04/04/2023
Jom semua..
[HEBAHAN]
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2023 DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH PADANG TERAP DAN E-IDAMAN
Sempena Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah akan mengadakan program pengumpulan e-waste dengan kerjasama Rakan Strategik iaitu Majlis Daerah Padang Terap dan E-Idaman. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 04 April 2023
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Pasar Awam, Kuala Nerang
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus secara mesra alam dan slogan JAS "Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama", diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"