JKR Kuala Nerus

JKR Kuala Nerus Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus

14/05/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan di kawasan Kuala Terengganu Drawbridge akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 7.00 pagi – 9.00 pagi

Penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggambaran dokumentari “Azizul Awang: The Pulse” yang akan dijalankan di lokasi tersebut.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan dijalankan.

Segala kerjasama, perhatian dan pemahaman daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Tarikh: 13hb Mei 2026KEPRIHATINAN JKR KUALA NERUS TERHADAP KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYAJKR Kuala Nerus telah melaksan...
14/05/2026

Tarikh: 13hb Mei 2026

KEPRIHATINAN JKR KUALA NERUS TERHADAP KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA

JKR Kuala Nerus telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan halangan di sepanjang jalan sekitar Kuala Nerus. Kerja-kerja ini dilaksanakan secara kendiri (in-house) bertujuan untuk memastikan papan tanda berada dalam keadaan teratur dan tiada objek yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Langkah proaktif ini diambil bagi menjamin keselesaan dan keselamatan semua pihak yang melalui laluan ini. JKR Kuala Nerus sentiasa komited dalam memantau keadaan infrastruktur jalan raya demi kesejahteraan komuniti setempat.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Tarikh: 13hb Mei 2026PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENURAPAN SEMULA (MILL & PAVE) DI FT65, JALAN BUKIT BESAR - BULATAN CHE SEL...
14/05/2026

Tarikh: 13hb Mei 2026

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENURAPAN SEMULA (MILL & PAVE) DI FT65, JALAN BUKIT BESAR - BULATAN CHE SELAMAH - KG. RAJA.

• Lokasi: FT65, Jalan Bukit Besar – Bulatan Che Selamah – Kg. Raja (Seksyen 18.00 - 19.00).

• Tanda Aras: Berhampiran MRSM Kuala Terengganu.

• Waktu Kerja: Jam 10:00 Malam hingga 6:00 Pagi.

• Tujuan: Meningkatkan keselamatan dan keselesaan infrastruktur jalan raya.

Panduan Untuk Pengguna Jalan Raya.

1. Rancang Perjalanan: Jika anda perlu melalui laluan tersebut pada waktu malam, sila jangkakan sedikit kelewatan atau gunakan laluan alternatif jika perlu.

2. Patuhi Arahan: Ikuti papan tanda amaran dan arahan petugas trafik di tapak bina bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

3. Sikap Berhati-hati: Kawasan kerja mill & pave biasanya mempunyai permukaan jalan yang tidak rata sebelum penurapan tamat. Pastikan jarak selamat antara kenderaan dikekalkan.

Usaha JKR Daerah Kuala Nerus menjalankan kerja pada waktu malam (off-peak hours) adalah langkah bagi meminimumkan kesesakan trafik pada waktu puncak siang hari. Semoga urusan penyelenggaraan ini berjalan lancar!

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

11 Mei 2026LAWATAN TAPAK KEMAJUAN KERJA PROJEK PEMBINAAN 12 BILIK DARJAJ SK BUKIT NANASLawatan tapak telah dilaksanakan ...
12/05/2026

11 Mei 2026

LAWATAN TAPAK KEMAJUAN KERJA PROJEK PEMBINAAN 12 BILIK DARJAJ SK BUKIT NANAS

Lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Jurutera Daerah bersama Jurutera Bangunan bagi tujuan pemantauan kemajuan kerja projek pembinaan 12 Bilik Darjah di Sk Bukit Nanas di Kuala Nerus, Terengganu.

Wakil kontraktor utama memberi penerangan aktiviti semasa di tapak serta perbincangan bagi langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

Lawatan ini bertujuan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lancar serta mematuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Tarikh: 11 Mei 2026TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAKSEBUT HARGA JKRKN/SH/BPPB 9/2026Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus telah mengad...
12/05/2026

Tarikh: 11 Mei 2026

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK
SEBUT HARGA JKRKN/SH/BPPB 9/2026

Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus telah mengadakan sesi taklimat dan lawatan tapak bagi projek:

“Bilik Darjah Tambahan Tahun 1 Sesi 2027 : Pembinaan 3 Bilik Darjah Tambahan (Aliran Perdana) di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, Terengganu.”

Program ini telah berlangsung di Bilik Seminar Serindit 1, Aras Satu, Dewan Jubli Perak, Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kehadiran seramai 60 syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G3 di Negeri Terengganu.

Sesi ini bertujuan memberi penerangan berkaitan skop projek serta lawatan tapak bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek selaras dengan spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

LAWATAN TAPAK KEMAJUAN KERJA PROJEK BANGUNAN JKR KUALA NERUSSatu sesi lawatan tapak bagi meninjau kemajuan kerja  telah ...
10/05/2026

LAWATAN TAPAK KEMAJUAN KERJA PROJEK BANGUNAN JKR KUALA NERUS

Satu sesi lawatan tapak bagi meninjau kemajuan kerja telah diadakan pada 10 Mei 2026 melibatkan:
- Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah dan Kerja-Kerja Berkaitan Di SMK Bukit Guntong, Kuala Nerus, Terengganu
- Pembinaan Bilik Kebal Di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu

Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh Jurutera Daerah serta kakitangan Bahagian Bangunan, JKR Daerah Kuala Nerus. Turut hadir bersama ialah pihak kontraktor utama bagi memberikan penerangan berkenaan status semasa pelaksanaan projek di tapak.

Aktiviti semasa di tapak bina ketika lawatan dijalankan bagi Pembinaan Bilik Kebal adalah kerja-kerja pembersihan tapak sebagai persediaan awal sebelum pelaksanaan kerja pembinaan seterusnya manakala bagi projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka adalah kerja-kerja memasang struktur besi bagi dewan serbaguna.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan, spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi aspek keselamatan dan kualiti kerja di tapak bina.

JKR Daerah Kuala Nerus komited dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan teratur, berkualiti dan siap mengikut tempoh yang ditetapkan demi manfaat rakyat dan komuniti setempat.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Assalamualaikum WBTTAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK JKR KUALA NERUSSEBUT HARGA : JKRKN/SH/BPPB 9/2026Gred :G3Pengkhususan :B04...
10/05/2026

Assalamualaikum WBT

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK JKR KUALA NERUS
SEBUT HARGA : JKRKN/SH/BPPB 9/2026
Gred :G3
Pengkhususan :B04 (Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan)

PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 3 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH, KUALA NERUS, TERENGGANU.

Tarikh: 11 Mei 2026
Tempat :Bilik Seminar Serindit, Aras Satu, Dewan Jubli Perak, Pejabat Daerah Kuala Nerus
Masa: 9.30 Pagi (Pendaftaran)
Jangkaan Taklimat : 10.00 Pagi

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

10/05/2026

Assalamualaikum WBT

Taklimat Dan Lawatan Tapak Gred G4 JKR Kuala Nerus.

Dengan segala hormatnya. Untuk makluman tuan, bagi Taklimat Dan Lawatan Tapak (Gred G4) JKR Kuala Nerus untuk Sebut Harga:-

1. JKRKN/SH/BPPB 10/2026
PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 3 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG, KUALA NERUS, TERENGGANU.

2. JKRKN/SH/BPPB 11/2026
PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 2 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DAN 3 BD TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, KUALA NERUS, TERENGGANU.

3. JKRKN/SH/BPPB 12/2026
PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 4 BD TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DAN 7 BD TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU.

Taklimat dan Lawatan Tapak yang dijadualkan Pada 11 Mei 2026 (Isnin) Pengkhususan :B04 (Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan)
adalah DITANGGUHKAN ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian terima kasih

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

08/05/2026

🚧 Nampak jalan rosak?
Laporkan terus melalui aplikasi 𝗠𝗬𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝟮.𝟬!

🚨 Terkini: Aduan 𝙉𝙤 𝙒𝙧𝙤𝙣𝙜 𝘿𝙤𝙤𝙧
Diintegrasikan dengan aplikasi 𝗣𝗕𝗧𝗖𝗮𝗿𝗲 bagi memastikan aduan Jalan Bandaran disalurkan dengan lebih pantas dan efisien.

📲 Muat turun sekarang — percuma, cepat & mudah!





07/05/2026

Address

Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus
Kuala Nerus
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096653025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Kuala Nerus:

Share