Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi

Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi AKAUN FACEBOOK RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI
(1)

HEBAHAN PEMBAYARAN CUKAI TANAH & CUKAI PETAK TAHUN 2026Pemilik tanah dan pemilik hakmilik strata adalah diseru untuk men...
05/08/2026

HEBAHAN PEMBAYARAN CUKAI TANAH & CUKAI PETAK TAHUN 2026

Pemilik tanah dan pemilik hakmilik strata adalah diseru untuk menjelaskan Cukai Tanah dan Cukai Petak masing-masing, termasuk bayaran semasa serta tunggakan.

Kerajaan Negeri Kedah turut meluluskan Insentif Pengecualian Denda Lewat Bayar bagi pembayaran yang dijelaskan sehingga 30 September 2026.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian:
- Tarikh akhir pembayaran cukai: 31 Mei 2026
- Tiada denda lewat bayar dikenakan bagi bayaran yang dijelaskan sehingga 30 September 2026.
- Denda lewat bayar akan dikenakan bermula 1 Oktober 2026 ke atas cukai yang masih belum dijelaskan.

Jangan lepaskan peluang ini. Jelaskan Cukai Tanah atau Cukai Petak anda sebelum 30 September 2026 untuk menikmati insentif pengecualian denda lewat bayar.

KUNJUNGAN HORMAT SWCORP NEGERI KEDAH KE ATAS PEGAWAI DAERAH LANGKAWI4 Ogos 2026 | Pejabat Daerah dan Tanah LangkawiYBrs....
04/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT SWCORP NEGERI KEDAH KE ATAS PEGAWAI DAERAH LANGKAWI

4 Ogos 2026 | Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi

YBrs. Pegawai Daerah Langkawi hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi SWCorp Negeri Kedah yang diketuai oleh Tuan Shamsuharizal bin Basir, Pengarah SWCorp Negeri Kedah. Turut hadir ialah Mohd Khairul Rizzuan Bin Che Ait, Pengurus Cawangan SWCorp Langkawi serta Suhaimi Bin Lani, Penolong Pegawai SWCorp Langkawi.

Kunjungan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan antara kedua-dua agensi, malah menjadi peluang untuk berkongsi pandangan dan berbincang mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat serta pembangunan daerah.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi serta SWCorp Negeri Kedah akan terus diperkukuhkan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Langkawi.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA DAN INDEN KERJA-KERJA UNDI FASA 2 TAHUN 20264 Ogos 2026 | Bilik Gerakan, Pejabat D...
04/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA DAN INDEN KERJA-KERJA UNDI FASA 2 TAHUN 2026

4 Ogos 2026 | Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Inden bagi Kerja-Kerja Undi Fasa 2 Tahun 2026 telah diadakan melibatkan 11 kerja undi yang telah dicabut secara dalam talian menerusi Majlis Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 2 Tahun 2026 pada 29 Julai 2026.

Penyampaian Surat Setuju Terima dan Inden Kerja telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hamizie Bin Ibrahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya. Dengan penyerahan tersebut, pelaksanaan kerja-kerja undi Fasa 2 Tahun 2026 dijangka dapat dimulakan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor yang telah berjaya.

ZIARAH KASIH PDTL | MUKIM KEDAWANG Pagi ini seperti kebiasaan, rutin mingguan Ziarah Kasih Pejabat Daerah Dan tanah Lang...
04/08/2026

ZIARAH KASIH PDTL | MUKIM KEDAWANG

Pagi ini seperti kebiasaan, rutin mingguan Ziarah Kasih Pejabat Daerah Dan tanah Langkawi diteruskan ke Mukim Kedawang bagi menziarahi penduduk yang memerlukan serta meninjau isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat setempat.

Destinasi pertama ialah menziarahi Encik Saad Bin Hamzah yang kini merupakan pesakit OKU terlantar. Beliau mengalami kemalangan di Jalan Kampung Kumpulan, Mukim Ulu Melaka pada tahun 2023 sehingga menyebabkan kedua-dua belah tangan dan kakinya hilang upaya.

Lawatan kemudian diteruskan ke Kampung Lubuk Buaya, sempadan Kampung Bubur, bagi melihat keadaan sebuah t**i yang mengalami mendapan dan berisiko runtuh pada bila-bila masa. Aduan telah dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan serta kerja-kerja baik pulih demi keselamatan penduduk.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap aduan yang disampaikan mendapat tindakan sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat.

"๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง."

29/07/2026
SAMBUTAN KEBERANGKATAN PULANG DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAHYBrs. Pegawai Daerah Langkawi telah hadir menyambut keberangkatan ...
28/07/2026

SAMBUTAN KEBERANGKATAN PULANG DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH

YBrs. Pegawai Daerah Langkawi telah hadir menyambut keberangkatan pulang Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Turut hadir para pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi serta penghulu-penghulu mukim di daerah Langkawi.

ZIARAH KASIH PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI KE MUKIM BOHOR28 Julai 2026 (Selasa)Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Boh...
28/07/2026

ZIARAH KASIH PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI KE MUKIM BOHOR

28 Julai 2026 (Selasa)
Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Bohor, Langkawi

Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi meneruskan Program Ziarah Kasih pada minggu ini dengan mengadakan kunjungan ke Kampung Nyior Chabang Atas, Mukim Bohor sebagai tanda keprihatinan terhadap penduduk yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Program ini merupakan usaha berterusan PDTL dalam menyantuni masyarakat serta mengeratkan hubungan antara pentadbiran daerah dan komuniti setempat.

Ziarah dimulakan ke kediaman Puan Wan Binti Kasim yang telah menghidap penyakit strok sejak 10 tahun lalu. Seterusnya, rombongan menziarahi Puan Zalina Binti Ahmad yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan akibat penyakit kencing manis. Dalam kedua-dua kunjungan tersebut, sumbangan turut disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada penerima.

Semoga Program Ziarah Kasih ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi semangat kepada penerima dan ahli keluarga. Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi akan terus komited dalam melaksanakan inisiatif yang menyantuni masyarakat demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk daerah ini.

"๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง."

SAMBUTAN KEBERANGKATAN TIBA DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAHLangkawi | 27 Julai 2026YBrs. Pegawai Daerah Langkawi telah hadir me...
27/07/2026

SAMBUTAN KEBERANGKATAN TIBA DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH

Langkawi | 27 Julai 2026

YBrs. Pegawai Daerah Langkawi telah hadir menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Turut hadir YDH Ketua Polis Daerah Langkawi dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Langkawi.

Address

Jalan Persiaran Putra
Kuah
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047029228

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share