Penerangan KEADILAN Sabah

Penerangan KEADILAN Sabah Lidah Rasmi KEADILAN Sabah. Dikendalikan oleh Pejabat Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, pimpinan Sdr. Farid Sainuri

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ31 Ogos 2026YB Datuk Ts. Mustapha SakmudMenteri di Jabatan Perdana Menteri (S...
06/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

31 Ogos 2026

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)

1. Setiap 31 Ogos, kita mengenang perjalanan panjang menuju sebuah negara bernama Malaysia. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan pemerintahan sendiri Sabah pada 31 Ogos 1963 yang kini dikenang melalui Hari Sabah, mengingatkan kita kepada keberanian generasi terdahulu menentukan masa depan tanah air.

2. Daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan di Tanah Melayu, Tun Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha di Sabah, hingga Tun Datuk Haji Abang Openg Abang Sapiie, Tun Jugah Barieng dan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Sarawak. Perjuangan mereka semua akhirnya bertemu pada satu tekad: ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

3. Hari ini, kemerdekaan harus diterjemahkan kepada kesejahteraan dan kekuatan ekonomi rakyat. Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2026 memperlihatkan usaha Kerajaan MADANI memperkukuh kedua-duanya apabila peruntukan STR dan SARA mencecah RM15 bilion setahun, tertinggi dalam sejarah bantuan rakyat, di samping peluasan SARA untuk semua. Pada masa yang sama, tambahan RM1 bilion menjadikan keseluruhan pembiayaan mikro RM6 bilion, disertai RM200 juta Geran Sejahtera MADANI untuk peniaga kecil termasuk ibu yang berniaga dari rumah, penjaja dan peniaga pasar malam.

4. Langkah ini amat penting khususnya apabila median pendapatan isi rumah dua tahun lepas di Sabah ialah RM4,890 dan Sarawak RM5,504, masih di bawah median nasional RM7,017. Pendekatannya jelas; STR dan SARA menjaga kesejahteraan serta kuasa beli rakyat, manakala geran dan pembiayaan mikro membuka ruang untuk rakyat meningkatkan pendapatan melalui perniagaan dan keusahawanan. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ธ๐—ผ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ธ.

5. Kerajaan turut menambah baik kelayakan BUDI MADANI RON95 daripada 200 kepada 300 liter dan BUDI Diesel daripada 300 kepada 400 liter sebulan, memberi manfaat kepada sekitar 16 juta pengguna BUDI95 dan lebih 500,000 pengguna diesel termasuk pikap dan jip. Bagi Sabah dan Sarawak, langkah ini amat bermakna kerana jarak perjalanan yang jauh, taburan penempatan, keterbatasan pengangkutan awam serta kebergantungan terhadap kenderaan di luar bandar dan pedalaman. ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ด๐—ฒ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐˜„๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ-๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ.

6. Dalam pendidikan, peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bagi 2027 ditingkatkan daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion. Keperluan ini amat besar di Borneo. Di Sabah sahaja, RM4.6 bilion telah diluluskan bagi pembangunan semula sekolah daif sepanjang 2023 hingga 2026. Justeru, sekolah daif dan sekolah yang masih tercicir daripada kemudahan asas di Sabah dan Sarawak mesti terus diberikan perhatian khusus. ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ฟ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ด๐—ฒ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.

7. Selain itu, kenaikan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta p**a mengurangkan beban pematuhan kepada kira-kira 1.1 juta perniagaan. Sekali lagi membuktikan Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara semua sektor. ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.

8. Inilah kemerdekaan yang mesti kita isi. Bukan sekadar merdeka pada nama, tetapi membebaskan rakyat daripada kemiskinan, kesenjangan dan ketidaksamarataan peluang. Kemajuan Malaysia mesti meningkatkan kuasa beli rakyat, membuka lebih banyak peluang mencari rezeki serta memastikan pendidikan dan pembangunan sampai kepada setiap rakyat, sama ada di kota mahupun jauh di pedalaman.

9. ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต, ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Selamat Hari Sabah ke-63.

๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ!
๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ!
๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ!

Terbukti PMX mendengar keluhan rakyat!
30/08/2026

Terbukti PMX mendengar keluhan rakyat!

25/08/2026

MA63 bukan sekadar soal tuntutan wilayah. Ia adalah amanah sejarah dan asas penting dalam membina hubungan Persekutuan-Borneo yang lebih kukuh.

Saya amat menghargai perhatian yang diberikan oleh Sinar Harian melalui artikel โ€œMustapha Sakmud: โ€˜Juruteraโ€™ di sebalik MA63โ€, yang mengangkat perspektif bahawa pelaksanaan MA63 memerlukan lebih daripada retorik. Ia memerlukan pelan, penyelarasan, keputusan dan pelaksanaan.

Sebagai seorang anak Borneo dan berlatarbelakangkan kejuruteraan, saya melihat tanggungjawab ini sebagai satu amanah besar. Tuntutan yang dipersetujui perlu diterjemahkan kepada dasar dan keputusan yang jelas, sebelum akhirnya membawa manfaat sebenar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Pendekatan kita mesti bergerak daripada konfrontasi kepada penyelesaian, daripada retorik kepada pelaksanaan, dan daripada tuntutan yang berasingan kepada penyelarasan yang lebih tersusun.

Dalam masa yang sama, Sabah dan Sarawak perlu terus dilihat sebagai rakan dalam Persekutuan. Kita membina jambatan melalui rundingan, persefahaman dan kepercayaan.

Matlamat akhirnya jelas iaitu memastikan hak yang dipersetujui dalam MA63 benar-benar mempunyai asas pelaksanaan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Terima kasih kepada Sinar Harian atas kupasan dan pandangan yang diberikan.

MA63 kita perkasa, hubungan Persekutuan-Borneo kita kukuhkan, manfaat rakyat kita utamakan.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›๐—š๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฅ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒMemetik kenyataan media Setiausaha PAS Sabah, S...
21/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

๐—š๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฅ
๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Memetik kenyataan media Setiausaha PAS Sabah, Sdr. Sahar pada 19 Ogos yang lepas: (https://www.facebook.com/share/p/194tJdhZgr/?mibextid=wwXIfr)

PAS Sabah mahu bercakap tentang politik prestasi. Akan tetapi, politik prestasi tidak boleh bermula pada tahun 2026 sahaja. Kalau betul mahu membandingkan prestasi, mari kita buka keseluruhan rekod.

Apa yang dilakukan ketika PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang dilakukan Kerajaan MADANI, dan bagaimana p**a prestasi negeri-negeri yang telah lama ditadbir PAS.

๐—›๐—”๐—ž ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ

PAS Sabah bertanya bila hak 40 peratus Sabah akan dimuktamadkan?

Kerajaan MADANI sendiri tidak pernah mengatakan bayaran interim menggantikan hak perlembagaan Sabah.

Tetapi PAS juga wajib menjawab satu soalan yang lebih asas: ketika PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana keberanian mereka memperjuangkan 40 peratus Hak Sabah itu?

Rekod rasmi Kementerian Kewangan menunjukkan kadar Pemberian Khas Sabah kekal sekitar RM26.7 juta setahun sejak 1973 sebelum semakan berikutnya. Lebih penting, pada era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin dimana PAS di dalam pentadbiran pada ketika itu, pendirian Kerajaan Persekutuan yang dinyatakan di Parlimen pada 2021 ialah formula Perkara 112C dianggap tidak lagi terpakai selepas semakan di bawah Perkara 112D, malah cadangan berasaskan 40 peratus dikaitkan dengan kekangan fiskal kerajaan.

Jadi apabila PAS hari ini tampil sebagai jaguh hak 40 peratus Sabah, rakyat berhak bertanya: mengapa pendirian sebegitu tidak dilawan habis-habisan ketika PAS sendiri berada dalam kerajaan?

Selepas pertukaran kerajaan, barulah angka dan tindakan mula berpihak kepada rakyat Sabah.

Pada 2022, Pemberian Khas Sabah disemak kepada RM125.6 juta. Di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim bagaimana p**a?

Ianya meningkat kepada RM300 juta pada 2023, RM600 juta pada 2025, dan kini RM1.5 bilion pada 2026.

Dalam masa yang sama, Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak juga menyatakan bahawa 9 daripada 13 tuntutan MA63 yang telah dimuktamadkan diselesaikan di bawah Kerajaan MADANI.

Adakah RM1.5 bilion itu penyelesaian akhir kepada formula 40 peratus? Tidak.

Adakah Kerajaan MADANI mengatakan hak Sabah sudah selesai hanya kerana RM1.5 bilion dibayar? Tidak.

Pembayaran muktamad masih perlu diselesaikan melalui proses Perkara 112C dan 112D serta rundingan Kerajaan Persekutuanโ€“Kerajaan Sabah.

Tetapi bezanya jelas: Kerajaan MADANI bukan sekadar bercakap mengenai hak Sabah. Tapi dizahirkan melalui jumlah pembayaran yang meningkat secara substantif.

Itulah politik prestasi. Bukan politik retorik!

๐— ๐—”๐Ÿฒ๐Ÿฏ: ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Antara kemajuan di bawah Kerajaan MADANI ialah pengukuhan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam LHDN, penurunan kuasa pelaksanaan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak serta penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah.

Kerajaan MADANI juga menaikkan peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Sabah daripada RM4.4 bilion pada 2022 kepada RM6.9 bilion bagi 2026. Walaupun kuasa kawal selia elektrik telah dipindahkan kepada Sabah, Kerajaan Persekutuan masih menyediakan sekitar RM1.2 bilion subsidi bagi membantu kestabilan bekalan elektrik Sabah.

Maka jangan gambarkan MA63 seolah-olah tidak ada perkembangan positif hanya kerana semua perkara belum selesai.

MA63 bukan slogan tiap kali PRU/PRN menghampiri. Ianya adalah proses mengembalikan kuasa, memperbetulkan struktur dan melaksanakan hak yang tertangguh berdekad-dekad. Zaman kamu ada kuasa kamu buat apa? Main Tiktok sebar berita palsu?

๐—”๐—œ๐—ฅ, ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก: ๐—ฌ๐—”, ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ

Kita tidak perlu menafikan realiti. Sabah masih mempunyai masalah air, elektrik, jalan raya dan internet.

Kerajaan yang bertanggungjawab tidak mendakwa semuanya telah selesai.

Tetapi politik prestasi juga menuntut kita melihat sama ada kerajaan sedang meningkatkan pelaburan untuk menyelesaikannya. Belanjawan 2025 sahaja memperuntukkan RM6.7 bilion pembangunan Persekutuan kepada Sabah, selain pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan projek Sabah-Sarawak Link Road.

Di peringkat negeri p**a, Kerajaan GRS memperuntukkan perbelanjaan khusus yang besar bagi pemulihan bekalan air, operasi loji rawatan, penyelenggaraan jalan, jambatan dan cerun serta kemudahan awam.

Jadi, kita tidak mengatakan Sabah sudah sempurna.

Kita mengatakan masalah yang diwarisi selama puluhan tahun sedang ditangani melalui peruntukan, projek, penurunan kuasa dan kerjasama Persekutuanโ€“Negeri. Bukan adegan lakonan tunding jari salahkan orang lain.

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—›๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—œ๐—ฅ? ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›

PAS Sabah turut menggunakan isu air sebagai ukuran prestasi Kerajaan.

Bah, mari kita gunakan ukuran yang sama terhadap negeri yang mereka tadbir.

Data bagi 2023 menunjukkan kadar Non-Revenue Water (NRW) Sabah ialah 54.5% di Kelantan, 50.7% di Kedah dan 40.1% di Terengganu, berbanding purata Semenanjung dan Labuan 34.6%. (Repositori Parlimen Malaysiaโ )

Malah pada Jun 2026, data masih menunjukkan Kelantan dan Kedah antara negeri dengan kadar NRW tertinggi negara, sekitar 53% dan 51.1%.

Kelantan p**a telah diperintah PAS untuk tempoh yang sangat panjang.

Kalau masalah air Sabah mahu dijadikan bukti kegagalan sebuah kerajaan, apakah ukuran yang PAS mahu gunakan terhadap dirinya sendiri di Kelantan?

Lebih ironik, Kerajaan Persekutuan MADANI juga yang menyediakan RM69.18 juta geran di bawah Program NRW Kebangsaan untuk membantu Kelantan mengurangkan kehilangan air. Saya ulang, YAB PMX yang tolong Kelantan. Tapi beliau jugalah di maki hari-hari oleh penyokong PAS.

Kita tidak mempertikaikan bantuan itu. Kelantan adalah sebahagian Malaysia dan rakyat Kelantan berhak dibantu tanpa mengira parti.

Tetapi jangan datang ke Sabah memberi kuliah tentang kegagalan infrastruktur seolah-olah rekod pentadbiran sendiri tidak boleh diperiksa.

๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ฉ๐—ฆ ๐—ฆ๐—š๐Ÿฐ: ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—œ

Kalau PAS benar-benar mahu pertandingan berasaskan prestasi, kita juga boleh membandingkan Kerajaan GRS Sabah dengan negeri-negeri utama SG4.

Sabah memang mempunyai cabaran pembangunan yang besar, tetapi kerajaan negeri telah berjaya mengekalkan hasil negeri pada paras melebihi RM6 bilion, dengan hasil sebenar 2024 sebanyak RM6.842 bilion dan anggaran disemak 2025 sebanyak RM6.658 bilion.

Dalam ekonomi p**a, data DOSM 2025 menunjukkan KDNK per kapita Sabah sekitar RM31,125, berbanding Kedah RM28,537 dan Kelantan RM18,085. Terengganu berada sedikit lebih tinggi pada RM32,657.

Angka ini bukan bermaksud Sabah tiada kelemahan. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa slogan โ€œSG4โ€ semata-mata bukan bukti automatik bahawa model pentadbiran PAS lebih berjaya.

Kalau mahu politik prestasi, ukur hasil negeri, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan, air, jalan, pendidikan, kebajikan dan keupayaan kerajaan bekerjasama mendapatkan manfaat untuk rakyat.

๐—•๐—จ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ

Mengenai BUDI terutamanya BUDI DIESEL, kita tidak perlu berselindung.

Realiti Sabah memang berbeza. Jarak perjalanan lebih jauh, pengangkutan awam terhad dan masyarakat luar bandar lebih bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda.

Sebab itu suara dari KEADILAN Sabah sendiri terus mendesak supaya mekanisme dan kuota subsidi mengambil kira keperluan sebenar mengikut geografi, lokaliti dan juga pemilikan kenderaan.

Inilah beza politik dasar dengan politik propaganda.

Kalau sesuatu dasar perlu diperbaiki, kita perbaiki. Kita tidak mempertahankannya secara membuta tuli hanya kerana ia dasar kerajaan sendiri.

๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž

Isu tambang penerbangan Sabahโ€“Semenanjung memang isu rakyat dan perlu terus ditangani. Tetapi politik prestasi juga bermaksud kita mesti jujur mengenai bidang kuasa.

Datuk YB Mustapha Sakmud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menggunakan saluran dalam Mesyuarat Kabinet untuk membincangkan isu kenaikan harga tiket ini untuk tindakan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian berkaitan.

Sesi libat urus bersama Syarikat penerbangan juga sudah dan sedang dijalankan untuk mencari solusi terbaik terutama kepada bakal mahasiswa yang akan mendaftar ke Institusi Pengajian Tinggi dan TVET bermula bulan September ini.

Selain itu, opsyen-opsyen lain seperti kerjasama rentas syarikat penerbangan tempatan dan luar juga sedang diteroka demi menurunkan kos operasi.

Akhir kalam,

Kami tidak takut dinilai.
Nilailah Kerajaan MADANI.
Nilailah Kerajaan GRS.

Tapi jangan lupa cermin diri sendiri juga ketika PAS berada di kerusi kekuasaan. Yang semua orang ingat ialah minyak masak melambung naik, minyak paket entah hilang ke mana.

Dan paling penting, nilailah kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan KPI yang sama yang PAS Sabah mahu gunakan terhadap Sabah.

Jangan ketika tidak memerintah, semua masalah mesti diselesaikan serta-merta. Tetapi apabila memerintah negeri sendiri berdekad-dekad, rakyat diminta terus bersabar.

Jangan hari ini bercakap lantang mengenai hak 40 peratus Sabah tetapi melupakan apa pendirian Kerajaan Persekutuan ketika PAS sendiri berada di Putrajaya.

Kerajaan MADANI masih ada kerja yang belum selesai. Kerajaan GRS juga sedang berhempas p**as menyelesaikan isu rakyat.

Tetapi prestasi mesti dinilai berdasarkan rekod, bukan siapa paling kuat menjerit.

Dalam isu hak Sabah khususnya, rekodnya cukup jelas:

RM26.7 juta โ†’ RM125.6 juta โ†’ RM300 juta โ†’ RM600 juta โ†’ RM1.5 bilion.

Perjalanan mendapatkan hak 40 peratus belum berakhir. Sebab itu rundingan dan proses perlembagaan mesti diteruskan sehingga formula yang sewajarnya dimuktamadkan.

Tetapi jika PAS mahu bertanya siapa yang telah menaikkan pembayaran lebih tinggi, angka itu sendiri sudah memberikan jawapan.

PAS yang naikkan?

Dalam mimpilah. Insan bernama Anwar Ibrahim yang jayakan!

Sabah tidak memerlukan politik identiti yang memecah belah rakyat.

Sabah juga tidak memerlukan politik yang hanya tahu mencari salah. PAS Sabah, cermin lah diri sendiri dahulu.

๐—š๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ
๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›
21 Ogos 2026

21/08/2026

KENYATAAN MEDIAPENDEKATAN EKONOMI BERASASKAN KEPERLUAN ADALAH LANGKAH KEHADAPAN UNTUK SABAHKEADILAN Sabah menghargai kes...
16/08/2026

KENYATAAN MEDIA

PENDEKATAN EKONOMI BERASASKAN KEPERLUAN ADALAH LANGKAH KEHADAPAN UNTUK SABAH

KEADILAN Sabah menghargai kesediaan YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju untuk terus menilai semula keperluan subsidi bahan api yang berbeza bagi Sabah dan Sarawak, selepas mendengar perbahasan serta pandangan wakil kedua-dua wilayah dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka.

Kesediaan ini penting kerana Sabah mempunyai realiti geografi dan sosioekonomi yang berbeza, termasuk jarak perjalanan yang jauh, pengangkutan awam yang terhad serta kebergantungan rakyat luar bandar dan pedalaman kepada kenderaan untuk bekerja, mengurus keluarga dan menjalankan aktiviti ekonomi.

Kita turut menyambut baik penegasan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa pelaksanaan BUDI Diesel akan terus dipantau dan ditambah baik berdasarkan maklum balas rakyat, termasuk kemudahan tambahan kuota serta pemindahan kelayakan kepada ahli keluarga terdekat. Ini menunjukkan kerajaan bersedia menyesuaikan pelaksanaan subsidi supaya manfaatnya sampai kepada pengguna sebenar, tanpa membuka ruang kepada ketirisan.

Selaras dengan pendekatan Needs-Based Economy atau Ekonomi Berasaskan Keperluan yang ditegaskan Pengerusi MPN KEADILAN Sabah, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, kami mencadangkan kuota subsidi diesel dan petrol bagi rakyat Sabah dinilai semula dan ditingkatkan berdasarkan keperluan sebenar, bukannya menggunakan pendekatan one-size-fits-all.

Pada masa sama, mekanisme BUDI Diesel perlu dipermudahkan dan sedapat mungkin diselaraskan dengan BUDI MADANI Petrol, dengan kelayakan lebih mudah berasaskan MyKad dan lesen memandu. Ramai rakyat Sabah menggunakan kenderaan yang dipinjam, dikongsi dalam keluarga atau didaftarkan atas nama ahli keluarga lain. Justeru, subsidi sewajarnya mengikuti individu yang layak dan memerlukan, bukan semata-mata pemilikan kenderaan.

Hakikat bahawa kira-kira 120,000 pemilik pikap dan jip di Sabah dikenal pasti layak memohon kuota diesel melebihi 300 liter tetapi hanya sekitar 49,000 telah memohon menunjukkan masih ada ruang untuk proses dan syarat dipermudahkan.

Kita menyokong subsidi bersasar bagi mengelakkan ketirisan, namun pelaksanaannya jangan terlalu rumit sehingga rakyat yang benar-benar layak tercicir.

Naikkan kuota berdasarkan keperluan, mudahkan proses dan pastikan subsidi sampai kepada rakyat yang memerlukan. Inilah semangat Ekonomi Berasaskan Keperluan yang harus menjadi asas pelaksanaan subsidi bahan api di Sabah.

AHMAD FARID SAINURI
Ketua Penerangan KEADILAN Sabah

16 Ogos 2026

SABAH TOLAK POLITIK PERKAUMAN, UTAMAKAN EKONOMI BERASASKAN KEPERLUANRakyat Sabah semakin matang dan tidak harus diheret ...
16/08/2026

SABAH TOLAK POLITIK PERKAUMAN, UTAMAKAN EKONOMI BERASASKAN KEPERLUAN

Rakyat Sabah semakin matang dan tidak harus diheret ke dalam kancah politik perkauman serta politik identiti sempit yang masih dimainkan oleh pihak tertentu.

Politik yang menakutkan satu kaum terhadap kaum lain atau menjadikan agama sebagai garis pemisah hanya memecah-belahkan rakyat. Seperti ditegaskan dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026, kita perlu beralih daripada politik identiti kepada politik prestasi yang dinilai melalui ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Di Sabah, kepelbagaian kaum, agama dan budaya adalah kekuatan. Persoalan rakyat hari ini bukan siapa datang daripada kaum atau agama mana, tetapi siapa mampu menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka.

Sebab itu KEADILAN Sabah mahu pendekatan โ€œNeeds-Based Economyโ€ atau Ekonomi Berasaskan Keperluan diperkukuhkan. Dasar dan bantuan kerajaan perlu ditentukan berdasarkan keperluan sebenar rakyat, jurang pembangunan, tahap pendapatan dan realiti geografi sesuatu wilayah, bukan semata-mata berdasarkan kaum atau pendekatan โ€œone-size-fits-allโ€.

Bagi Sabah, prinsip ini penting dalam isu subsidi bahan api, pendidikan, kesihatan, air, elektrik, jalan raya, internet dan pembangunan luar bandar. Rakyat yang paling memerlukan mesti menerima perhatian dan bantuan yang sewajarnya, tanpa mengira kaum dan agama.

Itulah asas bagi KEADILAN Sabah untuk memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk menilai semula kuota Diesel dan Petrol agar dapat menampung keperluan rakyat Borneo.

Peningkatan Pemberian Khas Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion di bawah pentadbiran Kerajaan Madani adalah contoh bagaimana keperluan dan ketidakseimbangan pembangunan boleh ditangani melalui dasar. Pada masa sama, penyelesaian hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah mesti terus menjadi keutamaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63.

Sudah tiba masanya kita meninggalkan politik yang berlumba-lumba memainkan sentimen kaum dan agama. Bersainglah melalui dasar, prestasi dan kemampuan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Mustapha Sakmud
Pengerusi MPN KEADILAN Sabah

16 Ogos 2026
Kongres Keadilan Nasional 2026
MITC, Melaka

Address

Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan KEADILAN Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share