FAMA Daerah Lipis

FAMA Daerah Lipis The Federal Agricultural Marketing Authority, better known as FAMA is a statutory body under the Min

FAMA Tinjau Potensi Pasar Tani Kekal dan Medan GBBS Daerah Lipis.LIPIS, 15 Jun – Satu lawatan kerja dan sesi perbincanga...
16/06/2026

FAMA Tinjau Potensi Pasar Tani Kekal dan Medan GBBS Daerah Lipis.

LIPIS, 15 Jun – Satu lawatan kerja dan sesi perbincangan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan hari ini bagi meninjau serta memperkasakan sektor keusahawanan tani di daerah ini.

​Lawatan kerja tersebut memfokuskan kepada cadangan pengoperasian Pasar Tani Kekal Daerah Lipis, selain turun padang melawat Medan GBBS (Gerai Buah-Buahan Segar) Binjai dan GBBS R&R Benta.

Perbincangan terarah kepada hala tuju pengoperasian serta cadangan penambahbaikan infrastruktur demi memastikan keselesaan dan keselamatan para pengunjung.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA turut meluangkan masa memberikan pandangan, idea dan cadangan penambahbaikan secara terus kepada para usahawan tempatan untuk meningkatkan kualiti premis mereka. Aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung menjadi keutamaan FAMA dalam memastikan premis jualan di bawah seliaan kami sentiasa berdaya saing.

​Turut hadir mengiringi lawatan kerja tersebut ialah Pengarah FAMA Negeri Pahang serta pegawai-pegawai kanan FAMA peringkat negeri dan daerah. Kesemua cadangan yang diutarakan bakal dinilai bagi memastikan pelaksanaannya memberikan impak positif kepada usahawan dan masyarakat setempat.

📣 JANGAN LEPASKAN PELUANG! JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI KUALA LIPIS! 📣​Warga Kuala Lipis nak barang dapur segar de...
19/05/2026

📣 JANGAN LEPASKAN PELUANG! JUALAN AGRO MADANI KINI KEMBALI DI KUALA LIPIS! 📣

​Warga Kuala Lipis nak barang dapur segar dengan harga madani dan berbaloi? Jom ramai-ramai serbu Program Jualan Agro Madani (JAM) esok!

​🗓 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari
📍 Tempat: Pasar Tani Bandar Baru Kuala Lipis

​Pelbagai barangan keperluan harian, sayur-sayuran segar, dan produk asas tani menanti anda terus dari ladang.

​Datang awal jangan tak datang, takut nanti melepas! Pakat ajak jiran-jiran, mak, ayah, dan sahabat handai sekali ya. Jumpa di sana esok! 🍅🥕🧅

📢PROGRAM JUALAN AGRO MADANI KAMPUNG AUR GADING 📢​Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Kg. Aur Gad...
18/05/2026

📢PROGRAM JUALAN AGRO MADANI KAMPUNG AUR GADING 📢

​Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Kg. Aur Gading dan kawasan sekitarnya!

​Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dan hasil pertanian segar dengan harga yang sangat berpatutan dan menjimatkan di Program Jualan Agro Madani (JAM) yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

​📆 Tarikh: Hari Ini (Selasa, 19 Mei 2026)
⏰ Masa: Bermula 8.00 pagi
📍 Tempat: Agrobazaar Kedai Rakyat Kg. Aur Gading

​Mari ramai-ramai kita datang memeriahkan jualan ini dan sokong produk usahawan tempatan kita. Datang awal jangan sampai terlepas! 🛒🍅🧅

​Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang lain. Terima kasih!

Khas Buat warga Kg. Keledek Dan kawasan sekitar! 📢​Berita baik! Jualan Agro MADANI akan diadakan di Agrobazaar Kedai Rak...
22/04/2026

Khas Buat warga Kg. Keledek Dan kawasan sekitar! 📢

​Berita baik! Jualan Agro MADANI akan diadakan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Kg. Keledek. Kalau nak barang dapur yang segar dengan harga yang berpatutan, inilah masanya!

​📍 Lokasi: AKR Kg. Keledek, Lipis
📅 Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
🕗 Masa: Bermula 8.00 Pagi

​Jangan datang lambat ya, takut barang habis awal! Jom kongsikan berita ni dengan jiran-jiran dan keluarga. Jumpa di sana esok pagi! 🛒🍅

Jemputan ke Jualan Agro MADANI (JAM) bertempat di Outlet Agrobazaar Kedai Rakyat Kg. Bukit Betong pada hari Selasa, 21 A...
20/04/2026

Jemputan ke Jualan Agro MADANI (JAM) bertempat di Outlet Agrobazaar Kedai Rakyat Kg. Bukit Betong pada hari Selasa, 21 April 2026. Jualan bermula seawal jam 8:00 pagi. Nikmati harga penjimatan untuk pelbagai produk agromakanan berkualiti!"

Address

Bandar Baru Kuala Lipis
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share