dengan penyediaan ' _light breakfast'_ bagi para peserta, menambah suasana santai dan mesra komuniti.

Pengerusi PUSPANITA CDKK, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, turut hadir memeriahkan program dan menyampaikan sokongan kepada usaha memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan positif dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dikalangan ahli-ahli PUSPANITA CDKK dan komuniti.





PROGRAM: KK CLEANUP DAY 2.0 DAN PELANCARAN CABARAN ‘KAMPUNGKU BERSIH’ EDISI KEPULAUAN   23 OGOS 2025 (SABTU)-PUSPANITA C...
20/09/2025

PROGRAM: KK CLEANUP DAY 2.0 DAN PELANCARAN CABARAN ‘KAMPUNGKU BERSIH’ EDISI KEPULAUAN

23 OGOS 2025 (SABTU)-PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu telah mengambil bahagian secara aktif dalam Program KK Cleanup Day 2.0 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu. Seramai 10 orang ahli PCDKK yang diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Kinabalu, Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti binti Mohamad Soffi telah hadir dalam program ini.

Aktiviti senamrobik yang dijalankan secara beramai-ramai di tapak program sebagai acara pembukaan Ini disusuli dengan acara simbolik sumbangan penyerahan kelengkapan surau seperti telengkung, almari, kerusi plastik dan tikar sejadah kepada DBKK yang disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA, Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, sebagai tanda sokongan kepada keceriaan fasiliti di kawasan Anjung Senja

PCDKK telah bergotong-royong menceriakan ruang surau lelaki dan perempuan dan ini menunjukkan keprihatinan PCDKK terhadap kebersihan dan kesejahteraan bandar raya dan sekali gus memberi sumbangan secara aktif ke arah pembangunan komuniti yang harmoni dan sejahtera.

Disediakan oleh:
PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu
23 Ogos 2025

Address

Bangunan Centre Point Tingkat 7
Kota Kinabalu
88000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Bandaraya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share