11 Kompeni Medan Perubatan AW

11 Kompeni Medan Perubatan AW Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 11 Kompeni Medan Perubatan AW, Military Base, Kem Muara Tuang, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.

Laman FB ini bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan pengambilan askar wataniah bagi 11 Kompeni Medan Perubatan AW dan berkongsi berkenaan maklumat dan aktiviti yang dijalankan.

28/10/2025
As salam dan salam sejahtera.Kepada belia2 di Sarawak terutamanya dari kawasan sekitar Kuching, Samarahan dan Serian yan...
23/08/2025

As salam dan salam sejahtera.

Kepada belia2 di Sarawak terutamanya dari kawasan sekitar Kuching, Samarahan dan Serian yang berminat untuk menyertai Pasukan Sukarela Tentera Darat , 11 Kompeni Medan Perubatan (AW), bolehlah scan QR di atas dan isi maklumat2 yang diperlukan.


Siaran LewatLATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2025  11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAH (AW) telah membuat Lawatan pembel...
23/08/2025

Siaran Lewat
LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2025

11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAH (AW) telah membuat Lawatan pembelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 20 Ogos 2025 dengan tujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan anggota mengenai Basic Life Support (BLS). Antara objektif utama lawatan ini ialah untuk memberi kefahaman teori tentang konsep dan kepentingan BLS, mendedahkan anggota kepada teknik asas CPR dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED), serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi situasi kecemasan. Sepanjang lawatan, anggota mengikuti taklimat pengenalan, demonstrasi teknik CPR bagi dewasa, kanak-kanak dan bayi, latihan penggunaan AED, serta sesi amali berkelompok dengan bimbingan tenaga pengajar UNIMAS. Hasil daripada lawatan ini, anggota memperoleh pengetahuan asas BLS, kemahiran praktikal dalam melaksanakan CPR dengan betul, pemahaman tentang kepentingan masa emas dalam menyelamatkan nyawa, dan pendedahan kepada peralatan kecemasan standard antarabangsa. Lawatan ini penting kerana memberi nilai tambah kepada ilmu dan kemahiran anggota dalam aspek kesihatan dan keselamatan, sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi kecemasan dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan komuniti. Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian.”

Diutamakan

SIARAN LEWATLATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2024 11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAHKEM MUARA TUANG KOTA SAMARAHAN : LA...
18/10/2024

SIARAN LEWAT

LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2024 11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAH

KEM MUARA TUANG KOTA SAMARAHAN : LATIHAN MENDIRIKAN HOSPITAL MEDAN DAN PEMINDAHAN PERALATAN HOSTIPAL MEDAN

Latihan ini dilaksanakan selama 15 hari bermula pada 30 Sep hingga 14 Oktober 2024.
Latihan ini dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan serta kemahiran anggota sukarela dalam tugas-tugas perubatan sama ada di kawasan operasi mahupun di peringkat pasukan. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk memupuk disiplin dan nilai moral yang tinggi dalam kalangan anggota sukarela disamping membina semangat kerjasama dan setiakawan. Seterusnya, latihan ini juga penting bagi meningkatkan kefahaman anggota sukarela terhadap disiplin, sistem pemerintahan rejimental dan profil ketenteraan serta personaliti selaku anggota tentera selain untuk menguji serta menilai keupayaan anggota sukarela dalam mempraktikkan setiap pelajaran yang telah diberikan sepanjang latihan ini dijalankan.


Assalamualaikum Dan Salam sejahtera Dari 11 Kompeni Medan perubatan(AW)!!PENGAMBILAN ASKAR WATANIAH SUKARELA 2024 BAGI 1...
14/05/2024

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera Dari 11 Kompeni Medan perubatan(AW)!!

PENGAMBILAN ASKAR WATANIAH SUKARELA 2024 BAGI 11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN YANG BERTEMPAT DI KEM MUARA TUANG KOTA SAMARAHAN.JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENYERTAI LATIHAN KETENTERAAN DAN PERUBATAN!!

Sesiapa yang tinggal berdekatan Kuching, samarahan, siburan Dan serian yang ingin menyertai 11 Kompeni Medan Perubatan(AW)

Sila hubungi
https://www.wasap.my/017-845 2015/11ubat


Jika anda berminat boleh hubungi kami Untuk soalan selanjutnya.

Terima kasih 😊

diutamakan

MAJLIS PENUTUP LATIHAN KEM TAHUNAN (LKT) 11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAH SIRI 1/2023TEMBAGA DAYAK SEMATAN : Pa...
16/10/2023

MAJLIS PENUTUP LATIHAN KEM TAHUNAN (LKT) 11 KOMPENI MEDAN PERUBATAN ASKAR WATANIAH SIRI 1/2023

TEMBAGA DAYAK SEMATAN : Pada 13 Okt 2023 telah diadakan Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 1/2023 yang telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan Mej (Dr) Ainul Arina Binti Asli , Lt Abdul Malek Bin Ismail Pegawai Pemerintah 11 Kompeni Medan Perubatan (Aw), Lt Muda Ameerul Sushil bin Ahmad Suhaimi Navinder Ketua Platun Stor Perubatan, Lt Muda Hamzani Bin Fadil Pegawai Tadbir Sukarela bertempat di kawasan Tembaga Dayak Sematan Sarawak.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Askar Wataniah. Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian pangkat dan penyampaian anugerah kepada anggota Sukarela.

Bagi LKT Siri 1/2023 seramai 6 kali anggota telah dinaikkan pangkat dari Pbt ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal manakala sepanjang LKT dijalankan bagi Anugerah Keseluruhan Terbaik Kursus Ketua Platun disandang oleh Lt Muda Hamzani Bin Fadil Seterusnya bagi kategori Keseluruhan Terbaik (APMS) p**a telah disandang oleh Pbt Mohammad Sazali bin Lawi.

Latihan ini dilaksanakan selama 15 hari bermula pada 01 hingga 15 Oktober 2023 yang melibatkan dua fasa latihan. Fasa pertama merupakan Fasa Peringkat Kem yang dilaksanakan di Pasukan Batalion Pertama Perubatan Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak, manakala fasa kedua adalah Fasa Peringkat Medan dan telah dilaksanakan di kawasan TEMBAGA DAYAK,Sematan,Sarawak.

Latihan ini dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan serta kemahiran anggota sukarela dalam tugas-tugas perubatan sama ada di kawasan operasi mahupun di peringkat pasukan. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk memupuk disiplin dan nilai moral yang tinggi dalam kalangan anggota sukarela disamping membina semangat kerjasama dan setiakawan. Seterusnya, latihan ini juga penting bagi meningkatkan kefahaman anggota sukarela terhadap disiplin, sistem pemerintahan rejimental dan profil ketenteraan serta personaliti selaku anggota tentera selain untuk menguji serta menilai keupayaan anggota sukarela dalam mempraktikkan setiap pelajaran yang telah diberikan sepanjang latihan ini dijalankan.


Kota Samarahan, Sarawak : 03 Sep 2023 bertempat di Komplek Sukan Kem Muara Tuang,11 Kompeni Medan Perubatan(AW) telah me...
03/10/2023

Kota Samarahan, Sarawak : 03 Sep 2023 bertempat di Komplek Sukan Kem Muara Tuang,11 Kompeni Medan Perubatan(AW) telah menganjurkan Hari Sukan bersama Batalion Pertama Perubatan.
Aktiviti yang dijalankan adalah perlawanan bola tampar persahabatan diantara 11 Kompeni Medan Perubatan (AW) dan Batalion Pertama Perubatan.
Objektif program tersebut ialah untuk melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama diantara anggota pasukan.


Selamat maju jaya Lt M Hamzani bin Fadil dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 3 KJJD (S) Siri 1/2023 yang dianjurkan di PUS...
13/08/2023

Selamat maju jaya Lt M Hamzani bin Fadil dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 3 KJJD (S) Siri 1/2023 yang dianjurkan di PUSWATAN dari 9 sehingga 22 Ogos 2023.

LATIHAN PENGENDALIAN SENJATAKOTA SAMARAHAN: 06 Ogos 2023, 11 Kompeni Medan Perubatan (AW) telah mengadakan Latihan Penge...
06/08/2023

LATIHAN PENGENDALIAN SENJATA

KOTA SAMARAHAN: 06 Ogos 2023, 11 Kompeni Medan Perubatan (AW) telah mengadakan Latihan Pengendalian Senjata di Perkampungan Combat Medic, Batalion Pertama Perubatan bagi menguji pengetahuan dan kemahiran anggota sukarela dalam mengendalikan senjata kecil. Selain itu, latihan ini juga bertujuan bagi memastikan setiap anggota sukarela 11 Kompeni Medan Perubatan (AW) sentiasa bersiap sedia dan mampu melaksanakan tugas bukan sahaja dalam bidang perubatan, namun juga dalam bidang yang melibatkan persenjataan.


Address

Kem Muara Tuang, Jalan Dato Mohd Musa
Kota Samarahan
93400

Telephone

+60128058489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 11 Kompeni Medan Perubatan AW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category