Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD Pengawalseliaan - Memantau dan mengawal selia piawaian prestasi pengendali melalui pelesenan dan sesi libat urus
2.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memantau aspek pelesenan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan, kenderaan barangan dan sistem rel di Semenanjung Malaysia. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) merupakan satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memantau aspek pelesenan kenderaan

perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan, kenderaan barangan dan sistem rel di Semenanjung Malaysia

1. Pemantauan - Memantau tahap perkhidmatan untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang selamat, efisyen serta boleh diharap

28/08/2026

Setiap amanah yang dipikul dengan penuh integriti menjadi asas kepada kecemerlangan yang berkekalan.

Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) APAD Tahun 2025, marilah kita bersama-sama menghayati tema “Amanah Diperkasa, Kecemerlangan Dicipta” sebagai pemangkin untuk terus melaksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) APAD Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan komitmen untuk memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang digalas.

Kesalinghubungan yang Mampan, Mobiliti untuk Semua. 🌟

28/08/2026

PEMERIKSAAN CERMAT AKHIR (PCA) PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL) TELAH BERMULA

Bahagian Perancangan Rel, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melaksanakan Pemeriksaan Cermat Akhir (PCA) Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada 26 hingga 27 Ogos 2026 melibatkan jajaran Maran – Gombak.

Pemeriksaan ini memberi tumpuan kepada aspek infrastruktur dan komponen landasan di sepanjang jajaran bagi memastikan setiap elemen memenuhi piawaian keselamatan, kualiti, pematuhan teknikal serta tahap kesiapsiagaan yang telah ditetapkan sebelum projek beroperasi.

Sepanjang pemeriksaan, setiap penemuan, ulasan dan teguran akan direkodkan serta dikemukakan kepada pihak projek untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan bagi memastikan semua keperluan dipenuhi mengikut standard yang ditetapkan.

APAD komited memastikan setiap projek pengangkutan awam memenuhi standard keselamatan, pematuhan dan kesiapsiagaan yang tinggi demi menjamin operasi yang selamat, lancar dan berkesan sebelum ECRL dibuka kepada orang ramai.

Kesalinghubungan yang mampan, mobiliti untuk semua.

TAHNIAH & SYABASSetinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Rosidawati Binti Abdul Rashid atas pelantikan sebagai Timbalan...
27/08/2026

TAHNIAH & SYABAS
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Rosidawati Binti Abdul Rashid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Semoga kepimpinan, kepakaran serta visi yang dibawa akan terus memperkukuh pembangunan sektor pengangkutan awam darat dan memacu kecemerlangan APAD ke tahap yang lebih tinggi.

Kesalinghubungan Yang Mampan, Mobiliti Untuk Semua

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANkepada YBrs. Tuan Azrin Bin Borhan atas kepimpinan gemilang dan jasa bakti cemerlang sebagai ...
27/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
kepada YBrs. Tuan Azrin Bin Borhan atas kepimpinan gemilang dan jasa bakti cemerlang sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Semoga legasi kecemerlangan yang ditunjukkan terus bersinar dan diteruskan di KPDN.

Kesalinghubungan Yang Mampan, Mobiliti Untuk Semua

18/08/2026

Get Repost App • Kementerian Pengangkutan Malaysia Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew F**k hari ini mengadakan lawatan tinjauan ke Stesen RTS Link Bukit Chagar dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) bagi melihat perkembangan projek serta kesiapsiagaan operasi RTS Link Johor Bahru–Singapura.

Projek kini memasuki fasa penting apabila tumpuan beralih kepada integrasi sistem, pengujian dan pentauliahan. Fasa ini penting bagi memastikan keseluruhan sistem RTS Link berfungsi secara bersepadu dan benar-benar bersedia untuk operasi.

Kesiapsiagaan operasi turut diperkukuh melalui latihan petugas serta simulasi bersama agensi Malaysia dan Singapura bagi memastikan aspek manusia, proses dan sistem benar-benar bersedia sebelum perkhidmatan penumpang dimulakan.

Get Repost App • Kementerian Pengangkutan Malaysia RTS Link: Melangkah ke Era Baharu Mobiliti Rentas SempadanMenteri Pen...
18/08/2026

Get Repost App • Kementerian Pengangkutan Malaysia RTS Link: Melangkah ke Era Baharu Mobiliti Rentas Sempadan

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew F**k hari ini mengadakan lawatan tinjauan ke Stesen RTS Link Bukit Chagar dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) bagi melihat perkembangan projek serta kesiapsiagaan operasi RTS Link Johor Bahru–Singapura.

Projek kini memasuki fasa penting apabila tumpuan beralih kepada integrasi sistem, pengujian dan pentauliahan. Fasa ini penting bagi memastikan keseluruhan sistem RTS Link berfungsi secara bersepadu dan benar-benar bersedia untuk operasi. Kesemua lapan tren RTS Link juga telah melalui proses pengujian. Tren pertama telah melengkapkan ujian menyeluruh bagi mengesahkan prestasi dan fungsi tren, manakala tujuh tren lain telah melengkapkan ujian rutin bagi memastikan setiap tren memenuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, sistem kritikal seperti sistem isyarat, komunikasi, bekalan kuasa, platform screen doors dan Automatic Fare Collection (AFC) sedang menjalani ujian integrasi bagi memastikan keseluruhan perjalanan penumpang dapat dilaksanakan dengan selamat, lancar dan boleh dipercayai.

Kesiapsiagaan operasi turut diperkukuh melalui latihan petugas serta simulasi bersama agensi Malaysia dan Singapura bagi memastikan aspek manusia, proses dan sistem benar-benar bersedia sebelum perkhidmatan penumpang dimulakan.

Turut hadir ialah YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan; YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Pengerusi MRT Corp; YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS); YBhg. Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, Pengerusi RTS Operations Pte. Ltd.; YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp; serta Dr. Ahmad Marzuki Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Pte. Ltd.

📢 MAKLUMAN JPPL | PENGGANTUNGAN LESEN & PERMIT (BIL. 7/2026)
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Mesyuarat Jaw...
17/08/2026

📢 MAKLUMAN JPPL | PENGGANTUNGAN LESEN & PERMIT (BIL. 7/2026)
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen (JPPL BIL 7/2026) pada 24 Julai 2026 telah mengambil tindakan terhadap 38 buah syarikat
📌 Tindakan penggantungan yang telah diambil:
🔴 19 Lesen pengendali (OL)
🔴 16 Permit kenderaan (VP)
🔴 39 Lesen kenderaan (LK)
🔴 5 Amaran
🔴 7 Pembatalan Permit Kenderaan (VP)
Tindakan ini adalah hasil siasatan terhadap ketidakpatuhan lesen serta insiden keselamatan melibatkan syarikat pengendali.
👉 Kepada semua pengendali — lesen adalah amanah. Hanya yang bertanggungjawab dan berdisiplin layak mengekalkannya.
📄 Lihat senarai penuh syarikat terlibat dalam infografik.
Info Tepat | Mobiliti Mampan

15/08/2026

Get Repost App • Anthony Loke Siew F**k 🇲🇾 Semalam saya menberi satu cabaran kepada Malaysia Rail Link (MRL) dan CCCC untuk memulakan operasi ECRL awal Disember ini, lebih awal daripada sasaran asal Januari 2027.

MOT sedia memudah cara proses kelulusan dan pengujian, terutamanya FFR, tanpa berkompromi soal keselamatan. Kita juga akan bekerjasama rapat dengan MRL bagi mempercepatkan proses pentauliahan dan kelulusan akhir APAD.

Jika berjaya dipermudahkan, pembukaan awal ECRL bersempena cuti hujung tahun akan memberi manfaat kepada pelajar dan rakyat Pantai Timur untuk menikmati kemudahan pengangkutan ini lebih awal.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326036600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD:

Shortcuts

Share