Angkatan Muda Keadilan - Cabang Lipis

Angkatan Muda Keadilan - Cabang Lipis This is the official page of Angkatan Muda KEADILAN Negeri Pahang Cabang Lipis

KEPERCAYAAN DAN RUANG KEPADA ANAK MUDA UNTUK MENYUMBANG MELALUI KEADILAN. Sebelum bertukar nama menjadi Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda ini bergerak dengan nama Pemuda Keadilan Nasional dan dilancarkan pada masa yang sama Parti Keadilan Nasional dilancarkan iaitu pada 4 April 1999 oleh Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Reinassance, Kuala Lumpur. Ketua Pemuda yang pertam

a merupakan Sdr. Ezam Mohd Nor dan pada peringkat awalnya, Pemuda Keadilan mengambil peranan sebagai penggerak, penyedar, dan pendesak perubahan terhadap kepincangan sistem penghakiman dan ketidakadilan atas penghukuman penjara Dato Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Keadilan pada masa itu mengambil langkah agresif, meluahkan perasaan melalui demonstrasi jalanan, ceramah penerangan dan pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penghukuman politik dan fitnah ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pemuda Keadilan juga konsisten menganjurkan demonstrasi jalanan bersama Gerakan Bebas Anwar (GBA) pada 14 April setiap tahun untuk memperingati tarikh Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Demonstrasi yang lebih dikenali dengan nama “Black 14” berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia berbilang bangsa dan umur untuk mendesak kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada siri demonstrasi “Black 14” tahun 2000, kerajaan telah melakukan tangkapan ke atas beberapa pimpinan Pemuda Keadilan untuk melemahkan semangat sayap pemuda ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada tahun 2004, hasil penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang mempunyai kesinambungan perjuangan dengan perjuangan kemerdekaan progresif tanah air menerusi AMCJA-PUTERA, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat diberi nama Angkatan Muda Keadilan. Selain itu, keanggotaan AMK adalah automatik kepada semua anggota parti, lelaki mahupun wanita, bawah 40 tahun. KEADILAN dan AMK mendapat suntikan semangat dengan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun yang sama. Tiga tahun kemudian Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin dipilih menjadi Ketua AMK. Sdr. Shamsul telah menumpukan ke arah pembinaan akar umbi AMK selepas Sdr. Ezam meninggalkan KEADILAN. Hasil proses ini, pada pilihan raya umum 2008, ramai calon-calon AMK daripada pelbagai kaum dan latarbelakang menjadi wakil rakyat. KEADILAN telah meluluskan pindaan Perlembagaan parti pada Kongres Khas 2010 di mana had umur AMK diturunkan daripada 40 kepada 35 tahun untuk dilaksanakan dalam pemilihan parti yang berikutnya. Pada pilihan raya 2013, Ketua AMK telah menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan menjadi Ahli Parlimen Bukit Katil. Pada pemilihan parti 2014 yang memakai had umur baru, Sdr. Nik Nazmi Nik Ahmad dipilih menjadi Ketua AMK. Barisan kepimpinan AMK baru menekankan isu kepimpinan pelbagai bakat, latihan akar umbi dan AMK sebagai suara rakyat. AMK telah memainkan peranan utama dalam kempen Rakyat Hakim Negara untuk kes fitnah 2 Dato Seri Anwar dan yang menuntut pembebasan Anwar, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak berundur dan pemansuhan cukai GST.

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, kami daripada seluruh Jawatankuasa Angkatan Muda Kea...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, kami daripada seluruh Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Lipis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dibawa oleh Aidiladha terus menyatukan hati serta menguatkan ukhuwah sesama kita. Moga segala ibadah korban diterima dan dikurniakan keberkatan buat kita semua.

“Ikhlas daripada seluruh Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Lipis” 🤝

22/05/2026
Ziarah Kasih | 10 Mei 2026Ketua AMK Lipis merangkap Penyelaras DUN Benta Saudara Hakimi Supian dengan kerjasama Jawatank...
12/05/2026

Ziarah Kasih | 10 Mei 2026

Ketua AMK Lipis merangkap Penyelaras DUN Benta Saudara Hakimi Supian dengan kerjasama Jawatankuasa AMK Lipis telah mengadakan ziarah kasih terhadap penduduk tempatan.

Dalam ziarah tersebut beberapa masalah yang dikenalpasti telah dipanjangkan kepada agensi dan pihak berwajib.

Pencapaian Pentadbiran Kerajaan Madani 2023-2025.
05/05/2026

Pencapaian Pentadbiran Kerajaan Madani 2023-2025.

Ahad | 05 April 2026Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Lipis dan Jamuan Tertutp Har...
06/04/2026

Ahad | 05 April 2026

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Lipis dan Jamuan Tertutp Hari Raya Aidilfitri Cabang Lipis bertempat di Laman Suri, Lipis, Pahang.

Segala Puji bagi Allah mesyuarat berjalan dengan jayanya mengikut tatacara dan prosedur telah digariskan.

Antara intipati Ucapan Ketua AMK Lipis Saudara Hakimi Supian adalah berkaitan sejarah panjang Keadilan sempena Hari Ulangtahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat. Selain itu ucapan turut menekankan berkaitan pengukuhan organisasi dalam menghadapi PRU.

Mesyuarat dirasmikan oleh Saudara Amirul Fariezman Shah dan turut hadir sebagai Pemerhati Mesyuarat, Saudara Amirul Asri Wakil AMK Negeri Pahang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga  Lipis. Aidilfitri bu...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Lipis.

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, mempererat silaturahim dan menyemai semangat perpaduan antara kaum.

Dalam kepelbagaian yang kita miliki, kekuatan kita terletak pada saling menghormati, memahami dan hidup dalam harmoni.

Sebagai anak muda, marilah kita terus memainkan peranan untuk menjaga keharmonian ini dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan harapan baharu kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada

ANGKATAN MUDA KEADILAN LIPIS

Jumaat | 13 Mac 2026Telah berlangsung majlis penyerahan dan agihan bubuk lambuk kepada kakitangan dan warga Hospital Lip...
14/03/2026

Jumaat | 13 Mac 2026

Telah berlangsung majlis penyerahan dan agihan bubuk lambuk kepada kakitangan dan warga Hospital Lipis anjuran AMK Lipis.

Program anjuran AMK Lipis juga menyampaikan sumbangan kurma dari Dato’ Ahmad Farhan Fauzi Setiausha Politik YAB Perdana Menteri / Pengerusi MPN Pahang.

Majlis turut dihadiri Ketua Cabang Keadilan Lipis Tuan Hasim Mansor dan Ketua Wanita Cabang Lipis Puan Sharulina Ishak. Penyerahan dan agihan disempurnakan oleh saudara Hakimi Supian, Timbalan Ketua AMK Pahang merangkap Ketua AMK Lipis.

11/03/2026

KENYATAAN AMK LIPIS BERHUBUNG PENGUMUMAN KHAS YAB PERDANA MENTERI 11 MAC 2026

Keputusan pentadbiran kerajaan untuk mengadakan langkah penjimatan demi menghadapi kesan ekonomi akibat konflik Israel-Iran amat perlu disambut baik dan dihormati serta disokong sepenuhnya.

AMK Lipis menyatakan bahawa ini adalah saat yang tepat untuk kita sebagai rakyat Malaysia bersatu dan berhemat. Kita juga perlu memahami bahawa keputusan ini mungkin tidak menyenangkan bagi pihak tertentu namun penting dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global.

Pendirian AMK Lipis adalah, kami akan terus menyokong inisiatif kerajaan dan berusaha untuk menyebarkan kesedaran tentang pentingnya penjimatan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber negara. AMK Lipis juga akan terus bekerja keras untuk membantu masyarakat yang mungkin terkesan oleh keputusan ini.

Ketua Penerangan
AMK LIPIS

09/02/2026

Sedikit bantuan, besar maknanya.

SARA untuk semua: RM100 (one-off)

Bantuan akan disalurkan melalui MyKad mulai hari ini.


Address

Kuala Lipis
27200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan - Cabang Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share