Muafakat Nasional Kuala Kangsar

Muafakat Nasional Kuala Kangsar Istiqomah Dalam Perjuangan

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan ...
22/07/2026

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan apabila didakwa menggalakkan budaya perjudian dan mempermainkan proses demokrasi.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, mendakwa gimik tersebut bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah menyebabkan nombor berkenaan menjadi tumpuan sehingga dilaporkan habis dijual di premis nombor ramalan.

Menurut beliau, pilihan raya sepatutnya menjadi medan membentangkan dasar dan penyelesaian kepada isu rakyat, bukannya dijadikan pentas untuk mencipta sensasi menerusi strategi pemasaran yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

“DAP didakwa lebih mengutamakan gimik untuk meraih perhatian berbanding memberi penjelasan mengenai tawaran kepada pengundi.

“Rakyat ketika ini berdepan tekanan kos sara hidup, namun kempen yang dijalankan dilihat lebih menjurus kepada permainan persepsi dan sensasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mustafa Shah turut mendakwa pendekatan tersebut seolah-olah menormalisasikan budaya perjudian serta tidak menghormati kematangan pengundi dalam membuat pilihan pada PRN.

Sehubungan itu, beliau menggesa DAP memberikan penjelasan dan memohon maaf kepada orang ramai sekiranya kempen berkenaan telah menimbulkan salah faham atau menggalakkan budaya yang tidak sihat.

Beliau juga menggesa semua parti politik supaya menjalankan kempen secara berhemah dengan memberi tumpuan kepada isu-isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.-

https://malaysiapost.com.my/2026/07/22/dap-didakwa-normalisasi-budaya-judi-menerusi-gimik-nombor-8123/?fbclid=IwdGRzaATNrlljbGNrBM2uU2V4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHojDCKydJMhD-BDVEKNgZbZHmNFhVq3makBcwRR4vWZTcbOTaHrTqQXRSIoP_aem_apcybQQQuvYqwMlSu6GbFQ&sfnsn=wa

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan apabila didakwa menggalakkan budaya perjudian dan mempermainkan proses demokrasi. Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, mendakwa gimik terse...

GIMIK NOMBOR 8123: DAP PERBODOH RAKYAT, SUBURKAN BUDAYA JUDI!​Tindakan DAP menyiarkan iklan misteri "8123" adalah kemunc...
22/07/2026

GIMIK NOMBOR 8123: DAP PERBODOH RAKYAT, SUBURKAN BUDAYA JUDI!

​Tindakan DAP menyiarkan iklan misteri "8123" adalah kemuncak politik murahan yang amat memalukan. Pilihan Raya Negeri adalah urusan serius menentukan nasib rakyat, bukannya pentas permainan teka-teki judi atau gimik clickbait tidak bertanggungjawab!

​Iklan tak bermoral ini terbukti mengheret masyarakat ke kancah perjudian sehingga nombor tersebut sold out di kedai ekor. Adakah DAP begitu terdesak hingga sanggup menyuburkan budaya nombor ekor demi melariskan kempen politik mereka?

​Rakyat sedang tertekan dengan kos sara hidup, tetapi pimpinan DAP gilakan perhatian media dengan taktik memperbodohkan pengundi. Ini bukti jelas DAP langsung tidak menghormati intelek rakyat dan terang-terangan meremehkan proses demokrasi.

​Hentikan politik 'main tikam' ini serta-merta! Kami mendesak DAP memohon maaf secara terbuka kerana menjadikan pilihan raya seperti premis pertaruhan dan mula fokus kepada masalah sebenar rakyat!

​MUSTAFA SHAH ABDUL HAMID
Pengerusi
MN Kuala Kangsar
22 Julai 2026

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat Nasional Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share