Briged Artileri Roket

Briged Artileri Roket Rocketeers

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI TIDAK TAULIAH RENDAH (PTTR) MARKAS BRIGED ARTILERI ROKETKem Perdana Sungai Besi, 2 Sept...
03/09/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI TIDAK TAULIAH RENDAH (PTTR) MARKAS BRIGED ARTILERI ROKET

Kem Perdana Sungai Besi, 2 September 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) Markas Briged Artileri Roket yang berlangsung di Foyer Markas Briged Artileri Roket, Kem Perdana Sungai Besi.

Seramai 2 orang PTTR Markas Briged Artileri Roket telah dinaikkan pangkat dari Lans Bombardier ke Pemangku Bombardier berkuatkuasa pada 2 September 2026 iaitu LBdr Wan Muhammad Hazim bin Wan Yusrizan dan LBdr Muhammad Syafiq Aizad bin Aswir.

Dalam ucapan ringkasnya, Panglima Briged Artileri Roket telah menzahirkan ucapan tahniah kepada PTTR yang telah dinaikkan pangkat dan berharap agar mereka terus mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara hubungan yang erat dalam kalangan warga Markas Briged Artileri Roket dengan sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati, prihatin serta bantu-membantu antara satu sama lain. Semangat kebersamaan dan kekitaan yang dipupuk secara berterusan diyakini mampu memperkukuh kesepaduan warga Markas Briged Artileri Roket, sekali gus membentuk sebuah organisasi yang lebih utuh, harmoni dan berdaya saing dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

Panglima Briged Artileri Roket serta seluruh warga Markas Briged Artileri Roket merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud ...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan penuh semangat patriotik, marilah kita hayati Hari Kebangsaan 2026 ini dengan menjaga perpaduan dan kedaulatan negara.


MARKAS BRIGED ARTILERI ROKET HARGAI JASA MANTAN KETUA KERANISUNGAI BESI, 27 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, ...
27/08/2026

MARKAS BRIGED ARTILERI ROKET HARGAI JASA MANTAN KETUA KERANI

SUNGAI BESI, 27 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada mantan Ketua Kerani Markas Briged Artileri Roket, PW II Nazrul Azreen bin Ramli, bertempat di Pejabat Panglima, Markas Briged Artileri Roket.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan kepada Panglima Briged Artileri Roket bersempena dengan pertukaran keluar PW II Nazrul Azreen, di samping menjadi wadah untuk menzahirkan penghargaan atas segala bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di Markas Briged Artileri Roket.

PW II Nazrul Azreen telah berkhidmat di Markas Briged Artileri Roket selama tiga tahun lapan bulan, bermula pada 25 Januari 2023 hingga 8 September 2026. Beliau akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Port Dickson bagi menjawat jawatan sebagai Pegawai Waran Pengurusan Latihan RAD.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Kerani dengan penuh dedikasi, komitmen serta kompetensi yang tinggi.

Panglima dan seluruh warga markas Briged Artileri Roket merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PW II Nazrul Azreen atas khidmat bakti serta sumbangan cemerlang beliau kepada Markas Briged Artileri Roket. Semoga segala pengalaman dan kenangan sepanjang berkhidmat di sini menjadi bekalan serta pedoman dalam meneruskan tugas dan amanah di tempat baharu.

Sesi kunjungan hormat diakhiri dengan pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan serta tanda kenang-kenangan atas khidmat bakti beliau kepada Markas Briged Artileri Roket.

Selamat maju jaya dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.





𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟑 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji D...
25/08/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟑 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍

Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket Mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Mejar Jeneral Datuk Haji Sani bin S Omar atas pengurniaan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada 24 Ogos 2026.

Semoga pengurniaan ini menjadi pengiktirafan atas jasa dan khidmat bakti serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.


SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026

Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud serta seluruh warga Briged Artileri Roket mengucapkan Salam Maulidur Rasul pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448H.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ukhuwah, menghidupkan sunnah dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, ketokohan dan keperibadian Baginda adalah asas pembinaan kepada sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan penuh kasih sayang.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi titik tolak untuk kita memperteguhkan iman, memperhalusi budi pekerti serta mengeratkan perpaduan demi kesejahteraan ummah dan kemakmuran negara.


PRIHATIN KEBAJIKAN WARGA: PANGLIMA BRIGED ARTILERI ROKET SANTUNI PEGAWAI STAF 2 ORDNANSSHAH ALAM, 20 Ogos 2026 – Panglim...
21/08/2026

PRIHATIN KEBAJIKAN WARGA: PANGLIMA BRIGED ARTILERI ROKET SANTUNI PEGAWAI STAF 2 ORDNANS

SHAH ALAM, 20 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi Mej Mohd Hasreeman bin Haszaimi, Pegawai Staf 2 Ordnans Markas Briged Artileri Roket, di kediaman beliau di Seksyen 23, Shah Alam.

Lawatan tersebut bertujuan menyantuni beliau yang sedang bercuti sakit akibat mengalami kecederaan patah jari kaki kiri. Panglima Briged Artileri Roket turut mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keadaan kesihatan serta perkembangan pemulihan beliau.

Turut serta dalam lawatan kebajikan tersebut ialah para pegawai dan staf Markas Briged Artileri Roket. Lawatan seumpama ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan pucuk pimpinan Briged Artileri Roket dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warganya, di samping memberikan sokongan moral kepada anggota serta keluarga.

Dalam lawatan tersebut, Panglima Briged Artileri Roket turut menyampaikan cenderahati kepada Mej Mohd Hasreeman. Beliau turut mendoakan agar Mej Mohd Hasreeman dikurniakan kesembuhan yang sempurna, diberikan kekuatan sepanjang tempoh pemulihan serta dipermudahkan segala urusan sebelum kembali menjalankan tugas seperti sediakala.




EMPAT WARGA BRIGED ARTILERI ROKET DINAIKKAN PANGKATSUNGAI BESI, 19 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen ...
20/08/2026

EMPAT WARGA BRIGED ARTILERI ROKET DINAIKKAN PANGKAT

SUNGAI BESI, 19 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Briged Artileri Roket yang berlangsung di Foyer Markas Briged Artileri Roket.

Mendahului senarai ialah Kapt Taufik Ilham bin Ahmad Safri yang dinaikkan pangkat daripada Kapten kepada Pemangku Mejar, berkuat kuasa mulai 5 Januari 2026. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri, 612 Bateri Pengesan, Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD).

Seterusnya, pemakaian pangkat daripada Pegawai Waran II kepada Pemangku Pegawai Waran I melibatkan PW II Nor Azahari bin Nong daripada 51 Wksp Arti, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026. Beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Kerja Teknikal.

Turut dinaikkan pangkat ialah PW II Muhammad Nusri bin Zainal Abidin daripada 51 KSOD kepada Pemangku Pegawai Waran I, berkuat kuasa mulai 14 Mei 2026. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Pemangku Ketua KSOD.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat daripada Bombardier kepada Pemangku Sarjan kepada Bdr Mohamad Shafik bin Harun, berkuat kuasa mulai 18 Mei 2026. Beliau menjawat jawatan sebagai Penyelia Risik, Markas Briged Artileri Roket.

Turut hadir ialah Pegawai Memerintah 51 RAD, Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali; Pegawai Memerintah 61 RAD, Lt Kol Yunos bin Abu Bakar; Ketua Staf Briged Artileri Roket, Lt Kol Raja Amizan bin Raja Ibrahim; serta para pegawai dan staf Markas Briged Artileri Roket.

Dalam ucapan ringkasnya, Panglima Briged Artileri Roket merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pegawai dan PTTK yang dinaikkan pangkat. Beliau turut menzahirkan harapan agar kenaikan pangkat tersebut menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan tahap profesionalisme, kompetensi dan prestasi dalam melaksanakan setiap amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Majlis pemakaian pangkat ini merupakan manifestasi pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan. Dalam masa yang sama, kenaikan pangkat turut membawa amanah dan tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan kecemerlangan organisasi serta kesiagaan Briged Artileri Roket terus diperkasakan.

Seluruh warga Briged Artileri Roket merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan melaksanakan setiap amanah dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti.




AMANAH BAHARU, HUBUNGAN DIPERKUKUH: PANGLIMA BRIGED ARTILERI ROKET ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGERUSI KOR RADKUALA...
18/08/2026

AMANAH BAHARU, HUBUNGAN DIPERKUKUH: PANGLIMA BRIGED ARTILERI ROKET ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGERUSI KOR RAD

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 – Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Mohd Tawil bin Haji Daud telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Staf Tentera Darat merangkap Pengerusi Kor Rejimen Artileri Diraja (RAD), Lt Jen Dato’ Ahmad bin Abu Bakar.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi Kor RAD susulan pelantikan Panglima Briged Artileri Roket sebagai Setiausaha Kor RAD. Selain itu, Ketua Staf dan Pegawai Staf 2 Logistik, Markas Briged Artileri Roket turut dilantik masing-masing sebagai Setiausaha Kerja Kor RAD dan Bendahari Kor RAD.

Kunjungan ini turut menjadi platform untuk mempererat hubungan profesional, meningkatkan koordinasi serta memperkasakan jaringan kerjasama strategik dalam Kor RAD, sejajar dengan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan demi memperkukuh perancangan masa hadapan Kor RAD.

Sesi kunjungan hormat diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan, sekali gus melambangkan hubungan profesional dan kerjasama erat antara Briged Artileri Roket dengan kepimpinan Kor RAD.




15/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN MARKAS ARTILERI DIVISYEN 2 DIVISYEN KE-26Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Je...
14/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN MARKAS ARTILERI DIVISYEN 2 DIVISYEN KE-26

Panglima Briged Artileri Roket, Brigedier Jeneral Dato' Mohd Tawil bin Haji Daud dan Seluruh Warga Briged Artileri Roket mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Markas Artileri Divisyen 2 Divisyen Ke-26 kepada seluruh warga Markas Artileri Divisyen 2 Divisyen. Semoga mendapat kerahmatan dari Allah SWT dan semoga ianya mampu menyuntik semangat baru buat warganya untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

"BEDILAN UNGGUL, PENGGEMPUR HALILINTAR"



Address

MARKAS BRIGED ARTILERI ROKET, KEM PERDANA SUNGAI BESI
Kuala Lumpur
57000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Artileri Roket posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share