06/08/2026
π πππ πππ
π
ππ πππππ πππππππ πππππππππ ππ πππππ πππ πππππππ @ πππππ ππππ
KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 β Dewan Auditorium Tun Ahmad Sarji, LPP hari ini bergema dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran menerusi Pertandingan Huffaz Cilik, Alpha Gen Talents @ KEMAS Peringkat Wilayah Persekutuan. Program ini juga telah disempurnakan oleh Dr. Norliza Binti Mohamad Basiron, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan.
Program berprestij ini menghimpunkan seramai 120 peserta cilik, terdiri daripada 61 peserta kategori 5 tahun dan 59 peserta kategori 6 tahun, yang tampil penuh yakin memperdengarkan hafazan Al-Quran di hadapan barisan juri.
β¨ Wheel of Surah Uji Kecekapan Peserta
Keunikan pertandingan kali ini terserlah menerusi penggunaan Wheel of Surah, iaitu kaedah interaktif yang menentukan surah pilihan secara rawak. Selain memperdengarkan surah wajib, setiap peserta turut diuji dengan surah pilihan yang dipilih melalui sistem tersebut, sekali gus menguji tahap hafazan, fokus serta kesediaan mental para Huffaz cilik.
π Keputusan Johan
Kategori 5 Tahun
π₯ Adik Nur Ainun Haura Binti Edyziahermawan (Parlimen Putrajaya)
Kategori 6 Tahun
π₯ Adik Zain Ahmed Bin Nihal Ahmed (Parlimen Wangsa Maju)
Kedua-dua johan bakal mewakili Kontinjen KEMAS Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Huffaz Cilik Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, para peserta, ibu bapa serta warga pendidik KEMAS yang sentiasa komited membimbing dan mencungkil bakat Generasi Alpha.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat melahirkan lebih ramai generasi yang cintakan Al-Quran, berakhlak mulia dan cemerlang pada masa hadapan.