28/04/2026
Skandal yang melibatkan Azam Baki ini tidak boleh dilihat sebagai sekadar isu salah laku individu semata-mata, tetapi mendedahkan sebuah jaringan ataupun ekosistem kuasa yang lebih luas di antara elit-elit politik, kelas kapitalis dan institusi negara itu sendiri. Pendedahan mengenai “mafia korporat” serta penglibatan tokoh-tokoh berkepentingan menunjukkan bagaimana aparatus anti-rasuah sendiri boleh dimanip**asi untuk tujuan pengump**an kekayaan dan perebutan kuasa ekonomi. Tiada apa yang telus, suci dan murni mengenai hal ini, bahkan telah tercemar habis dibuatnya.
Dalam konteks ini juga, rasuah sebagai sebuah fenomena itu p**a tidak muncul secara kebetulan, tetapi berakar dalam struktur ekonomi-politik kapitalisme Malaysia yang bergantung kepada kontrak kerajaan, konsesi dan hubungan patronage. Justeru, skandal ini mengangkat persoalan lebih mendasar: sejauh mana reformasi institusi yang diperjuangkan ini benar-benar mampu menyelesaikan masalah, selagi mana ianya tidak menyentuh asas sistem yang melahirkan rasuah itu sendiri?
Tuntutan seperti peletakan jawatan, siasatan bebas diraja, dan reformasi SPRM adalah langkah yang penting, tetapi menurut kami ianya tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pembongkaran hubungan antara kuasa politik dan modal. Bahkan terdapat keperluan mendesak ialah pembentukan jawatankuasa siasatan bebas di bawah kawalan demokratik kelas pekerja, ketelusan penuh terhadap dokumen dan rangkaian korporat, serta perlindungan sebenar kepada pemberi maklumat.
Begitu juga, perjuangan ini harus dihubungkan dengan pembinaan kuasa politik kelas pekerja yang mampu mencabar dominasi elit, melalui pembinaan organisasi, solidariti, dan akhirnya pembentukan alternatif politik yang berakar pada kepentingan majoriti kelas pekerja. Tanpa perubahan struktur dan kawalan demokratik terhadap ekonomi serta institusi negara, skandal seperti ini akan terus berulang dalam bentuk yang berbeza.
Skandal Azam Baki telah mendedahkan bagaimana aparatus dan institusi kerajaan, selama berdekad-dekad lamanya tidak pernah memainkan peranan yang sebenar-benarnya berpihak kepada majoriti rakyat pekerja. Ini bukan hanya soal membersihkan institusi kerajaan untuk bebas daripada segala bentuk rasuah, t...