Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu

Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu Diharapkan dengan adanya platform ini, segala aktiviti PKSWP dapat berjalan dengan lancar serta semua ahli dapat berkongsi pengalaman mereka.

Saluran facebook ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara ahli-ahli PKSWP serta sebagai satu saluran bagi memberikan maklumat terkini berkenaan aktiviti PKSWP.

BICARA ILMU FARIDH KUPAS CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM DUNIA MODENKUALA TERENGGANU, 8 Februari 2026 – Kelab Kebajikan d...
08/02/2026

BICARA ILMU FARIDH KUPAS CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM DUNIA MODEN

KUALA TERENGGANU, 8 Februari 2026 – Kelab Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu telah menganjurkan Bicara Ilmu bertajuk “Faraidh Dalam Dunia Moden, Cabaran dan Penyelesaian” bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan, pagi ini.

Program ilmu tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khusairi Saleh, Presiden Pertubuhan Du’ah Faraidh Malaysia, yang mengupas secara mendalam isu-isu pengurusan harta pusaka menurut hukum faraidh serta cabaran pelaksanaannya dalam konteks masyarakat masa kini.

Dalam sesi perkongsian, beliau menekankan kepentingan kefahaman ilmu faraidh bagi mengelakkan pertikaian keluarga, memastikan keadilan pembahagian harta serta memelihara keharmonian waris. Pendekatan praktikal dan contoh situasi sebenar turut diketengahkan bagi membantu peserta memahami penyelesaian yang boleh diaplikasikan.

Program yang bermula jam 10.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Wisma Persekutuan serta peserta jemputan, sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan dan pewarisan harta secara Islamik.

Penganjuran bicara ilmu ini diharap dapat meningkatkan literasi masyarakat berkaitan faraidh serta menjadi pemangkin kepada pengurusan harta pusaka yang lebih tersusun dan patuh syariah.

MESYUARAT KHAS PKSWP & SERAHAN TUGAS PENGERUSI PKSWPKuala Terengganu | 5 Februari 2026Satu Mesyuarat Khas Persatuan Keba...
05/02/2026

MESYUARAT KHAS PKSWP & SERAHAN TUGAS PENGERUSI PKSWP

Kuala Terengganu | 5 Februari 2026
Satu Mesyuarat Khas Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan (PKSWP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Restoran Plan A, Kuala Terengganu.

Mesyuarat ini diadakan bersempena serahan tugas Pengerusi PKSWP daripada Dr. Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu yang akan melapor diri dan bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Putrajaya, kepada Puan Rokiah binti Mohamad, selaku Pengerusi Interim PKSWP.

Puan Rokiah binti Mohamad yang juga merupakan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Terengganu telah dipersetujui sebulat suara untuk memangku jawatan Pengerusi PKSWP bagi memastikan kelangsungan tadbir urus dan pelaksanaan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar.

Dalam mesyuarat tersebut, Dr. Faridah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PKSWP atas kerjasama, komitmen serta sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui persatuan. Beliau turut berharap agar PKSWP terus bergerak aktif sebagai wadah kebajikan dan perpaduan warga Wisma Persekutuan.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi perbincangan hala tuju persatuan serta ucapan terima kasih kepada Dr. Faridah atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi PKSWP.

TAKLIMAT KEPENTINGAN PEWARISAN HARTA ISLAM & KLINIK PUSAKAPersatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengga...
29/01/2026

TAKLIMAT KEPENTINGAN PEWARISAN HARTA ISLAM & KLINIK PUSAKA

Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWP) dengan kerjasama Syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad telah menganjurkan Taklimat Kepentingan Pewarisan Harta Islam dan Klinik Pusaka bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu, hari ini.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam mengenai kepentingan perancangan dan pengurusan pewarisan harta menurut syariah Islam. Selain sesi taklimat, turut diadakan klinik pusaka bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan khidmat nasihat secara langsung berkaitan isu-isu pewarisan.

Diharapkan program seumpama ini dapat membantu masyarakat merancang harta dengan lebih teratur, seterusnya mengelakkan pertikaian dan menjaga keharmonian keluarga pada masa hadapan.

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN AJK BIRO PKSWP SESI 2025/2028Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJ...
14/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN AJK BIRO PKSWP SESI 2025/2028

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro di bawah PKSWP Sesi 2025/2028 telah berlangsung pada Rabu, 14 Januari 2026, jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat ORKID, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi, diikuti dengan penyerahan Surat Pelantikan kepada AJK Biro yang dilantik bagi sesi 2025/2028. Pelantikan ini bertujuan memperkukuh struktur organisasi serta memperkasa peranan biro-biro dalam menjayakan agenda dan hala tuju PKSWP.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Sesi Ta’aruf dan Perbincangan KPI Biro Tahun 2026, yang memberi ruang kepada semua AJK untuk berkenalan, bertukar pandangan serta menyelaras perancangan dan sasaran kerja bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak dan berkesan.

Majlis ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada komitmen, kerjasama dan kesepaduan dalam kalangan AJK Biro demi mencapai objektif PKSWP selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang cemerlang.

Address

Wisma Persekutuan Kuala
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan & Sukan WISMA Persekutuan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share