19/08/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah Perantaraan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah memulakan operasinya di Tingkat 8, Asrama Jururawat HCTM.
Rumah Perantaraan ini telah mula menerima kemasukan pesakit/waris pesakit bermula pada 4 Ogos 2026 yang lalu. Pesakit atau waris pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan Rumah Perantaraan HCTM (RPH) ini melalui rujukan daripada klinik atau wad di HCTM. Pendaftaran kemasukan boleh dibuat di kaunter JKSP mengikut waktu operasi pejabat (8.00 pagi - 4.30 petang). Kadar caj menduduki Rumah Perantaraan HCTM adalah RM20/hari dengan deposit RM50 untuk kad akses.
Dengan pembukaan ini juga operasi Rumah Perantaraan Sementara di Tingkat 11, Blok Klinikal HCTM adalah ditamatkan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-91457880 / 5761.