03/09/2026
LAWATAN RASMI YDH KOMANDER BRIGED UTARA PGA KE BATALION 18 PGA
Pada 10 Ogos 2026, Batalion 18 Pasukan Gerakan Am telah menerima Lawatan Rasmi YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA. Majlis ini turut dihadiri oleh YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, YDH DSP Ramesh A/L K.Krishnan, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, YDH DSP Mohd Nor Khairi Bin Md Dali, Pegawai Turus Gerakan & Risik Briged Utara PGA, Insp Amirul Aizad Bin Hassan Basri, Pegawai Operasi Briged Utara, Seluruh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan PERKEP Batalion 18 PGA.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan tertinggi Briged Utara bersama warga kerja Bn 18 PGA di samping menzahirkan komitmen berterusan pasukan dalam memastikan kesiapsiagaan, tadbir urus serta kebajikan anggota sentiasa berada pada tahap terbaik. Seterusnya, penyampaian amanat oleh YDH Komander Briged Utara PGA.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan warga pasukan, YDH Komander Briged Utara PGA telah menyempurnakan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota, Pegawai Awam dan PERKEP yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun.
YDH Komander Briged Utara PGA telah menyempurnakan acara gimik penanaman pokok manggis sebagai simbolik legasi kepimpinan yang ikonik di Briged Utara. Seterusnya diakhiri dengan sesi Road Lining bersalaman bersama Pegawai Kanan dan Anggota Batalion 18 PGA dan disempurnakan dengan sesi tabik hormat dari Pegawai Kanan Batalion 18 PGA. Sedikit gimik letupan telah dijalankan sebelum YDH Komander Briged Utara PGA menerima hormat dari Guard Turn Out.