Pemuda PAS Kuala Nerus

Contact the organization

Pemuda PAS Kuala Nerus Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus

09/10/2026
08/10/2026

πŸ“

08/10/2026

PASTI Malaysia dengan bangganya mempersembahkan acara tahunan terbesar buat anak-anak kita: Alam Ria PASTI Malaysia 2026 yang bertemakan "Warisan Pantai Timur"!

Tahun ini, bumi Terengganu Darul Iman terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran yang sangat dinantikan ini. Mana tidaknya, disinilah lahirnya wakil pelajar PASTI yang sempat mendunia pada tahun itu.

Alam Ria PASTI bukan sekadar pertandingan, tetapi juga merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat, keberanian, dan potensi anak-anak pelajar PASTI dari seluruh negeri.

Antara acara pertandingan menarik yang bakal disaksikan daripada wakil kontinjen PASTI Negeri merangkumi:
πŸ“– Hafazan (Lelaki & Perempuan)
🎀 Sajak (Lelaki & Perempuan)
πŸ—£οΈ Bercerita (Lelaki & Perempuan)
πŸ•‹ Azan & Khutbah
πŸŽ™οΈ Pidato
🎡 Nasyid & Kalam Jamaie

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mengimarahkan acara "Malam PASTI Bersama Ustaz Azhar Idrus" yang akan diadakan pada hari Jumaat, jam 7.45 malam.

Ingat tarikh ni betul-betul. Hujung minggu ni tau.

πŸ“… Tarikh: 9 & 10 Oktober 2026 (Jumaat - Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak

Mari bawa seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan untuk hadir memberikan sokongan padu kepada kontinjen negeri masing-masing!

Setinggi-tinggi penghargaan buat penaja utama, serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.

"Membina Generasi Rabbani"

Selamat bertanding dan maju jaya buat seluruh kontinjen!

Ahli keluarga, sahabat-sahabat & kenalan dari seluruh negeri hadir mengiringi perjalanan akhir Almarhum Zuliya Hj. Zaki....
08/10/2026

Ahli keluarga, sahabat-sahabat & kenalan dari seluruh negeri hadir mengiringi perjalanan akhir Almarhum Zuliya Hj. Zaki. Selamat berehat Pak Ya, ramai yang menjadi saksi akan amal kebaikanmu atas dunia, insya-Allah baik jugalah perhitungan di alam sana. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman & beramal soleh.

"Beramal Kerana Allah"

08/10/2026

SOLAT SUBUH BERJEMAAH & BACAAN AL-MATHURAT

Insya-Allah, kita bertemu pagi Jumaat ini di Surau Taman Perumahan Gong Badak 4 untuk Solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Al-Mathurat bersama Pimpinan Kuala Nerus.

πŸ“… Jumaat, 9 Oktober 2026
πŸ•Œ Selepas Solat Subuh
πŸ“ Surau Taman Perumahan Gong Badak 4

Sama-sama kita hidupkan pagi Jumaat dengan ibadah, zikir dan doa. Moga pertemuan ini mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat Kuala Nerus.
Makan pagi disediakan.

Insya-Allah Sabtu ini. πŸ‡΅πŸ‡Έ
08/10/2026

Insya-Allah Sabtu ini. πŸ‡΅πŸ‡Έ

πŸ‡΅πŸ‡Έ 3 TAHUN BERLALU, PALESTIN MASIH BERDARAH!

TAUFAN AL-AQSA: PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH SUNYI!

Tiga tahun berlalu, namun luka Palestin masih belum sembuh. Di sebalik runtuhan bangunan, tangisan anak kecil dan pengorbanan para syuhada, tersimpan sebuah kisah tentang ketabahan, keimanan dan perjuangan mempertahankan bumi Al-Aqsa.

Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi sebuah amanah yang tidak boleh kita lupakan.

πŸŽ™οΈ TERANG BULAN STORIES | EPISOD 5

Bersempena 3 tahun memperingati Taufan Al-Aqsa, ikuti kupasan dan perkongsian istimewa bersama:

🎀 Hos: Bro Aeman

πŸŽ™οΈ Tetamu: Ustaz Mohd Ridhwan Abdul Karim
Ketua Penerangan DPPNT

πŸ“… Sabtu | 10 Oktober 2026
πŸ•˜ 9.00 Malam

πŸ“² Saksikan menerusi platform Terang Bulan Stories.

πŸ”₯ JANGAN BIARKAN PALESTIN HILANG DARIPADA INGATAN!

Ayuh bersama-sama kita dengar, faham dan sebarkan. Kerana perjuangan mereka bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk terus dibela melalui kesedaran, doa dan solidariti.

Bumi yang diberkati, perjuangan yang tidak pernah sunyi. πŸ‡΅πŸ‡Έ






08/10/2026

Khutbah Khas Palestin Serentak Seluruh Masjid di Terengganu 16 Oktober Sempena Taufan Al-Aqsa

Persiapan untuk Alam Ria PASTI Malaysia 2026 sedang giat dijalankan. Dari semalam lagi Ustaz Syahid Imaduddin, Naib Ketu...
08/10/2026

Persiapan untuk Alam Ria PASTI Malaysia 2026 sedang giat dijalankan. Dari semalam lagi Ustaz Syahid Imaduddin, Naib Ketua DPPKKN merangkap Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kuala Nerus & sahabat-sahabat AJK bermundar-mandir demi menyediakan fasiliti terbaik selaku tuan rumah program kali ini. Semoga Allah SWT terima segala amalan kita.

"Melahirkan Generasi Celik Al-Qur'an"


Address

Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ)
Kuala Nerus
21200KUALATERENGGANU

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Kuala Nerus:

Shortcuts

Share