Cawangan PGRS Nosoob Baru - N.25 Kepayan

Cawangan PGRS Nosoob Baru - N.25 Kepayan “ Dari rakyat untuk rakyat ” Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK

Ketua Cawangan Dr. Terry Lantai bersama-sama Ketua Pemuda Tuan Wilson Chiok, Ketua Penerangan Tuan Evron Tsai serta Ajk-...
10/07/2026

Ketua Cawangan Dr. Terry Lantai bersama-sama Ketua Pemuda Tuan Wilson Chiok, Ketua Penerangan Tuan Evron Tsai serta Ajk-ajk Penyelaras PGRS Nosoob Bahang Tuan Johnay memandang serius aduan hari ini yang diterima daripada tuan rumah berkenaan insiden percikan elektrik di Kg. Nosoob Baru Penampang.

Tindakan segera telah diambil sebaik sahaja aduan diterima. Lampu solar di kawasan tersebut telah diturunkan serta-merta bagi mengelakkan sebarang risiko.

Siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila kabel elektrik bersentuh dengan lampu solar yang dipasang di kawasan tepi kediaman tuan rumah yang menyebabkan situasi panik.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak UPPM Kapayan N.25 dan tindakan susulan akan dijalankan sepenuhnya oleh mereka.

PGRS Nosoob Bahang komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa diutamakan.

Demi Rakyat, Untuk Rakyat 💪🏻

#𝗗𝗮𝗿𝗶𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 .25

We are on the quest to find the BEST VOICE! Join VOICE QUEST SINGING COMPETITION 2026 Organized by PGRS Nosoob Bahang! T...
08/07/2026

We are on the quest to find the BEST VOICE! Join VOICE QUEST SINGING COMPETITION 2026 Organized by PGRS Nosoob Bahang! This is YOUR stage. This is YOUR moment. Come show us what you got!

Bah mari kita Cari Bintang Vokal Baharu!Sertai PERTANDINGAN NYANYIAN VOICE QUEST 2026 Anjuran PGRS Nosoob Bahang! Ini PENTAS ANDA. Ini MASA ANDA. Mari tunjukkan bakat anda!

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Donna- 011 35370037
Diana J- 012 8652981
Borneo Street Entertainment - 01133886177

#𝗗𝗮𝗿𝗶𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 .25

✨PROGRAM GATHER GATHER BERSAMA UPPM KAPAYAN JUALAN RAHMAH MADANI BERGERAK✨Ketua Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK, Dr. Ter...
27/06/2026

✨PROGRAM GATHER GATHER BERSAMA UPPM KAPAYAN JUALAN RAHMAH MADANI BERGERAK✨

Ketua Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK, Dr. Terry Lantai telah bersama-sama menyertai Program Gather Gather anjuran UPPM Kapayan bersama YB Datuk Dr. Stephen Jacob Jimbangan, Ketua Bahagian PGRS Kapayan N.25 sempena Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak.

Program ini merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan menawarkan barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan. Kehadiran para pemimpin bersama masyarakat mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati rakyat serta memastikan kebajikan dan keperluan mereka sentiasa diberi perhatian.

#𝗗𝗮𝗿𝗶𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

Salam takziah yang tulus kepada keluarga Puan Marcella Marcus J. Yagut selaku Timbalan Ketua Wanita Cawangan PGRS Nosoob...
27/06/2026

Salam takziah yang tulus kepada keluarga Puan Marcella Marcus J. Yagut selaku Timbalan Ketua Wanita Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK atas pemergian mendiang bapa Tuan Sinoriver Marcus John Yagut yang dikasihi.

Kehadiran Dr. Terry Lantai, Ketua Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK pada hari ini adalah sebagai tanda penghormatan terakhir serta sokongan kepada seluruh keluarga dalam saat yang penuh dukacita ini.

Semoga kasih dan damai sejahtera Tuhan menyertai serta menguatkan keluarga yang ditinggalkan. Kiranya Tuhan memberikan penghiburan, kekuatan, dan pengharapan pada waktu yang sukar ini.

Beristirahatlah dalam damai 🙏🏻🤍🕊️

#𝗗𝗮𝗿𝗶𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

19/06/2026

Program Bantuan Keperluan merupakan salah satu Inisiatif Lestari di bawah PGRS Nosoob Bahang SMK yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan barangan keperluan asas.

Program Fasa Kedua ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di bawah kepimpinan Ketua Cawangan Dr. Terry Lantai. Turut hadir ialah Ketua Bahagian PGRS N.25 Kapayan, Datuk Dr. Stephen Jimbangan; AJK Bahagian N.25 Kapayan, Tuan Christopher Suimin; Ketua Wanita, Puan Diana James, bersama Timbalannya, Puan Marcella Marcus, Ketua Penerangan, Tuan Evron Tsai serta Ketua dan Timbalan AJK Penyelaras Cawangan, Tuan Billy dan Tuan Johnnay.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan PGRS Nosoob Bahang SMK dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

#𝗗𝗮𝗿𝗶𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

Ketua Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK, Dr. Terry Lantai, bersama ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) telah mengadakan lawatan t...
13/06/2026

Ketua Cawangan PGRS Nosoob Bahang SMK, Dr. Terry Lantai, bersama ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) telah mengadakan lawatan tinjauan ke kediaman Encik Felix Joinsos di Bukit Indah, Kampung Nosoob Baru.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk meninjau keadaan kediaman beliau yang sering dilanda masalah takungan air yang serius setiap kali hujan lebat.

Hasil pemeriksaan awal mendapati punca masalah takungan air yang serius di kawasan kediaman beliau telah dikenal pasti. Satu laporan bertulis yang lengkap berserta cadangan penyelesaian akan disediakan dan dikemukakan kemudian.

Laporan tersebut akan diserahkan kepada UPPM Kapayan untuk tindakan dan pertimbangan selanjutnya.

05/06/2026

Program Bakul Makanan merupakan salah satu Inisiatif Lestari di bawah PGRS Nosoob Bahang SMK yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan barangan keperluan asas.

Fasa Pertama program ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di bawah kepimpinan Ketua Cawangan Dr. Terry Lantai bersama Timbalan Ketua Cawangan Puan Leslie, Ketua Wanita Puan Diana James serta Timbalannya Puan Marcella, Ketua Pemuda Tuan Wilson serta Ketua dan Timbalan AJK Penyelaras Cawangan, Tuan Billy dan Tuan Johnnay.

Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini ialah AJK Bahagian N.25 Kapayan, Tuan Christopher Suimin.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan PGRS Nosoob Bahang SMK dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Happy Birthday to YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Deputy Chief Minister II and Minister of Finance of Sab...
02/06/2026

Happy Birthday to YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Deputy Chief Minister II and Minister of Finance of Sabah.

May YB Datuk Seri Panglima be continually blessed with good health, happiness, well-being and be granted the strength and wisdom to lead and serve for the progress and prosperity of the State of Sabah.

May all of YB Datuk Seri Panglima’s efforts and contributions continue to be blessed and serve as a catalyst for sustained success in realizing the aspirations of Sabah Maju Jaya. 🎉🎂🎈

Santai Kaamatan oleh Ketua Cawangan Nosoob Bahang SMK Dr. Terry Lantai sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat KDCA Ka...
18/05/2026

Santai Kaamatan oleh Ketua Cawangan Nosoob Bahang SMK Dr. Terry Lantai sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat KDCA Kapayan 2026 bersama-sama dengan Datuk Suman Yasambun Setiausaha Agung KDCA, Datuk John Chryso Masabal Naib Presiden KDCA, Datuk Kenny Chua, OKK Tuan Charles Masuil, Tuan Jude Logijin, Tuan Bernard Logijin dan Tuan Joeynord Bensin.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾

Address

Nosoob Baru Penampang
Kota Kinabalu
89500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan PGRS Nosoob Baru - N.25 Kepayan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share