KUASA Rakyat SABAH

KUASA Rakyat SABAH Demi memperjuangkan dan mempertahankan hak, maruah dan masa depan sabahan

27/04/2025

YB WARISAN BONGKAR KELEMAHAN PROJEK JKR YANG DIDAKWA "MEMUASKAN" OLEH MENTERI?!

YB Warisan mendedahkan kelemahan kerja kontraktor JKR yang jauh daripada memuaskan—bercanggah dengan kenyataan menteri di Dewan. Jalan berlubang masih berleluasa di Sabah, tapi menteri dan pegawai hanya duduk terima laporan tanpa turun padang. Mana QC dan pemantauan JKR?!

Isu ketelusan dan penyalahgunaan kuasa semakin jelas: Jalan sepatutnya 4 inci, tapi subkontraktor hanya tebal 2 inci. Siapa yang dapat untung?! Rakyat terus rugi!

Ini bukan fitnah—INI FAKTA. Saksikan sendiri bukti dalam video ini.

Semua wakil rakyat WAJIB turun padang, bukan hanya goyang kaki di Dewan. Jangan jadi tukang isi tempat kosong dan makan gaji buta!

LIKE, SHARE & FOLLOW demi keadilan dan pembangunan yang telus untuk rakyat Sabah!

24/04/2025

TAJUK VIDEO:
" MENTERI PALUI KENA SEKOLAH DALAM DEWAN! DSSA TAMPAR DENGAN FAKTA, BUKAN AUTA! ”
RM8 JUTA vs RM600 JUTA : Siapa sebenarnya TIDAK TAHU MALU?!

DESKRIPSI VIDEO:

Punya tembirang seorang Menteri GRS ni dalam dewan main hentam keromoh, cakap ikut sedap mulut tanpa data, tanpa kajian, tanpa fakta! DSSA terus sekolahkan depan semua... Jatuh air muka! Bikin malu Kerajaan GRS SMJ.

RM8 juta dengan RM600 juta pun tak boleh beza?! Beginikah tahap pemimpin Sabah sekarang? Hamzah Zainudin pun pernah cakap "Mereka memang PALUI!"

Sudah tiba masanya kita TUKAR mereka. Jangan biar masa depan Sabah terus dirosakkan oleh mereka yang hanya pandai bercakap, tapi gagal bekerja.

LIKE, FOLLOW & SHARE "KUASA RAKYAT"
Demi manfaat dan faedah Sabahan bersama.
In God We Trust, Unite We Must!
Selamatkan Sabah. Bersama WARISAN.

23/04/2025

Mohon real Sabahan untuk FOLLOW & LIKE Page kita KUASA Rakyat SABAH

TAJUK VIDEO:

DSSA SMACK DOWN MENTERI DI DALAM DEWAN?!

“ KONON LAHAD DATU CANGGIH?! Tapi 50,000 Anak Sabah Lari Cari Kerja di Semenanjung! ”

‘Pelabuhan Moden’, Tapi Air & Elektrik Pun Tak Stabil – Siapa Sebenarnya GAGAL?!

DESKRIPSI VIDEO:

Menteri Kerajaan GRS dengan bangganya kata “Pelabuhan Lahad Datu sangat canggih dan moden”... Tapi soalan besar untuk Menteri: Kalau betul canggih, kenapa lebih 50,000 anak-anak Sabah dari Lahad Datu dan Kunak terpaksa berhijrah ke Semenanjung cari kerja?

Lahad Datu masih berdepan dengan masalah elektrik dan air yang tak pernah selesai. Hari-hari mati, hari-hari catu. Rakyat menderita, tapi Menteri sibuk membodek dan putar fakta untuk nampak kerajaan mereka bagus.

Ini bukan soal politik, ini soal maruah dan masa depan Sabah!
Kalau mereka terus bercakap tanpa buat kerja, kita Wajib TUKAR!

LIKE, FOLLOW & SHARE “KUASA RAKYAT”
Kerana suara kita, suara rakyat, demi manfaat dan faedah seluruh Sabahan. *Sabahan adalah KUASA Rakyat SABAH!* yang menentukan masa depan anak cucu cicit kita sabahan.

23/04/2025

DSSA TANYA PASAL LESEN BALAK 32,295 HEKTAR | JAWAPAN CM SABAH "SAYA SENDIRI PUN TIDAK TAHU KEDUDUKAN SEBENARNYA..."?!

Matailah Joe… Inikah tahap seorang Ketua Menteri Sabah? Bila ditanya tentang lesen balak seluas 32,295 hektar, jawapan yang diberikan mengejutkan seluruh rakyat: "Saya sendiri pun tidak tahu kedudukan sebenarnya." Betul-betul MEMALUKAN! Beginikah cara pentadbiran negeri dijalankan?

Rakyat Sabah perlu tahu ke mana perginya hasil negeri. Jangan sampai duit rakyat dibazirkan tanpa kawalan! Patutlah pentadbiran Sabah bertambah huru-hara, urus tadbir lemah, tiada ketelusan, tiada akauntabiliti!

Adakah anda sudah bersedia untuk PRN ke-17? Masa untuk rakyat bangkit dan KUASA RAKYAT mengambil tempat!

*LIKE & FOLLOW "KUASA Rakyat SABAH"* untuk lebih banyak pendedahan berani dan suara rakyat sebenar!

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUASA Rakyat SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share