Bersatu Pdg Terap

Bersatu Pdg Terap Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Padang Terap, Kedah

🇲🇾 SELESAI SUDAH! SANTAI AMBANG MERDEKA BERSAMA  MEMBERI SUPPORT KEPADA ANAK MUDA🇲🇾 Alhamdulillah, selesai sudah sambuta...
03/09/2026

🇲🇾 SELESAI SUDAH! SANTAI AMBANG MERDEKA BERSAMA MEMBERI SUPPORT KEPADA ANAK MUDA🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Santai Ambang Merdeka Kuala Nerang dengan penuh kejayaan dan kemeriahan yang luar biasa! 🎉✨

Suasana sangat meriah dan hangat dengan kehadiran ramai anak muda yang bersemangat menyertai kita! Bersama Dato’ Zohdi, kita raikan ambang kemerdekaan dengan penuh cinta dan kebanggaan terhadap negara. 🇲🇾

Dari sesi — agihan bendera, BBQ, busking, kuiz, puisi sajak, hinggalah ke pertunjukan bunga api — semuanya berjalan lancar dan menyatukan hati semua yang hadir. 🎆🤝

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong dan menjayakannya! Semoga semangat Merdeka terus membara di jiwa kita semua, terutamanya di kalangan generasi muda. 💪

KITA ADALAH PENCETUS PERUBAHAN RUMAH KITA
❤️

19.08.202611.20mlmKuala Nerang🕊️ ZIARAH KEMATIAN & SALAM TAKZIAH Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Be...
19/08/2026

19.08.2026
11.20mlm
Kuala Nerang

🕊️ ZIARAH KEMATIAN & SALAM TAKZIAH

Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, telah menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Muhammad bin Hasan (1.5.1955 – 19.8.2026) untuk menyampaikan salam takziah dan simpati yang mendalam.

Beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keampunan Allah SWT, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta diberikan tempat yang paling baik di sisi-Nya.

Kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini. Semoga jasa baik dan kenangan manis Allahyarham sentiasa kekal di hati kita semua.

Al-Fatihah untuk roh Allahyarham. 🤲



03.07.2026Masjid Kg Padang Sanai📌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, turut hadir ...
05/08/2026

03.07.2026
Masjid Kg Padang Sanai

📌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, turut hadir dan menyertai solat jenazah Almarhumah Ustazah Rosna binti Lateh di Kampung Padang Sanai sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada keluarga yang berduka. Selesai menunaikan solat jenazah, beliau dengan ikhlas mengimamkan solat Isyak bagi jemaah yang hadir. Selepas solat, beliau menyampaikan ucapan takziah yang menyentuh hati kepada seluruh keluarga , merakamkan rasa sedih dan kehilangan besar atas kepergian Almarhumah yang banyak berbakti kepada agama, bangsa dan masyarakat. Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan kesabaran yang luas menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. 🤲



🕌 KHAMIS• PUKUL 7.30 MALAM•KG BELUKAR LUAS 🕌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD hadir menyertai Majlis Bacaan Yasin di ...
01/08/2026

🕌 KHAMIS• PUKUL 7.30 MALAM•KG BELUKAR LUAS 🕌

DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD hadir menyertai Majlis Bacaan Yasin di Surau Kampung Kerasak! 🤲

Dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, beliau hadir untuk bersama warga kampung, satukan hati, seirama suara membaca Yasin, memanjatkan doa yang tulus ikhlas. Semoga majlis ini penuh limpah rahmat Allah SWT, membawa keberkatan, ketenangan jiwa, dan menyatukan kita semua dalam ikatan ukhuwah yang kekal abadi! 💚✨
semoga dipermudahkan segala urusan ....



27.07.202610.00pgSikamat🔥 DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap bersama beberapa  Jawa...
29/07/2026

27.07.2026
10.00pg
Sikamat

🔥 DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap bersama beberapa Jawatan kuasa Bersatu Bahagian Pdg Trp, sempat singgah sebentar di kawasan DUN N.13 Sikamat!

Kehadiran ini adalah tanda sokongan padu dan semangat setiakawan yang utuh. Kami mendoakan sepenuh hati agar Dato’ Tun Faisal memperoleh kemenangan gemilang, kejayaan besar serta mandat penuh daripada rakyat Sikamat! Semoga segala usaha dan perjuangan yang dicurahkan berbalas dengan kemenangan yang meyakinkan nanti. Bersatu bangkit, bersatu menang! 💪🏻🤝🇲🇾

26.07.202605.30ptgTaman Anggerik JUASSEH🔥 GEMPAKNYA SUASANA DI BICARA SANTAI DUN N.15 JUASSEH! 🚀 DATO HAJI MOHD ZOHDI BI...
28/07/2026

26.07.2026
05.30ptg
Taman Anggerik JUASSEH

🔥 GEMPAKNYA SUASANA DI BICARA SANTAI DUN N.15 JUASSEH! 🚀

DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, telah hadir meriahkan Program Bicara Santai bagi DUN N.15 Juasseh untuk meraikan dan memberi sokongan padu kepada calon kita yang dikasihi, SAUDARA MOHD ZUHAIMI @ CIK MIE! 🤝

Kehadiran beliau diserikan lagi dengan kehadiran tokoh ulung, YANG BERHORMAT DATO SERI AZMIN ALI yang turut bersama memeriahkan majlis di situ! Kehadiran dua pemimpin berwibawa ini menjadi suntikan semangat yang nyala, membuktikan kita bersatu hati, bertaut tenaga demi memastikan kemenangan berpihak kepada kita di Juasseh nanti! 💪🔥

Bersama Dato Zohdi, bersama Dato Seri Azmin, bersama Mohd Zuhaimi @ Cik Mie – kita pastikan suara rakyat Juasseh didengar, dan perubahan yang lebih baik akan kita raih bersama! 🇲🇾✨



26.07.20262.30ptgFELDA KEPISDATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, telah hadir ke kawa...
28/07/2026

26.07.2026
2.30ptg
FELDA KEPIS

DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, telah hadir ke kawasan FELDA Kepis, DUN Senaling bagi menyampaikan semangat dan sokongan padu kepada calon kita yang berwibawa, SAUDARA MOHD IZAFFI calon N.17 DUN Senaling! 🤝

Kehadapan beliau diserikan lagi dengan kehadiran YANG BERHORMAT DATO SERI AZMIN ALI yang turut hadir bersama-sama di lokasi! Kedatangan dua tokoh besar ini membakar semangat seluruh warga FELDA Kepis dan rakyat Senaling bahawa kita ada kekuatan, kita ada pemimpin yang benar-benar memahami perjuangan rakyat! 💪🔥



26.07.202612.00 tngh hariJeram padang..Sebelom memulakan perjalanan ke FELDA KEPIS, DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD K...
28/07/2026

26.07.2026
12.00 tngh hari
Jeram padang..

Sebelom memulakan perjalanan ke FELDA KEPIS, DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD Ketua Bahagian Bersatu Pdg Terap, sempat singgah sebentar di Bilik Gerakan Jeram Padang bertanya khabar di kawasan tersebut, semoga calon N.07 Mr Sanjeevan memperoleh kemenangan..



Address

Kuala Nerang
06300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Pdg Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bersatu Pdg Terap:

Shortcuts

Share