Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Page Rasmi Bahagian Perubatan,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Satu Pemergian, Seribu HarapanAlhamdulillah, pada 6 Ogos 2026, Terengganu sekali lagi merekodkan satu kes pendermaan org...
06/08/2026

Satu Pemergian, Seribu Harapan

Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2026, Terengganu sekali lagi merekodkan satu kes pendermaan organ, menjadikannya kes ketujuh bagi tahun 2026.

Dalam saat sebuah keluarga berdepan kehilangan yang amat berat, mereka memilih untuk menghormati hasrat murni insan tersayang yang telah berikrar sebagai penderma organ. Keputusan yang lahir daripada kasih, kekuatan dan keikhlasan ini membuka ruang harapan kepada pesakit lain yang sedang menanti peluang untuk meneruskan kehidupan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada arwah penderma serta seluruh ahli keluarga atas pengorbanan yang tidak ternilai. Penghargaan turut diberikan kepada semua petugas kesihatan dan pihak yang terlibat, yang melaksanakan amanah ini dengan penuh profesionalisme, ketelitian dan rasa hormat.

Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam memastikan keseluruhan proses dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan teratur.

“Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
Surah Al-Ma’idah, ayat 32

Semoga segala urusan dipermudahkan, keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan, serta kebaikan ini menjadi warisan kasih yang terus memberi manfaat kepada insan lain.

Satu keputusan. Pelbagai harapan. Sebuah kebaikan yang terus hidup.

03/08/2026

I-SIHAT

Topik : Jabatan Kecemasan, Bila Nyawa Jadi Keutamaan. Fahami Peranannya!

📆 : 4 Ogos 2026 (Selasa)
🕥 : 10.30 pagi - 11.00 pagi

🎙️ :
Dr. Sazwan Reezal Shamsuddin
Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu

88.7Mhz - Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu
96.2Mhz - Besut dan Setiu
97.7Mhz - Dungun
90.7Mhz - Kemaman

Terengganu FM

🌿 PROGRAM MINDA SIHAT ANGGOTA BAHAGIAN PERUBATAN JKNT 🌿Pada petang Khamis, 23 Julai 2026, warga Bahagian Perubatan, Jaba...
23/07/2026

🌿 PROGRAM MINDA SIHAT ANGGOTA BAHAGIAN PERUBATAN JKNT 🌿

Pada petang Khamis, 23 Julai 2026, warga Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menyertai Program Minda Sihat sebagai salah satu inisiatif menyihatkan fizikal, meningkatkan kesejahteraan mental, mengeratkan silaturahim serta mencipta momen ceria dan bermakna bersama rakan sekerja. 😄🎉

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus menyemai budaya kerja yang sihat, harmoni dan saling menyokong dalam kalangan warga Bahagian Perubatan JKNT.

Fizikal Sihat, Minda Sejahtera, Silaturahim Terpelihara! 💪🧠🤝





12/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan, dedikasi serta komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat.

Jururawat merupakan tulang belakang sistem kesihatan; sentiasa hadir dengan penuh empati, ketabahan dan keikhlasan dalam setiap sentuhan perawatan. Di sebalik setiap cabaran, anda terus berdiri teguh sebagai insan yang membawa harapan, kesembuhan dan kekuatan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kerana menjadi nadi kepada perkhidmatan kesihatan negara. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam meneruskan amanah yang mulia ini.

Ikhlas Daripada,
Dr. Hariza Binti Hussin
TPKN Perubatan & Seluruh Warga Bahagian Perubatan,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Bengkel Pembangunan Polisi Pra Hospital Siri 1 Peringkat Negeri TerengganuSekalung penghargaan dan tahniah diucapkan ata...
11/05/2026

Bengkel Pembangunan Polisi Pra Hospital Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran Bengkel Pembangunan Polisi Pra Hospital Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 6–7 Mei 2026 bertempat di Citi Plaza Hotel.

Bengkel ini telah menghimpunkan peserta yang mewakili semua PTJ fasiliti KKM di Negeri Terengganu yang menyediakan Perkhidmatan Pra Hospital bagi tujuan pembangunan dan penyelarasan polisi perkhidmatan di peringkat negeri.

Penganjuran bengkel ini dijayakan dengan penglibatan Dr. Hj. Mohd Lotfi Bin Hamzah, Ketua Kepakaran Perkhidmatan Kecemasan & Trauma, Dr. Zaleha Binti Jusoh, Pakar Perunding Perubatan Keluarga mewakili Ketua Kepakaran Perubatan Keluarga, serta Pakar-Pakar Perubatan Kecemasan dari semua daerah dan wakil-wakil Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pakar Pediatrik, para Penolong Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perubatan dan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Bengkel ini turut diserikan dengan penglibatan Dr. Hariza Binti Husin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) yang bertindak sebagai salah seorang panel semasa sesi pembentangan hasil perbincangan bengkel.

Semoga usaha ini menjadi langkah penting ke arah pengukuhan dan penyeragaman Perkhidmatan Pra Hospital di Negeri Terengganu.

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) FALL PREVENTION & INTERVENTION PROGRAM (FPIP) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 202611 Mei 2...
06/05/2026

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) FALL PREVENTION & INTERVENTION PROGRAM (FPIP) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
11 Mei 2026 – Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melalui Jawatankuasa FPIP & Cawangan Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal (CaPRiSK) JKNT telah berjaya menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) Fall Prevention & Intervention Program (FPIP) bertempat di Hospital Hulu Terengganu (HHT).
Kursus ini telah melibatkan seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada anggota kesihatan mewakili semua hospital di bawah seliaan JKNT. Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkasa anggota kesihatan dengan pengetahuan mendalam serta intervensi klinikal terkini bagi mendepani cabaran insiden pesakit jatuh. Melalui modul yang komprehensif, para peserta didedahkan dengan teknik pencegahan yang efisien dan kemahiran mengambil tindakan secara sistematik serta profesional sekiranya berlaku insiden jatuh di fasiliti kesihatan. Melalui program TOT ini, peserta yang dilatih bakal menjadi 'jurulatih' di hospital masing-masing bagi memastikan budaya keselamatan pesakit terus diterapkan ke peringkat akar umbi.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen tinggi dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Negeri Terengganu sentiasa berada di tahap terbaik.

BENGKEL AUDIT KLINIKAL, BAHAGIAN PERUBATAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU (JKNT) 202627-29 April 2026: Telah berla...
06/05/2026

BENGKEL AUDIT KLINIKAL, BAHAGIAN PERUBATAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU (JKNT) 2026

27-29 April 2026: Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Audit Klinikal, Bahagian Perubatan, JKNT 2026 bertempat di UMT Convention Center (UMTCC), Universiti Malaysia Terengganu.

Bengkel ini merupakan anjuran Jawatankuasa Audit Klinikal JKNT dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal (CaPRiSK) JKNT dan telah berlangsung selama 2 sesi iaitu:
• Sesi 1: Melibatkan 34 orang peserta dari Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.
• Sesi 2: Melibatkan 34 orang peserta dari Hospital Dungun, Hospital Besut, Hospital Setiu, Hospital Hulu Terengganu, dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan penceramah jemputan yang telah memberikan bimbingan teknikal:
1. Dr. Faizah Muhamad Zin (Health Performance Unit, KKM)
2. Dr. Puteri Fajariah Megat Mohd Ghazali (Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM)
3. Dr. Zatul Rathiah Abdul Razak (Pakar Perubatan Kecemasan HSNZ merangkap State Champion Audit Klinikal)

Bengkel ini bermatlamat melatih para peserta mengenai tatacara pelaksanaan projek audit klinikal yang sistematik, sekaligus memenuhi keperluan Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) KKM. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya merancang projek audit klinikal khusus untuk hospital masing-masing. Kemajuan projek-projek ini akan dipantau secara berkala oleh Jawatankuasa Audit Klinikal & JKNT bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa dipertingkatkan.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang luar biasa!

Bengkel Pertama East Coast Health Initiative (ECHI)Bengkel pertama East Coast Health Initiative telah berjaya menghimpun...
26/04/2026

Bengkel Pertama East Coast Health Initiative (ECHI)

Bengkel pertama East Coast Health Initiative telah berjaya menghimpunkan anggota kesihatan, termasuk wakil Bahagian Perubatan, Pengarah Hospital serta Ketua-Ketua Kepakaran dari tiga negeri Pantai Timur, iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Inisiatif ini memberi fokus kepada perbincangan isu-isu perkhidmatan kesihatan di kawasan sempadan, khususnya melibatkan kesinambungan rawatan, aliran rujukan pesakit, penggunaan sumber secara optimum serta penyelarasan perkhidmatan antara hospital dan negeri.

Usaha ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuh konsep borderless health initiative, di mana keutamaan diberikan kepada akses perkhidmatan yang lebih lancar, responsif dan bersepadu demi manfaat pesakit, tanpa dibatasi oleh sempadan pentadbiran.

Bahagian Perubatan JKNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua wakil Bahagian Perubatan, Pengarah Hospital, Ketua Kepakaran serta semua pihak dari Terengganu, Pahang dan Kelantan yang telah memberikan komitmen, pandangan dan sokongan dalam menjayakan bengkel ini.

Semoga usaha serantau ini menjadi asas kepada kerjasama yang lebih kukuh, strategik dan mampan dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan di Pantai Timur.







🌿 Sebuah Amal Terakhir yang Sangat Mulia 🌿Pada hari ini, 26 April 2026, kita sekali lagi dipertemukan dengan satu kisah ...
26/04/2026

🌿 Sebuah Amal Terakhir yang Sangat Mulia 🌿

Pada hari ini, 26 April 2026, kita sekali lagi dipertemukan dengan satu kisah yang menyentuh hati dan penuh kemuliaan.

Seorang insan telah kembali ke rahmatullah, namun dalam saat perpisahan itu, beliau telah melakukan satu amal yang amat besar nilainya — menderma organ untuk menyelamatkan nyawa insan lain.

Untuk tahun 2026 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sehingga kini, empat wira telah tampil melalui pengorbanan terakhir ini — satu tindakan yang bukan sahaja memberi kehidupan baharu kepada penerima, tetapi juga menjadi simbol kasih sayang dan kemanusiaan yang tinggi.

Sesungguhnya, ini adalah satu amal terakhir yang sangat mulia, yang pahalanya terus mengalir dan memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.”
(Riwayat Muslim)

Dan dalam firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”
(Surah Al-Ma’idah: 32)

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
🤍 Arwah penderma
🤍 Ahli keluarga yang tabah dan berhati besar
🤍 Semua petugas kesihatan HSNZ & NTRC serta pihak yang terlibat

yang telah bersama-sama menjayakan satu gerak kerja yang amat bermakna ini.

Perkembangan ini jelas mencerminkan bahawa rakyat Terengganu adalah masyarakat yang perihatin, berhati luhur dan tinggi nilai kemanusiaannya. Semoga kisah-kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menyumbang dalam apa jua cara yang mampu.

Marilah kita sama-sama mempertimbangkan untuk berikrar sebagai penderma organ.
Mungkin satu keputusan kecil bagi kita, tetapi memberi kehidupan yang besar kepada orang lain.

🌿 Satu pengakhiran yang mulia, satu permulaan kehidupan buat insan lain. 🌿




19 - 20 April 2026 | HSNZTelah berlangsung dengan jayanya Sesi 2 Terengganu Infection Prevention & Control Course (TIPCC...
23/04/2026

19 - 20 April 2026 | HSNZ

Telah berlangsung dengan jayanya Sesi 2 Terengganu Infection Prevention & Control Course (TIPCC) melibatkan 41 peserta daripada 3 program utama (Perubatan, Kesihatan Awam & Pergigian) merangkumi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jururawat, serta Penolong Pegawai Perubatan (PPP). Kursus anjuran JK Kawalan Infeksi & Antibiotik (JKKIA) Negeri Terengganu dan Cawangan Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal (CaPRiSK) JKNT ini adalah sesi lanjutan daripada Sesi 1 yang telah dijalankan pada 2-3 Mac 2026 yang lalu.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen memperkasa program pencegahan & kawalan infeksi di negeri ini! ✨💉

Address

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Tingkat 5, Wisma Persekutuan Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Kuala
20920

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share