06/07/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
PUSPANITA Cawangan Kecil Perpustakaan Negara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk hadir serta memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan *Program Lawatan ke Wad Kanser Kanak-Kanak (Wad 10B), Hospital Tunku Azizah* yang telah berlangsung pada 19 Jun 2026 (Jumaat).
Kehadiran, sokongan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan amat bermakna dalam mencerminkan nilai keprihatinan, kasih sayang dan kebersamaan yang menjadi teras PUSPANITA. Semoga kunjungan dan sumbangan kecil yang diberikan dapat menceriakan hati anak-anak yang sedang menjalani rawatan serta memberi kekuatan dan harapan kepada keluarga mereka. Antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan adalah seperti berikut;
a) Sesi Bercerita oleh Wakil Perpustakaan Negara Malaysia yang disampaikanoleh Puan Robaeyah binti Mohd Roslan, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Koleksi, Perpustakaan Negara Malaysia.
b) Penyampaian Cenderamata kepada Pesakit sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan.
Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta menjadi amal kebajikan yang diberkati.
"Hadirnya kita membawa senyuman, prihatin kita memberi harapan."
Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kerjasama semua. 🌷💖
Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Ahli Lembaga PUSPANITA Cawangan Kecil
Perpustakaan Negara Malaysia