26/07/2026
AWAS LOVE SCAM
Dia muncul ketika anda sedang sunyi.
Perkenalan bermula di media sosial. Setiap pagi ada ucapan “selamat pagi”, setiap malam ada ucapan “selamat tidur”. Dia pandai mengambil hati, sentiasa ada ketika anda perlukan seseorang.
Tidak sampai beberapa minggu, dia mula berkata,
“Saya rasa awaklah jodoh saya.”
Dia bercakap tentang masa depan, keluarga dan perkahwinan. Semuanya berlaku terlalu cepat. Anda mula percaya.
Selepas berkahwin, wajah sebenar mula muncul.
“Sayang, boleh tolong buat loan sekejap?”
“Saya ada masalah bisnes.”
“Nanti saya bayar balik.”
“Saya guna nama awak dulu ya.”
Sedikit demi sedikit, hutang semakin bertambah. Pinjaman peribadi, kad kredit, ansuran. Semua atas nama anda.
Apabila wang sudah diperoleh, dia mula berubah.
Telefon tidak dijawab.
Mesej tidak dibalas.
Ada yang terus menghilangkan diri.
Itulah antara modus operandi love scam yang semakin banyak dilaporkan.
Red flag yang perlu anda kenal pasti:
🚩 Baru kenal tetapi terlalu cepat melafazkan cinta.
🚩 Cepat mengajak berkahwin tanpa benar-benar mengenali keluarga dan latar belakang.
🚩 Sentiasa mempunyai alasan memerlukan wang atau bantuan kewangan.
🚩 Memujuk anda membuat pinjaman, menggunakan kad kredit atau menjadi penjamin.
🚩 Berjanji akan membayar semula “selepas semuanya selesai”.
🚩 Mula berubah atau menghilangkan diri selepas memperoleh wang.
Ingat.
Orang yang benar-benar mencintai anda akan membantu membina masa depan bersama.
Scammer p**a membina hutang atas nama anda.
Kalau seseorang meminta anda membuat loan demi “cinta”, berhenti seketika. Semak, berbincang dengan keluarga dan jangan membuat keputusan ketika sedang dibuai emosi.
Lindungi hati anda.
Lindungi kewangan anda.
Jangan biarkan cinta menjadi jalan untuk anda kehilangan masa depan.