Democratic Action Party

Democratic Action Party Laman Facebook rasmi Parti Tindakan Demokratik
The official page of Democratic Action Party The DAP was formed on 18 March 1966.

Using its symbol of The Rocket, the DAP had contested in 12 general elections from 1969 to 2018. The party is committed to the struggle for a free, fair and democratic Malaysia, based on the principles of freedom, equal opportunity and equality, social and economic justice, human rights, and founded on the institution of parliamentary democracy.

KPKT telah berjaya menyediakan 322 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara, sekali gus meletakkan sasaran 1,000 ta...
02/10/2026

KPKT telah berjaya menyediakan 322 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara, sekali gus meletakkan sasaran 1,000 taman dalam tempoh 10 tahun di landasan yang tepat. ๐ŸŒณ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bagi tahun 2026 sahaja, sebanyak 110 TRM sedang dilaksanakan menerusi Jabatan Landskap Negara, termasuk penyediaan ruang riadah, kecergasan dan kemudahan komuniti untuk dinikmati rakyat.

Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha KPKT untuk memastikan pembangunan perumahan turut disokong dengan ruang awam yang berkualiti, selesa dan memenuhi keperluan komuniti. ๐Ÿก๐ŸŒฟ

Keterjaminan makanan negara merupakan agenda nasional yang memerlukan komitmen dan kerjasama erat antara Kerajaan Persek...
02/10/2026

Keterjaminan makanan negara merupakan agenda nasional yang memerlukan komitmen dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Petang semalam, saya telah menghadiri Mesyuarat YB Menteri KPKM dengan EXCO-EXCO Pertanian Bilangan 2 Tahun 2026 di Wisma Tani, Putrajaya. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras dasar, memperkukuh kerjasama serta mencari penyelesaian bersama terhadap isu-isu strategik sektor agromakanan negara.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk penglibatan Kerajaan Negeri dalam pewartaan kawasan jelapang padi, usaha memperkukuh pengeluaran agromakanan negara melalui pengezonan kawasan, serta isu-isu kritikal berkaitan Kebenaran Merancang (KM) dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Perancangan dan pengurusan guna tanah pertanian yang lebih tersusun amat penting bagi memastikan kawasan pengeluaran makanan strategik terus dipelihara, kapasiti pengeluaran dapat dipertingkatkan dan pembangunan sektor agromakanan dapat dilaksanakan secara mampan.

Kerajaan Persekutuan melalui KPKM akan terus memperkukuh penyelarasan dengan Kerajaan Negeri, kerana keterjaminan makanan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia merupakan kepentingan bersama dan agenda nasional yang memerlukan tindakan bersepadu demi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi, stabil dan berdaya tahan untuk jangka panjang.

01/10/2026

Betul ke MP DAP cuma jaga orang Cina? ๐Ÿค”

Keluarga dengan anak sakit, mangsa kebakaran rumah, hinggalah peruntukan untuk masjid. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada rekod bantuan dan khidmat masyarakat oleh MP-MP DAP.

Persepsi boleh berbeza, tapi rekod juga wajar dilihat. โœŒ๏ธ

01/10/2026

Dulu dipersoal, sekarang tengok hasilnya. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Usahawan industri halal terus diperkasa dan dibantu untuk berkembang! ๐Ÿš€โœ…

30/09/2026

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa ASM3 berjaya mencatat agihan pendapatan 5.00 sen seunit, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, dengan jumlah agihan RM1.01 bilion. ๐Ÿ’ฐ

Inilah bukti kecekapan dan tatakelola baik Kerajaan MADANI dalam memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Saya telah membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat p...
30/09/2026

Saya telah membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat perlu terus ditingkatkan. Namun, kita juga perlu melindungi perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang sedang berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa.

Mengambil kira kemampuan sektor ini, Kabinet telah bersetuju agar PMKS dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.

Kerajaan akan mengambil pendekatan lain untuk membantu meningkatkan gaji pekerja dalam sektor PMKS, termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif, agar kenaikan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.

Matlamat kita jelas: kebajikan pekerja terbela dengan gaji yang lebih wajar, sementara PMKS kekal berdaya saing untuk terus berkembang dan menjana peluang pekerjaan.

STEVEN SIM CHEE KEONG
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

30 SEPTEMBER 2026

Malaysia continues to strengthen its standing on the global stage. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒThe Malaysian passport is now ranked 2nd globally ...
30/09/2026

Malaysia continues to strengthen its standing on the global stage. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

The Malaysian passport is now ranked 2nd globally in the Passport Index Global Ranking 2026, rising from 3rd place last year.

This recognition reflects the strong international acceptance of the Malaysian passport, as the MADANI Government continues to strengthen Malaysiaโ€™s international engagement and relations with partners around the world.

Today, Malaysians enjoy access to 175 destinations without requiring a visa in advance, providing greater mobility and connectivity across the globe. โœˆ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semalam di Putrajaya, suasananya terasa lain. Ada kehilangan yang tidak perlu dihuraikan panjang kerana diam pun sudah m...
29/09/2026

Semalam di Putrajaya, suasananya terasa lain. Ada kehilangan yang tidak perlu dihuraikan panjang kerana diam pun sudah membawa makna.

Tun Dr Siti Hasmah melalui sebuah kehidupan yang panjang, merentasi zaman dan menyentuh begitu banyak generasi. Namun di sebalik nama besar serta sejarah yang mengelilinginya, saya akan mengenang Tun sebagai seorang insan yang membawa ketenangan dalam setiap pertemuan.

Ada orang dihormati kerana kedudukan. Ada p**a yang disayangi kerana caranya membuat orang lain berasa dihargai. Tun memiliki kedua-duanya tetapi tidak pernah perlu menunjukkannya.

Melihat keluarga berkumpul di sisi tempat persemadian terakhir, segala yang besar terasa kecil. Gelaran, kedudukan dan sejarah akhirnya memberi laluan kepada sesuatu yang jauh lebih dekat dengan hati manusia, iaitu kehilangan insan yang telah menemani sebahagian besar kehidupan mereka.

Buat Tun Dr Mahathir, selepas puluhan tahun berkongsi begitu banyak musim kehidupan, pasti ada ruang sunyi yang tidak mampu diisi oleh kata-kata.

Semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada Tun Dr Mahathir, anak-anak serta seluruh keluarga untuk melalui hari-hari mendatang.

Semalam kita mengiringi Tun Dr Siti Hasmah ke tempat persemadian terakhir. Namun yang baik tidak berakhir bersama sebuah perpisahan. Ia tinggal pada kenangan, pada budi dan pada hati mereka yang pernah
disentuhnya.

Terima kasih, Tun.

Prosiding Kes Lim Guan Eng (LGE) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 September 2026 berhubung pemeriksaan terhadap s...
28/09/2026

Prosiding Kes Lim Guan Eng (LGE) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 September 2026 berhubung pemeriksaan terhadap saksi pendakwaan terakhir, Pegawai Penyiasat (IO) Zulhilmi Ramli, oleh peguam-peguambela Haijan Omar, RSN Rayer, Ram Karpal Singh, Tiara Katrina Fuad, Asyraf Abu Bakar dan Arivom Namasivaya.

๐๐ž๐ ๐ฎ๐š๐ฆ ๐›๐ž๐ฅ๐š ๐‘๐š๐ฆ๐ค๐š๐ซ๐ฉ๐š๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐ˆ๐Ž ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐›๐จ๐ก๐จ๐ง๐  ๐๐ข ๐ฆ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก ๐š๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐š๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐š๐ฎ ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š-๐๐ฎ๐š ๐ฌ๐š๐ค๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ญ๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐š๐ค๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐๐š๐ค๐ฐ๐š ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฌ ๐‹๐†๐„ ๐ข๐ง๐ข ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐ฉ๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ง๐š๐ง๐š๐ซ๐š๐ฃ๐š ๐๐ข ๐Œ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ.

Ramkarpal meneruskan pemeriksaan balas terhadap IO Zulhilmi. Ramkarpal bertanya mengapa IO SPRM bagi kes penipuan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak dipanggil oleh Zulhilmi untuk merakam keterangannya. Ramkarpal berkata bahawa jumlah yang terlibat dalam kes penipuan Gnanaraja, iaitu RM15 juta, turut mempunyai kaitan dengan siasatan semasa oleh SPRM dalam kes ini.

IO berkata bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai RM15 juta tersebut tetapi mendakwa bahawa kedua-dua kes, iaitu kes penipuan Gnanaraja dan kes LGE, tidak mempunyai kaitan. Ramkarpal berkata bahawa kedua-dua kes tersebut mempunyai kaitan apabila Zarul telah memindahkan RM15 juta secara dalam talian kepada Gnanaraja untuk membantu menyelesaikan siasatan SPRM berhubung projek terowong tersebut dan malah telah mengeluarkan notis tuntutan kepada Gnanaraja untuk memulangkan wang yang telah dibayar.

IO berkata bahawa beliau tidak mengingati RM15 juta yang dibayar oleh Zarul kepada Gnanaraja. Ramkarpal berkata bahawa IO jelas telah berbohong apabila mengatakan bahawa beliau telah terlupa bahawa transaksi kewangan dan saksi-saksi yang terlibat adalah sama bagi kedua-dua kes, iaitu kes LGE dan kes Gnanaraja di Shah Alam. Namun begitu, IO menolak cadangan Ramkarpal supaya beliau menyegarkan semula ingatannya dengan membaca sekali lagi keterangan SPRM dalam kes penipuan Gnanaraja, walaupun keterangan SPRM tersebut sudah berada dalam simpanannya.

Ramkarpal bertanya mengapa IO terus tidak mengingati bahawa selain RM15 juta yang dibayar oleh Zarul kepada Gnanaraja, Zarul juga telah membayar RM4 juta lagi. Ramkarpal bertanya bagaimana IO boleh tidak mengingati perkara yang menjadi asas utama dalam kesnya sendiri. Ramkarpal memohon agar mahkamah mengambil maklum akan sikap IO yang mengelak, tidak jujur dan enggan mengakui fakta-fakta asas dalam keterangan saksinya sendiri. Mahkamah merekodkan permohonan Ramkarpal tersebut.

IO berkata bahawa beliau tidak pasti sama ada Zarul mempunyai RM19 juta tersebut untuk dibayar kepada Gnanaraja atau sama ada beliau telah meminjam wang. Apabila Ramkarpal bertanya sama ada IO tidak pasti kerana beliau tidak menjalankan siasatan yang lengkap, IO berdiam diri. Ramkarpal berkata bahawa ini jelas menunjukkan bahawa siasatan tersebut tidak lengkap.

Proceedings Of Lim Guan Engโ€™s Case At The Kuala Lumpur Sessions Court On 28.9.2026 Relating To The Examination Of The Pr...
28/09/2026

Proceedings Of Lim Guan Engโ€™s Case At The Kuala Lumpur Sessions Court On 28.9.2026 Relating To The Examination Of The Prosecutionโ€™s Final Witness The Investigation Officer (IO) Zulhilmi Ramli By Defence Counsels Haijan Omar, RSN Rayer, Ramkarpal Singh, Tiara Katrina Fuad, Asyraf Abu Bakar, and Arivom Namasivaya.

๐ƒ๐ž๐Ÿ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ ๐‘๐š๐ฆ๐ค๐š๐ซ๐ฉ๐š๐ฅ ๐’๐š๐ข๐ ๐“๐ก๐š๐ญ ๐“๐ก๐ž ๐ˆ๐Ž ๐‹๐ข๐ž๐ ๐ˆ๐ง ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ญ ๐–๐ก๐ž๐ง ๐‡๐ž ๐’๐š๐ข๐ ๐‡๐ž ๐‚๐š๐ง๐ง๐จ๐ญ ๐‘๐ž๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐“๐ก๐š๐ญ ๐๐จ๐ญ๐ก ๐“๐ก๐ž ๐–๐ข๐ญ๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ๐ž๐ฌ ๐€๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ž๐ ๐Œ๐จ๐ง๐ž๐ญ๐š๐ซ๐ฒ ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐š๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ฌ ๐€๐ซ๐ž ๐“๐ก๐ž ๐’๐š๐ฆ๐ž ๐ˆ๐ง ๐“๐ก๐ข๐ฌ ๐‹๐†๐„ ๐‚๐š๐ฌ๐ž ๐€๐ง๐ ๐“๐ก๐ž ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐ฌ ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ญโ€™๐ฌ ๐‚๐ก๐ž๐š๐ญ๐ข๐ง๐  ๐‚๐š๐ฌ๐ž ๐Ž๐Ÿ ๐†๐ง๐š๐ง๐š๐ซ๐š๐ฃ๐š.

Ramkarpal continued his cross examination of IO Zulhilmi.

Ramkarpal asked why the MACC IO for the Shah Alam Sessions Courtโ€™s cheating case of Gnanaraja was not called to record his statement by Zulhilmi.

Ramkarpal said the amounts involved in Gnanarajaโ€™s cheating case amounting to RM15 million, were also connected to the current investigations by MACC in this case.

The IO said he has knowledge of the RM15 million but claimed that the 2 cases of Gnanarajaโ€™s cheating case and Lim Guan Engโ€™s case were not connected.

Ramkarpal said the cases are connected when Zarul had transferred the RM15 million online to Gnanaraja to help settle the MACC investigations over the tunnel project and had even issued a notice of demand to Gnanaraja to refund the monies paid.

The IO said he did not remember about the RM15 million paid by Zarul to Gnanaraja.

Ramkarpal said that the IO obviously lied when the IO says he has forgotten that the monetary transactions and the witnesses involved were the same for both Lim Guan Eng case here and Gnanaraja case in Shah Alam.

And yet the IO refused Ramkarpalโ€™s suggestion that the IO refreshes his memory, by reading again the MACC statement in the cheating case of Gnanaraja, even though that MACC statement was already in the IOโ€™s possession.

Ramkarpal asked why the IO keeps on forgetting that, apart from the RM15 million paid by Zarul to Gnanaraja, Zarul had also paid another RM4 million.

Ramkarpal asks how can the IO not remember what is central in his own case?

Ramkarpal requests the court to take note of the demeanour of the IO as evasive, dishonest and refuses to even acknowledge basic facts in his own witness statement.

The court recorded Ramkarpalโ€™s request.

The IO said he was not sure whether Zarul had the RM19 million on hand to pay Gnanaraja or he had borrowed money.

When Ramkarpal asked whether the IO was not sure because he did not conduct a full investigation, the IO kept quiet.

Ramkarpal said this is obviously an incomplete investigation.

Address

DAP Headquarters, Jalan Yew
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Democratic Action Party posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Democratic Action Party:

Shortcuts

Share