Majlis Perbandaran Kota Samarahan

Majlis Perbandaran Kota Samarahan Laman ini dicipta bagi memudahkan urusan perkhidmatan dan juga bagi memaparkan segala aktiviti serta

SIDANG MEDIA KARNIVAL PERPADUAN STAKAN 202620 Ogos 2026 | Kota SamarahanMajlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari in...
21/08/2026

SIDANG MEDIA KARNIVAL PERPADUAN STAKAN 2026

20 Ogos 2026 | Kota Samarahan

Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini mengadakan Sidang Media Karnival Perpaduan Stakan 2026 yang disampaikan oleh Cr. Haji Abang Ismawi bin Abang Ali, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Sidang media ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha Perbandaran, Ahli-Ahli Majlis serta pegawai dan kakitangan MPKS.

Karnival Perpaduan Stakan 2026 akan berlangsung selama lima hari, iaitu dari 26 hingga 30 Ogos 2026, bertempat di UniCentral Commercial Park, Kota Samarahan.

Penganjuran karnival ini merupakan hasil kerjasama dan kolaborasi MPKS bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pusat Khidmat ADUN N.17 Stakan, Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), Belia Stakan dan SABERKAS Stakan, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat.

Karnival ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat, antaranya Stakan Idol, Puzzle Battle, Street Soccer, Penalty Kick, Fun Shot, Memanah Tradisional, Carom, Beyblade, Pertandingan Mewarna, Pertandingan OKU Patriotik serta Fashion Show menggunakan bahan 3R.

Aktiviti Fashion Show menggunakan bahan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) memberi peluang kepada peserta menghasilkan pakaian dan aksesori kreatif daripada bahan terpakai, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kitar semula dan penggunaan semula bahan.

Selain itu, Program Buy Back Campaign akan diadakan pada 29 Ogos 2026, memberi peluang kepada orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan pembelian semula. Program ini bertujuan menggalakkan amalan kitar semula, meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi anjing K9 yang akan memperlihatkan keupayaan dan peranan pasukan K9 dalam membantu tugas keselamatan dan penguatkuasaan, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan unit K9.

Sepanjang karnival berlangsung, sebanyak 60 vendor makanan dan minuman turut mengambil bahagian bagi menyediakan pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung.

Selain itu, tujuh (7) agensi dan organisasi akan mengadakan pameran, iaitu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarawak Metro, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) โ€“ Gold Card dan Persatuan Kebajikan Masyarakat Stakan (NGO).

Pameran ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat serta berinteraksi secara langsung dengan agensi berkaitan perkhidmatan kerajaan, keselamatan, pertahanan, pengangkutan awam dan kebajikan.

ACARA KEMUNCAK โ€“ 30 OGOS 2026

Acara kemuncak Karnival Perpaduan Stakan 2026 ialah National Day Night Run โ€“ Ambang Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2026 (Ahad).

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Hamzah bin Brahim, ADUN N.17 Stakan, dan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dengan anggaran penyertaan antara 2,500 hingga 3,000 peserta.

Penganjuran National Day Night Run ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk menyemarakkan semangat perpaduan, patriotisme dan cintakan negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

MPKS berharap Karnival Perpaduan Stakan 2026 dapat menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat, belia, agensi kerajaan, NGO dan pihak berkepentingan, di samping mewujudkan suasana komuniti yang harmoni, inklusif, aktif dan bersatu padu.

Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan Karnival Perpaduan Stakan 2026

Raikan Perpaduan, Semarakkan Komuniti!

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN MALAYSIA TIMUR & CHINA TIMUR LAUT KE MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN...
21/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN MALAYSIA TIMUR & CHINA TIMUR LAUT KE MAJLIS PERBANDARAN KOTA SAMARAHAN

MPKS, 21 Ogos 2026

Semalam, Cr Haji Abang Ismawi bin Abang Ali, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pembangunan Perniagaan Malaysia Timur & China Timur Laut.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang, khususnya yang merangkumi tadbir urus, pelancongan, kebudayaan, pendidikan, pembangunan bandar dan komuniti serta bidang-bidang lain yang berpotensi memberikan manfaat bersama.

Melalui kunjungan ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dan berkongsi idea berkaitan peluang kerjasama yang boleh diterokai, termasuk usaha memperkukuh hubungan, pertukaran pengetahuan dan kepakaran serta mewujudkan jaringan strategik agar dapat saling menyokong.

MPKS mengalu-alukan usaha kerjasama seperti ini, terutamanya yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada kemajuan Kota Samarahan dalam pelbagai aspek.

Diharapkan kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta kerjasama yang produktif, strategik dan berterusan antara MPKS dengan Persatuan Pembangunan Perniagaan Malaysia Timur & China Timur Laut pada masa hadapan.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Puan Hajah Zuraida binti Idris, Setiausaha Perbandaran MPKS, serta Ahli-Ahli Majlis MPKS.

21/08/2026

KARNIVAL PERPADUAN STAKAN SEMARAKKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

SAMARAHAN, 20 OGOS - Semangat perpaduan dan keharmonian terus dipertingkat menerusi penganjuran Karnival Perpaduan Stakan yang akan dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hujung bulan ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Kaunselor Abang Ismawi Abang Ali berkata pelbagai aktiviti akan diadakan terutama dalam memupuk semangat kebersamaan.

Majlis Perbandaran Kota Samarahan akan menganjurkan karnival perpaduan stakan 2026 selama 5 hari bermula 26 hingga 30 ogos 2026.

Menurut beliau program ini merupakan kerjasama dan kolaborasi MPKS bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pusat Khidmat ADUN N.17 Stakan, Yayasan Budaya Melayu Sarawak
(YBMS), Belia Stakan dan SABERKAS Stakan, dengan penglibatan agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan serta
komuniti setempat.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Perpaduan Stakan di Kota Samarahan hari ini.

Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik disediakan sepanjang lima hari bagi menggalakkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.

Turut diadakan Pertandingan Patriotisme dan Pertandingan Patriotic Story Telling dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, yang bertujuan menyemai semangat cintakan negara serta meningkatkan penghayatan
terhadap nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan peserta.

Sebanyak 7 agensi dan organisasi p**a akan mengadakan pameran bagi memberi penerangan secara langsung mengenai fungsi, perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan kepada komuniti.

Kemuncak program pada 30 Ogos ialah "National Day Night Run", Ambang Hari Kebangsaan 31 Ogos yang terbuka kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat cintakan negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

MADELINA

'Yang sahih di RTM'



๐Ÿ“ข Perbaharui Lesen Operasi Majlis Secara Dalam Talian!Tak perlu beratur lagi! Anda boleh memperbaharui lesen pada bila-b...
18/08/2026

๐Ÿ“ข Perbaharui Lesen Operasi Majlis Secara Dalam Talian!

Tak perlu beratur lagi! Anda boleh memperbaharui lesen pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui Sarawak Service Portal.

โœ… Mudah untuk membuat permohonan
โœ… Pembayaran dalam talian yang selamat
โœ… Cepat dan mudah

Ikuti sahaja panduan langkah demi langkah yang disediakan di bawah untuk melengkapkan proses pembaharuan lesen anda.

โš ๏ธ Sila pastikan lesen anda diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kesihatan Awam, Persekitaran & Perlesenan Majlis Perbandaran Kota Samarahan di talian 082-669000 pada waktu pejabat.

๐ŸŽ‰ PERTANDINGAN FASHION SHOW PATRIOTISME & 5R ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟJom sertai Pertandingan Fashion Show bertemakan Patriotisme & 5R โ€“ โ€œCint...
18/08/2026

๐ŸŽ‰ PERTANDINGAN FASHION SHOW PATRIOTISME & 5R ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟ

Jom sertai Pertandingan Fashion Show bertemakan Patriotisme & 5R โ€“ โ€œCinta Sarawak, Amalkan 5Rโ€yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah!

๐Ÿ“… 28 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 7.30 malam
๐Ÿ“ Pusat Komersial Taman Unicentral

Serlahkan kreativiti melalui rekaan fesyen menggunakan bahan kitar semula, elemen budaya Sarawak serta semangat patriotisme. ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

โœจ Gabungkan kreativiti, patriotisme dan 5R untuk masa depan yang lebih hijau dan gemilang!

๐Ÿ“ฒ Imbas QR Code pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Jom sertai! Jangan lepaskan peluang untuk berkarya dan tampil bergaya! ๐Ÿ”ฅ

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP FASILITI PELANCONGAN KAMPUNG PINANGKAMPUNG PINANG, KOTA SAMARAHAN | 14 OGOS 2026 (JUMAAT)M...
14/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP FASILITI PELANCONGAN KAMPUNG PINANG
KAMPUNG PINANG, KOTA SAMARAHAN | 14 OGOS 2026 (JUMAAT)
Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Siap Fasiliti Pelancongan Kampung Pinang pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), bertempat di Kampung Pinang, Kota Samarahan.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Rubiah Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan.

Projek Fasiliti Pelancongan Kampung Pinang yang bernilai RM500,000 ini merupakan projek yang dibiayai oleh Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) dengan MPKS bertindak sebagai agensi pelaksana.

Pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf tapak kemudahan asas serta penambahbaikan laluan akses menuju ke jeti, bagi meningkatkan tahap kemudahan dan keselesaan pengguna khususnya penduduk setempat.

Dengan siapnya projek ini, kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh penduduk Kampung Pinang, khususnya komuniti nelayan, dalam memudahkan urusan pergerakan keluar masuk ke jeti serta akses ke kawasan sungai.
Kemudahan berkenaan turut menyokong aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat setempat, termasuk aktiviti menangkap ikan dan memancing, di samping menyediakan ruang yang bersesuaian untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan.

Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis, acara turut menyaksikan penyerahan projek siap oleh MPKS kepada Ketua Kampung Pinang, yang disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Rubiah Wang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar serta sidang media bersama pengamal media di tapak projek.
Pelaksanaan dan penyerahan projek ini mencerminkan komitmen berterusan IRSDA dan MPKS dalam memperkasa penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Usaha ini juga dilihat berupaya menyokong peningkatan aktiviti ekonomi komuniti serta memperkukuh potensi pembangunan pelancongan di Kampung Pinang dan kawasan sekitarnya, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan pembangunan setempat secara mampan.

Turut hadir ialah Pengerusi MPKS, Setiausaha Perbandaran, Ahli-Ahli Majlis Muara Tuang, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kampung Pinang, wakil Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA), Ketua-Ketua Bahagian serta warga kerja MPKS dan pengamal media.

PERHIMPUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI SARAWAK 202612 Ogos 2026 | Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)Majlis Per...
12/08/2026

PERHIMPUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI SARAWAK 2026

12 Ogos 2026 | Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)

Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini turut menghadiri Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Integriti Sarawak 2026 yang bertema kan *Integriti Teras Kemakmuran Sarawak* yang telah berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), menghimpunkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Sarawak.

Perhimpunan ini bukan sahaja diadakan secara bersemuka di BCCK, malah turut disertai secara maya oleh pelbagai agensi dan warga kerja dari seluruh pelosok Sarawak, sekali gus memperluaskan penyampaian mesej serta penghayatan nilai integriti kepada seluruh warga perkhidmatan awam di negeri ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang memberi penekanan terhadap kepentingan penghayatan nilai integriti sebagai asas dalam pembentukan masyarakat dan pembangunan negeri.

Dalam ucapan beliau, Premier Sarawak turut menekankan bahawa integriti perlu bermula dari rumah, diperkukuhkan melalui pendidikan di sekolah dan seterusnya menular dalam kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, disiplin, tanggungjawab dan saling menghormati perlu diterapkan sejak kecil melalui didikan serta teladan yang baik dalam keluarga.
Nilai tersebut kemudiannya perlu diperkukuhkan di sekolah melalui pendidikan dan pembentukan sahsiah, sebelum diterapkan dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.

Apabila nilai integriti telah sebati dalam diri individu, ia akan turut membentuk masyarakat yang beretika, bertanggungjawab dan saling mempercayai.
Menurut beliau, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi turut mempunyai nilai moral serta etika yang kukuh. Penghayatan nilai-nilai tersebut kemudiannya perlu diteruskan dalam kehidupan bermasyarakat, alam pekerjaan dan khususnya dalam perkhidmatan awam.

Premier Sarawak turut menekankan bahawa integriti merupakan elemen penting dalam membina keyakinan rakyat serta meyakinkan para pelabur terhadap Sarawak. Amalan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti bukan sahaja memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan, malah menjadi asas kepada pembentukan persekitaran yang diyakini dan kondusif bagi menarik pelaburan serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Melalui Pelan Pembangunan PCDS 2030 membawa aspirasi besar untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju, berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan menjelang tahun 2030. Justeru, pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam merupakan elemen penting yang menyokong pencapaian aspirasi tersebut, demi memastikan Sarawak terus maju dengan tadbir urus yang cekap, telus dan diyakini.

Seterusnya, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak merasmikan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Integriti Sarawak 2026, yang menjadi wadah penting dalam memperkukuhkan komitmen seluruh warga perkhidmatan awam Sarawak terhadap penghayatan nilai integriti, amanah, ketelusan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab.

Turut hadir bersama ialah Setiausaha Perbandaran MPKS, Ketua-Ketua Bahagian serta warga kerja MPKS.

Penyertaan MPKS dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis dalam memperkukuhkan budaya kerja berintegriti serta memastikan setiap warga kerja melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, profesionalisme, ketelusan dan akauntabiliti, demi penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada masyarakat.

Integriti bukan sekadar nilai yang perlu disebut atau terkandung dalam sesuatu polisi, sebaliknya perlu diterapkan dalam setiap tindakan, keputusan dan penyampaian perkhidmatan. Penghayatan nilai ini secara konsisten oleh seluruh warga perkhidmatan awam akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuhkan keyakinan rakyat, menarik pelaburan serta memastikan pembangunan dan kemakmuran Sarawak dapat diteruskan secara mampan.

Hebahan AwamNotis Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Taksiran/PintuTarikh:19-20 Ogos 2026Masa: 8.30 pagi sehingga 3.00 petan...
11/08/2026

Hebahan Awam

Notis Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Taksiran/Pintu

Tarikh:19-20 Ogos 2026
Masa: 8.30 pagi sehingga 3.00 petang
Tempat: Perpustakaan Desa Moyan Laut

MAJLIS PENYERAHAN SIAP PROJEK NAIKTARAF HALAMAN SAMARAHANKota Samarahan | 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 3.00 PetangMajlis Penye...
08/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN SIAP PROJEK NAIKTARAF HALAMAN SAMARAHAN

Kota Samarahan | 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 3.00 Petang

Majlis Penyerahan Siap Projek Naiktaraf Halaman Samarahan telah berlangsung dengan jayanya pada petang tadi di Halaman Samarahan, bersebelahan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan.

Projek yang dilaksanakan oleh MPKS dengan pembiayaan Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 juta. Projek bermula pada 28 Mei 2026 dan telah berjaya disiapkan pada 17 Julai 2026, mendahului jadual asal iaitu 30 Julai 2026.

Majlis ringkas tersebut turut diserikan dengan gimik membuka tirai papan tanda โ€œHalaman Samarahanโ€ sebagai simbolik penyerahan siap projek.

Antara skop utama projek adalah kerja-kerja menurap konkrit dan batu turapan, meratakan kawasan, pembinaan sistem perparitan serta kerja-kerja berkaitan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan kawasan Halaman Samarahan.

Naiktaraf ini bertujuan menyediakan ruang yang lebih selesa, selamat, kemas dan kondusif untuk kegunaan orang ramai, selain menjadi lokasi bagi penganjuran pelbagai program seperti festival, karnival komuniti, ekspo, aktiviti kebudayaan, sukan dan program kemasyarakatan.

MPKS merakamkan penghargaan kepada IRSDA serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen sehingga projek ini berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.

Diharapkan kemudahan yang dinaik taraf ini dapat memberi manfaat kepada warga Kota Samarahan, merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta memperkukuh hubungan komuniti dan pembangunan kawasan secara mampan.

๐ŸŽ‰ KARNIVAL PERPADUAN STAKAN 2026 ๐ŸŽ‰๐ŸคMerapatkan Ukhwah, Menyemai PerpaduanJom raikan kemeriahan Karnival Perpaduan Stakan ...
04/08/2026

๐ŸŽ‰ KARNIVAL PERPADUAN STAKAN 2026 ๐ŸŽ‰

๐ŸคMerapatkan Ukhwah, Menyemai Perpaduan
Jom raikan kemeriahan Karnival Perpaduan Stakan 2026 bersama keluarga dan komuniti dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari!

๐Ÿ“… Tarikh: 26 โ€“ 30 Ogos 2026 (Rabuโ€“ Ahad)
๐Ÿ“ Lokasi: Taman Rekreasi Uni Central, Kota Samarahan

โœจ Antara pengisian menarik:
๐ŸŽญ Persembahan Kebudayaan Melayu
๐Ÿฆ Persembahan Kebudayaan Cina
๐Ÿ“– Story Telling
โค๏ธ Program Khas OKU
๐Ÿน Archery
๐ŸŽฏ Slingshot
โšฝ Street Soccer
๐ŸŽฎ E-Sport
๐ŸŒ€ Beyblade
๐Ÿ” Gerai Makanan
๐Ÿ•๏ธ Glamping
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ **Night Fun Run**
๐ŸŽ Cabutan Bertuah & pelbagai lagi aktiviti menarik!

Mari bersama-sama memupuk semangat perpaduan, mengeratkan silaturahim dan menikmati suasana penuh kemeriahan bersama keluarga serta rakan-rakan.

Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan, boleh rujuk setiap poster yang tertera.

Jumpa anda di Karnival Perpaduan Stakan 2026!

Address

Jalan Dato Mohd Musa
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kota Samarahan:

Share