Centre for Graduate Studies, Unimas

Centre for Graduate Studies, Unimas CGS UNIMAS is the administrative hub that manages postgraduate education in UNIMAS, including Master’s and Doctoral programs

📢 ANNOUNCEMENT: EXTENSION OF SUBMISSION PERIOD 📢Attention to all UNIMAS Postgraduate Students (By Research)!Please be in...
07/09/2026

📢 ANNOUNCEMENT: EXTENSION OF SUBMISSION PERIOD 📢

Attention to all UNIMAS Postgraduate Students (By Research)!

Please be informed that the submission period for your Progress Report (Semester 2, 2025/2026 Session) has been extended.

📌 Key Details:
* Target Audience: Students (By Research)
* Updated Submission Window: 15 June 2026 – 10 September 2026
* Submission Link: https://sppweb.unimas.my/progressreport/

Please ensure your progress report is submitted through the portal before the deadline.

📞 For any inquiries, please reach out to the Centre for Graduate Studies (CGS) personnel:

* Ms. Rafika Jamaluddin | ✉️ [email protected] | ☎️ 082-581017
* Mdm. Nur Puspa Lela Reduan | ✉️ [email protected] | ☎️ 082-581012

SEMESTER & COURSE REGISTRATION (RETURNING STUDENTS)*********************************************************************...
07/09/2026

SEMESTER & COURSE REGISTRATION (RETURNING STUDENTS)
**********************************************************************

Graduate Research Programme — Semester 1, 2026/2027 Session

The Centre for Graduate Studies (CGS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), wishes to remind all returning postgraduate research students that semester registration (to activate student status) and course registration are compulsory for the Semester 1, 2026/2027 Session.

Key Deadlines & Portals
****************************

⭐Update Student Information: http://smpweb.unimas.my/eStudent

⭐Semester / Student Registration Period: 05 October 2026 – 25 October 2026 (21 days) via https://estudent.unimas.my/SemesterRegistration/

⭐Course Registration Period (Research Methodology only): 05 October 2026 – 25 October 2026 (21 days) via http://smpweb.unimas.my/CourseRegistration

⭐Late Registration Period: 26 October 2026 – 08 November 2026 (Late penalty fee: RM200.00)

Payment Methods:

📝Malaysian Students:
Online Internet Banking or Credit Card via https://famsweb.unimas.my (Registration access is granted immediately after successful payment).

📝International Students (Intakes prior to January 2025):
Method: Telegraphic Transfer or Bank Draft payable to UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Account Number: 11040010021558
SWIFT Code: BIMBMYKL
Address: No.1-3, Block 1, Desa Ilmu Commercial Center, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
(CGS will provide registration access once payment is confirmed).
📝International Students (Intake January 2025 & later):
💻Option 1 (Internet Banking/Credit Card): UNIMAS Edu Sdn Bhd (Maybank Islamic Berhad: 561239608898).

💻Option 2 (JomPAY): Biller Code: 40287 | Ref-1: Student Name | Ref-2: Matric Number.
(CGS will provide registration access once payment is confirmed).

Important Reminder
************************

All students must submit proof of payment directly to the Centre for Graduate Studies for record processing.

LAUNCH OF THE PG-FORMS SYSTEMThe Centre for Graduate Studies (CGS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hereby announc...
07/09/2026

LAUNCH OF THE PG-FORMS SYSTEM

The Centre for Graduate Studies (CGS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hereby announces the official launch of PG-Forms, an integrated, one-stop online system designed for current postgraduate students.

Effective 7 September 2026, all academic and administrative applications listed below must be submitted exclusively through the PG-Forms portal.

🌐 Access Portal: https://pgforms.aa.unimas.my/

Scope of Applications:

📝Change of Study Mode: Transition between full-time and part-time candidature (permitted only once during the study period).

📝Withdrawal from Study: Formal application for academic withdrawal.

📝Deferment of Study: Applications must be lodged within the first four (4) weeks of the active semester.

📝Extension Period of Study (Research Only): Three-month extension of candidature for final-semester Master’s and PhD research candidates.

📝Change of Area of Study (Research Only): Official application to amend research discipline/field.

📝Change Title of Thesis (Research Only): Official request for thesis title revision.
*****************************************

Enquiries and Administrative Support

For technical assistance or procedural guidance, please reach out to the Centre for Graduate Studies:

💻Email: [email protected]
💻Website: www.postgrad.unimas.my

Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam Ke-82.Pada 27 Ogos 2026, Universiti Malaysia Sarawak (U...
02/09/2026

Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam Ke-82.

Pada 27 Ogos 2026, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Universiti Awam (UA) kali ke-82.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNIMAS ini telah menghimpunkan para Dekan, Pengarah dan wakil dari semua Universiti Awam di seluruh Malaysia, berserta agensi-agensi yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Penganjuran kali ini ternyata memberikan kenangan yang berharga buat semua yang hadir, dengan gabungan agenda rasmi dan pengalaman kebudayaan yang unik di Bumi Kenyalang.

Tirai program sebenarnya telah dibuka lebih awal pada 26 Ogos 2026 menerusi satu majlis jamuan makan malam bagi meraikan dan mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli MDPS. Istimewanya, jamuan ini tidak diadakan di dalam dewan biasa, sebaliknya di atas Sarawak River Cruise. Rombongan disambut mesra oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Prof. Ir. Dr. Siti Noor Linda bt Taib, yang mewakili Naib Canselor.

Pengalaman menyelusuri Sungai Sarawak pada waktu malam sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sememangnya mengujakan.

Sambil menikmati persembahan tarian tradisional serta keindahan lampu-lampu di pesisir bandar raya Kuching, para tetamu turut dihidangkan dengan keunikan lauk-pauk tradisional Sarawak, memberikan mereka peluang merasai kekayaan gastronomi tempatan.

Selepas selesai urusan rasmi mesyuarat pada 27 Ogos 2026 tersebut yang memfokuskan kepada pemerkasaan pengajian siswazah, pihak penganjur telah merencanakan aktiviti lawatan yang menarik untuk ahli mesyuarat dan urus setia.

Destinasi pertama adalah Pusat Pemprosesan Apong Samarahan yang terletak di Kampung Tambirat. Di sini, rombongan berpeluang melihat sendiri cara Gula Apong diproses secara tradisional. Lebih istimewa, satu demonstrasi pembuatan kuih penyaram, salah satu kuih tradisi yang menggunakan Gula Apong asli turut diadakan, sekali gus membolehkan para tetamu mencuba dan merasai sendiri kemanisan dan keenakan kuih tersebut.

Perjalanan kemudian diteruskan ke Pusat Penjaja MPKS Tambirat (Pasar Tamu). Di pasar ini, ahli rombongan mengambil peluang untuk membeli pelbagai jenis buah tangan dan produk tempatan yang dijual oleh penduduk kampung.

Kemeriahan bertambah apabila rombongan dibawa ke Kuching, bermula dengan persinggahan di Kek Lapis Warisan Sdn. Bhd. Sudah tentu, peluang memborong kek lapis dan ikon pelancongan makanan Sarawak, Ikan Terubok Masin, tidak dilepaskan oleh para delegasi.

Sebelum melabuhkan tirai lawatan, rombongan singgah di Mita Cake House, Satok, yang terkenal dengan produk cheesecake yang menjadi kegemaran ramai pelancong.

Seusai aktiviti memborong buah tangan, kesemua ahli mesyuarat dan delegasi dihantar kembali ke hotel masing-masing untuk berehat sebelum jadual penerbangan pulang keesokan harinya.

Kejayaan penganjuran MDPS kali ini pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen jitu pelbagai pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Urus Setia, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) pelaksana, Jurugambar (Azlandy) yang merakam detik-detik manis, serta para Pemandu (Kusairi, Ahmad Nor Halda, Daud Ghani dan Ahjahar) yang sentiasa bersedia memastikan kelancaran pergerakan logistik sepanjang program berlangsung. Pengorbanan masa dan tenaga semua pihak amatlah dihargai.

Diharapkan pengalaman dan layanan mesra yang diterima sepanjang berada di Sarawak ini menjadi kenangan manis buat semua delegasi.

"Jangan Jerak" dan Datanglah Lagi! Kami di CGS UNIMAS sentiasa mengalu-alukan kembali kedatangan anda semua pada masa akan datang.

TNCAA Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

🥋 WARGA CGS BERSAMA TEAM SILAT UNIMAS DI SUKAN IPT 2026! 🥋Seluruh warga Pusat Pengajian Siswazah (CGS) ingin mengucapkan...
02/09/2026

🥋 WARGA CGS BERSAMA TEAM SILAT UNIMAS DI SUKAN IPT 2026! 🥋

Seluruh warga Pusat Pengajian Siswazah (CGS) ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang Long kami, Encik Azaha Omar, yang telah dilantik sebagai Jurulatih Pasukan Silat UNIMAS ke kejohanan Sukan IPT 2026! 🏆💥

Bukan sahaja cemerlang menguruskan tugas harian di CGS, beliau kini bersiap sedia memimpin dan membimbing para atlet pelajar UNIMAS untuk menggalas cabaran membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama universiti.

Ayuh warga UNIMAS, kita titipkan doa dan sokongan padu buat Encik Azaha serta seluruh kontinjen Silat UNIMAS. Semoga beroleh kejayaan manis!

Tanah Airku MalaysiaDi bumi bertuah tanah merdeka,Di bawah langit biru merata,Pelbagai bangsa hidup bersama,Bersatu hati...
31/08/2026

Tanah Airku Malaysia

Di bumi bertuah tanah merdeka,
Di bawah langit biru merata,
Pelbagai bangsa hidup bersama,
Bersatu hati, seia sekata.

Merah putih berkibar megah,
Biru dan kuning lambang negara,
Jalur Gemilang menjadi sejarah,
Menyatukan kita seluruh warga.

Dari kota hingga ke desa,
Dari Sarawak ke Semenanjung sana,
Sabah dan Sarawak tetap bersama,
Dalam Malaysia yang tercinta.

Ilmu disemai, insan dibina,
Inovasi berkembang, bangsa berjaya,
Ekonomi makmur, rakyat sejahtera,
Masa depan cerah untuk semua.

Marilah kita teguh bersatu,
Menjunjung amanah, memelihara negara,
Dengan integriti, ihsan dan ilmu,
Malaysia MADANI terus berjaya.

TNCAA Universiti Malaysia Sarawak
Centre for Graduate Studies, Unimas
#𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐒
Faculty of Cognitive Sciences & Human Development, UNIMAS
Faculty of Built Environment, Universiti Malaysia Sarawak
Faculty of Applied & Creative Arts (FACA) UNIMAS
Faculty of Medicine and Health Sciences Unimas
Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official)
Faculty of Social Sciences and Humanities,UNIMAS

Join regional policymakers, industry leaders, academic experts, and practitioners at the Social Impact Assessment in Eme...
28/08/2026

Join regional policymakers, industry leaders, academic experts, and practitioners at the Social Impact Assessment in Emerging Economies Conference & Exhibition (SIAC 2026). Discover practical frameworks, discuss policy ex*****on, and network with key decision-makers shaping sustainable development across emerging economies. Visit the Official SIAC 2026 Website for full event details and updates.

Event Details:
==============

📝Theme: From Policy to Practice: Translating Inclusive Commitments into Action

📝Date: 23–26 November 2026

📝Venue: Pullman Hotel, Kuching, Sarawak, Malaysia

📝Jointly Organised By: Land Custody and Development Authority (LCDA) & Ministry of Urban Development and Natural Resources (MUDENR) Sarawak

📝In Collaboration With: Malaysian Social Impact Assessment Association (MSIA) & PLANMalaysia

Why You Should Attend?
====================

⭐Keynote & Expert Insights: Hear from global authorities, including keynote speaker Prof. Frank Vanclay (University of Groningen), alongside panelists from PLANMalaysia, UNIMAS, UniSZA, BCSD Malaysia, and LCDA.

⭐Cross-Sector Engagement: Connect with government leaders, project developers, ESG specialists, and SIA consultants.

⭐Interactive Exhibition: Explore cutting-edge SIA approaches, digital tools, AI applications, and community empowerment models.

Conference & Workshop Registration Fees
===============================

For payment instructions, cancellation terms, and online registration, visit the SIAC 2026 Registration Fee Page.

Call for Posters: SIAC 2026 Poster Competition
===================================
💻Theme: "Emerging Voices, Shared Futures: Advancing Social Impact Assessment"

Students, early-career researchers, consultants, NGOs, and practitioners are invited to submit innovative research, case studies, and field practices in SIA, ESG, stakeholder engagement, and social governance.

Detailed guidelines are available on the SIAC 2026 Poster Presentation Page.

All participants will receive official e-certificates of participation.

Key Poster Submission Dates & Payment Info:
=================================

🎯Submission Deadline: 15 October 2026

🎯Notification of Selected Posters: 31 October 2026

🎯Exhibition & Final Judging: 23–24 November 2026

🎯Poster Submission Email: [email protected] (Submit A0 portrait PDF + max 1,000-word executive summary)

Contact & Enquiries
================

💻Official Website: sia-conference.com

💻Conference Secretariat: [email protected] | +60 82 555 189

💻⭐📝Poster Competition Enquiries:
1. Gs. Dr Azizul bin Ahmad ([email protected])
2. Emierson Harris ([email protected])

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MD...
27/08/2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) Ke-82, Bil. 3/2026, yang berlangsung pada 27 Ogos 2026.

Mesyuarat ini menghimpunkan para Dekan/Pengarah dan wakil pengajian siswazah daripada institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia sebagai platform untuk berkongsi pandangan, memperkukuh jaringan kerjasama serta membincangkan agenda strategik berkaitan pembangunan dan kecemerlangan pendidikan siswazah.

Semoga penganjuran MDPS Ke-82 ini dapat memperkukuh sinergi antara institusi serta menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem pengajian siswazah di Malaysia.

Selamat datang ke UNIMAS!

Address

GF & Level 1, University House, UNIMAS
Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Graduate Studies, Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share