19/08/2024
Tera air (watermark) bertujuan sebagai perlindungan hak cipta bagi melindungi karya digital daripada penyalinan atau penggunaan tanpa izin. Penggunaan tera air membantu mempromosikan jenama atau identiti individu/organisasi dengan memastikan nama atau logo organisasi bagi bahan tersebut adalah jelas.
Tera air juga boleh digunakan untuk mengesan asal usul atau laluan pengedaran dokumen atau imej, membantu mengenal pasti sebarang pelanggaran terhadap hak cipta atau penggunaan yang tidak sah. Penggunaan tera air adalah cara yang efektif untuk melindungi dan mengekalkan hak ke atas karya digital.
Gambar menunjukkan spesifikasi tera air bagi logo dan teks Arkib Negara Malaysia yang dimasukkan ke dalam gambar digital semasa pemprosesan bahan.