28/08/2026
27 OGOS 2026 | PEJABAT PERIKANAN DAERAH BESUT
PROGRAM PENGUKUHAN KUMPULAN SASAR DAERAH BESUT
Alhamdulillah, Pejabat Perikanan Daerah Besut telah mengadakan Program Pengukuhan Kumpulan Sasar yang disertai oleh penternak, nelayan dan usahawan bimbingan jabatan.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan perlindungan diri melalui skim PERKESO serta maklumat produk pembiayaan dan perkhidmatan kewangan daripada Agrobank. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah Ismail dari Agrobank Kuala Besut dan Encik Safarul Faizam bin Salleh. Progaram juga turut disertai oleh Ketua Daerah Perikanan Besut bersama kakitangan pejabat sebagai penyelaras utama bersama Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu komuniti sasaran jabatan dalam menjaga kebajikan dan memperkukuhkan lagi perniagaan serta perusahaan masing-masing. Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Agrobank atas kerjasama yang diberikan.