Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur

Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur MKN WP Kuala Lumpur bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar & arahan berkaitan keselamatan negara
(1)

01/09/2026

๐Ÿšจ JANGAN JADI MANGSA SCAM! ๐Ÿšจ

Setiap hari, semakin ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian akibat terlalu cepat mempercayai panggilan, mesej dan pautan yang diterima.

โš ๏ธ Ingat! Scammer sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk memperdaya mangsa seperti menyamar sebagai pegawai bank, agensi kerajaan, syarikat kurier, pelaburan, pinjaman serta tawaran pekerjaan.

๐Ÿ›ก๏ธ Lindungi diri anda dengan amalkan 7 langkah mudah:
โœ… Jangan Panik
โœ… Semak Dahulu sebelum membuat transaksi.
โœ… Jangan Klik pautan yang mencurigakan.
โœ… Jangan Kongsi OTP, TAC, PIN atau kata laluan.
โœ… Sahkan Identiti pemanggil melalui nombor rasmi.
โœ… Jangan Jadi Keldai Akaun
โœ… Bertindak Pantas sekiranya anda mengesyaki telah menjadi mangsa scam.

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kesedaran anda adalah benteng utama dalam memerangi jenayah komersil. Kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai masyarakat terhindar daripada menjadi mangsa scam.






01/09/2026

LARIAN DALAM JEREBU: MASIH DIKIRA SIHAT?

Setakat 9 pagi Ahad, 17 kawasan di Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.

Dalam masa yang sama, ramai yang turun menyertai acara larian atau meneruskan latihan seperti biasa.

Kita faham.

Ada yang sudah berlatih berbulan-bulan. Ada yang membayar yuran, menempah hotel dan datang dari jauh. Bukan mudah untuk menarik diri pada saat akhir.

Tetapi apabila udara tidak sihat, keputusan untuk tidak berlari bukan bermakna kita lemah.

Ia keputusan yang waras.


LARIAN SIHAT, TETAPI UDARA YANG DISEDUT MUNGKIN TIDAK

Ketika berlari, kita bernafas dengan lebih cepat dan lebih dalam.

Ini bermakna lebih banyak udara, termasuk zarah pencemar yang halus, disedut masuk ke dalam saluran pernafasan.

Semakin tinggi intensiti dan semakin lama kita berlari, semakin besar pendedahan yang mungkin berlaku.

Menjadi seorang yang cergas juga tidak menjadikan paru-paru kebal terhadap pencemaran udara.


BILA PATUT TANGGUHKAN LARIAN?

Jika IPU melebihi 100, aktiviti fizikal lasak di luar disarankan untuk ditangguhkan atau dipindahkan ke dalam bangunan.

Jika bacaan berada pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya, elakkan aktiviti fizikal di luar.

Jangan hanya melihat keadaan langit dari tingkap. Semak bacaan terkini di stesen APIMS yang paling hampir kerana tahap pencemaran boleh berubah mengikut masa dan lokasi.

Bagi individu yang mempunyai asma, penyakit paru-paru, penyakit jantung atau masalah kesihatan kronik, risikonya boleh menjadi lebih tinggi.

Kanak-kanak, warga emas dan wanita hamil juga perlu lebih berhati-hati.


JANGAN PAKSA DIRI JIKA MUNCUL TANDA INI

Hentikan larian dan bergerak ke tempat yang mempunyai udara lebih bersih jika mengalami:

โ€ข Batuk yang semakin kuat
โ€ข Bunyi berdehit ketika bernafas
โ€ข Sesak nafas yang luar biasa
โ€ข Dada terasa ketat atau sakit
โ€ข Pening, sakit kepala atau rasa hendak pitam
โ€ข Mata dan tekak yang terlalu pedih

Jika sakit dada atau sesak nafas tidak berkurang selepas berehat, dapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Jangan anggap semua gejala ini sekadar โ€œtak cukup trainingโ€.


BOLEHKAH BERLARI DENGAN PELITUP MUKA?

Pelitup muka pembedahan biasa tidak direka untuk menapis zarah halus dengan berkesan.

Respirator seperti N95 yang dipakai dengan betul boleh mengurangkan pendedahan ketika seseorang perlu berada di luar.

Namun, N95 bukan tiket untuk meneruskan larian berintensiti tinggi ketika IPU sudah tidak sihat.

Minum air p**a penting untuk mengelakkan dehidrasi, tetapi air tidak boleh meneutralkan zarah pencemar yang telah disedut masuk.

Pilihan paling selamat tetap mengurangkan pendedahan.


PENGANJUR JUGA ADA TANGGUNGJAWAB

Keputusan tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya di bahu peserta.

Penganjur acara luar perlu memantau bacaan IPU secara berkala, memberikan maklumat yang jelas kepada peserta dan menyediakan pelan untuk memendekkan, menangguhkan atau membatalkan acara jika keadaan menjadi tidak selamat.

Pasukan perubatan juga perlu bersedia menghadapi peningkatan kes sesak nafas, serangan asma, sakit dada atau pengsan.

Kesihatan peserta mesti mengatasi jadual acara, medal dan kos penganjuran.


Anda tidak perlu membuktikan tahap kecergasan dengan menghabiskan satu larian dalam udara yang tidak sihat.

Larian lain masih ada.

Paru-paru kita hanya sepasang.

Semak IPU sebelum keluar dan jangan malu untuk menarik diri jika keadaan tidak selamat.

Kongsi dengan ahli keluarga atau rakan yang masih merancang untuk berlari hari ini.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA





01/09/2026

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (M*F) menerusi hantaran Facebook memaklumkan pelarasan itu melibatkan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2601530




Kementerian Kewangan

01/09/2026

๐—๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—•๐—จ: ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”?

Antara kesan jerebu pada badan:

๐Ÿ”น Mata: Pedih, berair & boleh berlaku keradangan.
๐Ÿ”น Hidung & Tekak: Bersin, gatal, kering & sakit tekak.
๐Ÿ”น Paru-paru & Jantung: Risiko sesak nafas dan serangan jantung meningkat.

Siapa paling berisiko?

โœ… Kanak-kanak
โœ… Wanita hamil
โœ… Warga emas
โœ… Pesakit kronik

Minum air banyak-banyak, pakai pelitup muka bila keluar, dan kurangkan aktiviti luar! Jaga diri semua. โค๏ธ

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











31/08/2026
28/08/2026

Tip Pemanduan Selamat Musim Cuti Sekolah ๐Ÿฏ

โœ… Pastikan Kenderaan Diselenggara
โœ… Rancang Perjalanan
โœ… Jaga Jarak Selamat
โœ… Patuhi Had Laju
โœ… Berhenti Rehat di RnR Jika Keletihan
โœ… Fokus Dengan Pemanduan

Berhati-hatilah di Jalan Raya ๐ŸŽŠ

Pandu Cermat, Sampai Selamat.

Pesanan Ikhlas daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!Selamat bercuti kepada semua guru dan anak-anak! Manfaatkan cuti ini untuk berehat, meluangkan m...
28/08/2026

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!

Selamat bercuti kepada semua guru dan anak-anak! Manfaatkan cuti ini untuk berehat, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta melakukan aktiviti yang berfaedah. Dalam keceriaan menikmati musim cuti, sentiasalah peka terhadap keadaan cuaca dan kualiti udara di kawasan masing-masing, serta utamakan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Semoga cuti sekolah ini dipenuhi dengan momen yang menyeronokkan, bermakna dan selamat.โœจ





JEREBU KEMBALI MELANDAJerebu bukan sahaja menjejaskan jarak penglihatan, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan, k...
27/08/2026

JEREBU KEMBALI MELANDA

Jerebu bukan sahaja menjejaskan jarak penglihatan, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan, khususnya sistem pernafasan. Pada masa yang sama, orang ramai hendaklah sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing serta mematuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan mengambil langkah pencegahan dengan mengehadkan aktiviti di luar, memakai pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya, memastikan udara dalam rumah kekal bersih serta mengamalkan kebersihan diri selepas berada di luar. Kesedaran dan tindakan awal amat penting bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat daripada kesan jerebu.

โ€œKeselamatan Negara, Tanggungjawab Bersamaโ€





27/08/2026

๐ŸฆŸ Denggi boleh dicegah, nyawa boleh diselamatkan.

Jika anda berada di kawasan wabak denggi, ambil tindakan segera. Semak status kawasan, dapatkan rawatan awal sekiranya mengalami demam, pantau kesihatan diri dan cari serta musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Bertindak awal, lindungi diri dan keluarga. Bersama kita cegah denggi.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Aras 22, Menara MARA
Kuala Lumpur
50100,KUALALUMPUR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share