PAS Kota Samarahan

PAS Kota Samarahan Berita Semasa Pas Kota Samarahan. Kamek Sapot PAS. Islam Adil Untuk Semua

18/07/2026
Ziarah Kebajikan BPPNS, PKKS dan DMPKKS
18/07/2026

Ziarah Kebajikan BPPNS, PKKS dan DMPKKS

ZIARAH PRIHATIN MANGSA KEBAKARAN DI KG NIUP, KOTA SAMARAHAN

18 Julai 2026 | Sabtu | 9.30 pagi

Alhamdulillah, pada pagi ini satu ziarah kebajikan telah diadakan bagi menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Niup, Kota Samarahan yang ditimpa musibah kebakaran pada Khamis, 16 Julai 2026, sekitar jam 3.00 hingga 4.00 pagi, sebelum waktu Subuh.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah wakil daripada Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS), PAS Kawasan Kota Samarahan (PKKS), Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan (DMPKKS) serta ahli-ahli jawatankuasa yang bersama-sama menyampaikan sumbangan daripada orang ramai dan memberikan sokongan serta kata-kata semangat kepada keluarga yang terlibat.

Musibah ini melibatkan seramai 16 orang penghuni dalam sebuah rumah. Daripada jumlah tersebut, terdapat 7 orang kanak-kanak, termasuk seorang kanak-kanak OKU dan seorang bayi berusia 3 bulan.

Menurut maklumat awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di "dango" (pondok kecil di belakang rumah). Tuan rumah memaklumkan bahawa beliau sempat terjaga sekitar jam 2.00 pagi, namun ketika itu keadaan masih kelihatan normal tanpa sebarang tanda-tanda kebakaran.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan menggantikan segala kehilangan dengan ganjaran yang lebih baik buat seluruh keluarga yang diuji.

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 6)

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan dan terus menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Hati semasa bercuti. Gas karbon monoksida  yang berbahaya tidak nampak dengan mata kasar tapi sangat fatal kesannnya. Su...
02/06/2026

Hati semasa bercuti. Gas karbon monoksida yang berbahaya tidak nampak dengan mata kasar tapi sangat fatal kesannnya.

Supaya tragedi ini menjadi panduan kepada kita supaya tidak berulang. Al-Fatihah buat semua mangsa kejadian. Moga Allah menempatkan mereka bersama dengan orang-orang yang soleh.

Peringatan kepada kita semua

Setiap yang bernyawa akan mati, jom lakukan persiapan sentiasa. Pertingkatkan amal ibadah kita..

EMPAT BERANAK PERGI GLAMPING, TAPI TIDAK PERNAH PULANG

Sebuah keluarga kecil. Seorang ayah, seorang ibu, dan dua anak. Mereka tiba di kawasan glamping pada malam 26 Mei 2026. Tempat sejuk, suasana gunung, khemah cantik, udara nyaman. Jenis percutian yang ramai orang bayangkan sebagai momen paling tenang bersama keluarga.

Malam itu, mereka dikatakan sempat melakukan aktiviti barbeku. Ada daging, ada makanan, ada peralatan memasak. Menurut laporan, si ayah juga memang biasa memasak barbeku kerana pernah bekerja di Korea Selatan.

Barbeku bagi keluarga ini bukan sekadar makan. Ia mungkin satu cara mereka berkumpul, berbual, ketawa dan menikmati masa bersama.

Tetapi di situlah tragedi ini menjadi sangat menyayat hati.

Sesuatu yang nampak seperti aktiviti keluarga paling biasa, membakar makanan, makan bersama, kemudian masuk tidur, akhirnya menjadi malam terakhir mereka.

Kronologi kejadian

Pada malam Selasa, 26 Mei 2026, keluarga ini tiba di tapak kawasan glamping Posong, Temanggung pada malam 26 Mei 2026.

Mereka dipercayai memasak dan membuat barbeku menggunakan peralatan seperti gas portable dan peralatan pembakaran. Kawasan glamping ini berada di dataran tinggi yang sejuk, jadi kemungkinan khemah ditutup rapat untuk menahan angin malam.

Keesokan paginya, Rabu 27 Mei 2026,

Petugas glamping datang menghantar sarapan sekitar jam 9 pagi, tetapi tiada jawapan dari dalam khemah.

Petugas datang lagi menjelang waktu check out. Masih tiada respons.

Pada sebelah petang, pintu khemah akhirnya dibuka.

Ketika itulah keempat-empat mereka ditemukan sudah meninggal dunia di dalam khemah. Laporan menyebut keadaan tubuh sudah kaku, dan pemeriksaan awal tidak menemukan tanda jenayah.

Apa yang disyaki menjadi punca?

Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa terdedah kepada gas karbon monoksida atau gas hasil pembakaran selepas aktiviti barbeku dan penggunaan peralatan memasak berhampiran khemah tertutup.

Namun, antara dugaan yang kuat ialah pendedahan kepada gas karbon monoksida, atau CO, yang boleh terhasil daripada pembakaran arang, dapur gas portable atau aktiviti barbeku dalam kawasan yang tidak cukup pengudaraan.

Dalam kes ini, laporan menyebut pintu dan ventilasi khemah ditemui tertutup rapat. Peralatan memasak dan pembakaran p**a ditemukan di kawasan khemah.

Keadaan ini boleh menyebabkan gas hasil pembakaran terkumpul, terutama jika selepas memasak atau barbeku, ruang tidur terus ditutup.

Bagaimana gas ini boleh menyebabkan kematian?

Karbon monoksida ini sangat berbahaya kerana ia tidak berbau, tidak berwarna dan tidak dapat dirasa.

Kita mungkin masih rasa sedang bernafas seperti biasa.
Kita mungkin tidak nampak asap tebal.
Kita mungkin tidak bau apa-apa yang pelik.

Tetapi dalam badan, CO boleh melekat pada darah dan menghalang oksigen daripada sampai ke otak, jantung dan organ penting.

Mula-mula seseorang mungkin rasa pening. Sakit kepala. Loya. Lemah. Mengantuk. Keliru.

Tetapi jika berlaku ketika tidur, mangsa mungkin tidak sempat sedar.
Tidak sempat buka pintu.
Tidak sempat panggil sesiapa.
Tidak sempat selamatkan anak di sebelah.

Itulah yang paling menakutkan tentang karbon monoksida.

Ia bukan datang seperti api besar yang kita nampak. Ia bukan datang seperti asap hitam yang membuat kita panik.

Ia datang senyap-senyap, memenuhi ruang tertutup, ketika semua orang menyangka malam itu cuma malam biasa bersama keluarga.

Langkah pencegahan

🚨 Jangan buat barbeku di dalam khemah, kabin kecil, bilik tertutup atau ruang tidur.

🚨 Jangan guna arang, briket atau grill sebagai sumber haba dalam khemah walaupun cuaca sejuk.

🚨 Pastikan tempat memasak berada di luar khemah, jauh dari pintu, tingkap atau laluan udara masuk.

🚨 Selepas memasak atau barbeku, jangan terus tutup semua ruang pengudaraan.

Semoga tragedi ini menjadi peringatan buat semua.

Al-Fatihah buat Muhamad Ali Munawar, Maghfirah, Bagas Amar Hakiki dan Alvino Evan Hakim.

Ziarah Kebajikan Sempena Hari Raya Aidil Adha
27/05/2026

Ziarah Kebajikan Sempena Hari Raya Aidil Adha

27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARIPADA PAS KOTA SAMARAHAN! ✨🐑
​Salam Aidiladha buat seluruh warga Kota Samarahan yang dikasihi sekalian.
​Mari kita hayati erti pengorbanan yang sebenar—menyerahkan jiwa dan raga demi ketaatan kepada Yang Maha Esa. Semoga semangat jihad dan pengorbanan ini sentiasa subur dalam sanubari kita untuk membina masyarakat yang diredhai Allah.

KORBAN & UKHUWAH: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🤝​Allahu Akbar! Tibanya hari raya yang penuh keberkatan.​PAS Kawasan Kota ...
27/05/2026

KORBAN & UKHUWAH: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🤝
​Allahu Akbar! Tibanya hari raya yang penuh keberkatan.
​PAS Kawasan Kota Samarahan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Di hari yang mulia ini, mari kita bersama-sama memperkukuhkan perpaduan, saling membantu, dan berkongsi rezeki melalui ibadah korban.
​Semoga setiap titisan darah haiwan korban yang tumpah menjadi saksi keimanan dan ketakwaan kita di akhirat kelak.
​Sama-sama kita doakan kesejahteraan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia, khususnya saudara kita di Palestin. 🤲

28/04/2026

Benarkah di kawasan sekitar Samarindah, Kota Samarahan ada masalah bekalan air paip?

27/04/2026

Apahal Jammed gilak Kinek tok nak ke Desa Ilmu,
Dari jalan depan MHome mart sampei bulatan UiTM?

Address

Taman Desa Ilmu
Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share