04/09/2026
"OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN"
KOTA SAMARAHAN, 3 September 2026 – IPD Kota Samarahan telah melaksanakan Op Bersepadu Cegah Jenayah pada jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam di sekitar Jalan Stakan–Kota Samarahan.
Hasil operasi, sebanyak 54 buah kenderaan dan 64 individu telah diperiksa. Sebanyak 9 saman PDRM (K) 257 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Dalam operasi sama, 3 lelaki tempatan telah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Turut dirampas ialah 18 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 5.02 gram.
IPD Kota Samarahan akan terus mempergiatkan operasi pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Polis Diraja Malaysia – Tegas, Adil dan Berhemah.