Keluarga Komuniti Zawiyah

Keluarga Komuniti Zawiyah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keluarga Komuniti Zawiyah, Social service, Kuala Terengganu.

26/08/2024
02/01/2024
Menerima jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SK Serada. Mengerat silaturrahim bersama warga pendidik, ibu bapa, par...
18/05/2022

Menerima jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SK Serada.

Mengerat silaturrahim bersama warga pendidik, ibu bapa, para murid dan komuniti setempat.

Meriah! MK Zawiyah turut sama membuat persiapan dan menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama komuniti Kg Pulau Manis ...
18/05/2022

Meriah!

MK Zawiyah turut sama membuat persiapan dan menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama komuniti Kg Pulau Manis dan sekitarnya baru-baru ini.

"Selawat membawa Rahmat,
Muafakat membawa Berkat."

Semalam berlangsung Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Tanjung Ketom, dihadiri para penduduk sekitar.Suasana dan majlis s...
24/04/2022

Semalam berlangsung Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Tanjung Ketom, dihadiri para penduduk sekitar.

Suasana dan majlis seperti ini menjadi satu tradisi yang dapat mengerat kasih sayang dan muafakat, menyubur sifat prihatin dan mengambil cakna kebajikan sesama komuniti.

"Selawat membawa Rahmat,
Muafakat membawa Berkat,
Kunci Kekuatan Akhir Zaman."

Meriah majlis "Nammat" di Masjid Kg Pulau Manis, Serada Selasa lalu. Pihak MKCW Zawiyah turut hadir dan bersama-sama mem...
22/04/2022

Meriah majlis "Nammat" di Masjid Kg Pulau Manis, Serada Selasa lalu.

Pihak MKCW Zawiyah turut hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini setelah 2 tahun tidak diadakan kerana PKP.

Semoga kita sama-sama dapat lipatgandakan amal ibadah pada 10 Akhir Ramadan ini, insya Allah.

19/04/2022

DOK SABOR NOK UBAT RINDU NAMMAT DI MASJID TAHUN NING. BUDAYA & TRADISI TERUS DIWARISI 🖤💛

Seteloh 2 tahun dilanda pandemik, tahun ning Nammat di Masjid Pulau Manis Serada kembali dianjurkan. Sepertibiasa sumbangan lauk sebekah setiap keluarga akan dikongsi dan dinikmati ketika Berbuka Puasa. 😍

Hok dok rajin menyumbang @ lama doh dok aktif tu, jom mulakan kembali di Program Nammat kali ini pada :

19 April 2022 (Selasa) 6.30 Petang, Masjid Pulau Manis, Serada.

Pakat balik belake kapung. Kita pakat imarahkan Masjid kiter. Hok mana jauh pakat balik kita rapatkan kasih sayang kariah. Inilah warisan turun temurun nenek moyang kita yang mendukung agama, bangsa & tanahair kiter.. 🤝




MK ZAWIYAH & ABM MALAYSIA DI MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN ANAK YATIMJumaat baru-baru ini, MK Zawiyah bersama dengan ...
17/04/2022

MK ZAWIYAH & ABM MALAYSIA DI MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN ANAK YATIM

Jumaat baru-baru ini, MK Zawiyah bersama dengan Pertubuhan Kebajikan Selendang Merah (ABM Malaysia) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf. Majlis ini diadakan di Restoran CT Seafood D'Muara yang terletak di bawah jambatan Hiliran, Kuala Terengganu.

Program ini adalah susulan pertemuan wakil MK Zawiyah dengan Ayah Mie sebelum ini dalam mengukuh persaudaraan dan muafakat, seterusnya merealisasikan majlis yang telah dirancang bersama.

Mewakili MK Zawiyah, Acik Paduka turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 20 anak yatim dan asnaf dari Ribath As-Sofa, Kg Tetambah, Manir.

Turut hadir beberapa pimpinan / Ayahanda dari pelbagai pertubuhan selain ABM Malaysia.

Semoga jalinan ini terus dapat diperkukuhkan dalam kebersamaan memperkasa jati diri bangsa, agama dan tanahair, insya Allah.

PERTEMUAN SILATURRAHIM DENGAN AYAH MIE BATIKMalam tadi Acik mewakili MK Zawiyah dijemput dalam pertemuan silaturrahim de...
27/03/2022

PERTEMUAN SILATURRAHIM DENGAN AYAH MIE BATIK

Malam tadi Acik mewakili MK Zawiyah dijemput dalam pertemuan silaturrahim dengan Ayah Mie Batik, pimpinan Pertubuhan Kebajikan Selendang Merah (ABM Malaysia).

Ayah Mie Batik (tengah, t-shirt biru) adalah sahabat lama Acik yang telah 4 tahun tak bertemu.

Beliau juga memegang jawatan dalam beberapa Pertubuhan lain di Terengganu, selain terlibat dengan beberapa gerakan lain di Kuala Lumpur. Justerub turut miliki banyak jaringan dan anak buah.

Pertemuan berlangsung di perkarangan rumah beliau dan turut disertai "Abang-Abang" atau para pimpinan yang mempunyai jaringan masing-masing.

Dalam sembang-sembang santai, Acik kongsikan tentang kepentingan ilmu kerohanian, membina masyarakat atas dasar ilmu dan kasih sayang dengan kekuatan yang ada.

Hasrat Ayah Mie supaya Acik dapat sama-sama membimbing dalam aspek kerohanian dan apa jua bentuk pengisian. Insya Allah akan di atur program bersama selepas ini.

Difahamkan juga Ayah Mie serta anak buahnya setiap tahun pada bulan puasa akan anjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan dihadiri pelbagai pertubuhan untuk turut meraikannya.

Di akhir pertemuan Acik hadiahkan beberapa buah buku karangan Walid (Ayahanda Acik) termasuk Panduan Cinta Watan kepada Ayah Mie.

Ayah Mie menzahirkan penghargaan atas pemberian yang amat bermakna katanya.

Semoga pertemuan ini dapat mewujudkan kebersamaan dan bergabung kekuatan dalam membangun kembali jati diri bangsa dan kekuatan ummat insya Allah.

Alhamdulillah malam tadi pihak MK Zawiyah bersama dalam Kuliah Maghrib di Masjid Tanjung Ketom, dan turut menyumbang see...
23/03/2022

Alhamdulillah malam tadi pihak MK Zawiyah bersama dalam Kuliah Maghrib di Masjid Tanjung Ketom, dan turut menyumbang seekor kambing untuk dibuat jamuan selepas kuliah.

Hasrat menyumbang kambing ini dizahirkan pihak MK Zawiyah beberapa hari lepas ketika mengadakan ziarah silaturrahim dengan Pengerusi dan Imam Masjid Tanjung Ketom, serta pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Pengerusi Masjid menyambut baik hasrat tersebut dan justeru mencadangkan malam tadi untuk disediakan jamuan gulai kambing secara gotong royong.

Selain dibuat jamuan, sebahagian gulai kambing turut diagih-agihkan kepada komuniti sekitar.

Kuliah malam tadi disampaikan Ustaz Syukri selaku Imam Masjid, dan dihadiri hampir 40 jemaah/komuniti setempat. Kuliah beliau diadakan 3 kali seminggu.

Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan bersama komuniti dan beberapa muafakat kerjasama dapat direalisasikan pada masa akan datang, insya Allah.

Alhamdulillah permuafakatan diteruskan dengan melibatkan komuniti dan beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dal...
16/03/2022

Alhamdulillah permuafakatan diteruskan dengan melibatkan komuniti dan beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelancongan.

Muafakat membawa Berkat.

Kuala Terengganu: Pusat Rekreasi Kalang Warisan dan Dataran Banggol Cempadak antara dua produk pelancongan terjejas teruk akibat banjir luar jangka yang melanda Terengganu, baru-baru ini.

KUNJUNGAN & SILATURRAHIM DENGAN TOK SAIDAlhamdulillah semalam Acik mewakili MK Zawiyah menziarahi dan bersilaturrahim de...
10/03/2022

KUNJUNGAN & SILATURRAHIM DENGAN TOK SAID

Alhamdulillah semalam Acik mewakili MK Zawiyah menziarahi dan bersilaturrahim dengan YM Tuan Guru Said Baharuddin Bin Said Abu, Yang Dipertua (YDP) PESIMA (Seni Silat Kuningan). Beliau lebih mesra dipanggil Tok Said.

Tok Said seorang yang dikenali dan disegani di Kemaman dan banyak mengatur program persilatan, antaranya Festival Silat Terengganu. Beliau juga dianggap guru tertua di kalangan perguruan silat di Johor dan Selangor.

Berpeluang bicara santai bersamanya berkenaan kepentingan mengukuhkan spiritual bangsa berteraskan Tauhid Sufi yang menekankan aspek rasa kehambaan, bukan dalam bentuk pengetahuan dan bicara kosong semata. Bahkan ia menjadi inti penting dalam membangun anak bangsa terutama dalam persilatan.

Dalam pertemuan ini juga Tok Said menzahirkan hasrat untuk menghimpun 20 Guru silat dari aliran sama untuk program ziarah makam-makam Auliya' sekitar Terengganu, seperti makam Tok Pulau Manis, Tokku Paloh dan lainnya.

Pada 5 Jun 2022 Tok Said dan beberapa perguruan lain berhasrat berkampung satu malam di Kalang Warisan berserta kira-kira 100 ahli rombongan. Tarikh ini telah ditetapkan sebagai salah satu agenda program yang akan dijalankan.

Bagi pihak MK amat berbesar hati dengan hasrat tersebut dan akan diselaraskan dengan pihak pengurusan Kalang Warisan insya Allah.

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keluarga Komuniti Zawiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category