Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus diketuai oleh Dr Effah Leiylena Yaacob, sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus

*SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PENYAMPAIAN AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU BERSAMA KONTINJEN BOLING JABATAN...
14/08/2026

*SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN PENYAMPAIAN AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU BERSAMA KONTINJEN BOLING JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU*

Bertempat di Wellness Hub, Klinik Kesihatan Seberang Takir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad telah menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Ramah Mesra bersama kontinjen Boling Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang akan ke Jelajah Kecergasan Kebangsaan 2026 di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2026 nanti.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) JKNT, En Mohd Fadzil bin Ali dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Dr. Effah Leiylena binti Yaacob.

Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan daripada Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Dr. Effah Leiylena binti Yaacob merangkak sebagai Ketua Kontinjen Pasukan Boling JKNT.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan sambutan Bulan Kemerdekaan dan penyampaian amanat daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad.

Semoga setiap anggota yang terpilih ke Jelajah Kecergasan Kebangsaan Tahun 2026 mempunyai semangat juang dan jati diri yang tinggi selari dengan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-69.




*SEMINAR KEGANASAN RUMAH TANGGA & PENDERAAN KANAK-KANAK(OSCC) PERINGKAT ZON TENGAH NEGERI  TERENGGANU.*  *Tarikh* : 12-1...
13/08/2026

*SEMINAR KEGANASAN RUMAH TANGGA & PENDERAAN KANAK-KANAK(OSCC) PERINGKAT ZON TENGAH NEGERI TERENGGANU.*

*Tarikh* : 12-13 Ogos 2026
*Masa* : 8am-5pm
*Tempat* : Dewan Persidang 2 UMTCC

Program ini telah dijalankan hasil kerjasama 3 Pejabat Kesihatan Daerah iaitu Unit Penyakit Tidak Berjangkit ( NCD) PKD Kuala Nerus, unit NCD PKD Kuala Terengganu dan unit NCD PKD Marang.

Antara penceramah yang di jemput menyampaikan ceramah dalam program ini adalah terdiri daripada :

1.Pegawai Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu
2.Inspektor Polis IPD Daerah Kuala Terengganu
3.Pegawai Agama Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu
4.Pegawai Perubatan Psiaktri Hospital Sultanah Nur Zahirah
5.Pakar Perunding Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus
6.Pegawai Kaunseling Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 250 orang peserta terdiri daripada anggota kesihatan dan juga pelbagai ajensi/jabatan luar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Diharap dengan terlaksana program sebegini dapat meningkatkan tahap kesedaran anggota serta masyarakat berkaitan isu keganasan rumah tangga serta penderaan kanak
-kanak.

# pkdkualanerus
# kualanerussihatsokmo
# JKNTReachMe

✨*PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) PKD KUALA NERUS SESI 4 TAHUN 2026*✨Tarikh : 13 Ogos 2026Hari     : K...
13/08/2026

✨*PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) PKD KUALA NERUS SESI 4 TAHUN 2026*✨

Tarikh : 13 Ogos 2026
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1 tengahari
Tempat : Perkarangan Masjid Seberang Takir
Duta Kenali Ubat Anda (KUA) yang terlibat : Ustaz Awang bin Sulong

Aktiviti :
1) Pemeriksaan kesihatan
2) Senaman regangan oleh ahli fisioterapi
3) Ceramah Komplikasi Diabetes
4) Slot Duta KUA Pengambilan Ubat Yang Betul
5) Booth Pameran Farmasi Fajr
7) Perkongsian Pengalaman Berhenti Merokok

Pada sesi 4 kali ini, seramai 15 orang pesakit kencing manis telah hadir sebagai peserta PICC di perkarangan Masjid Seberang Takir. Program yang dikendalikan 8 orang anggota farmasi ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Masjid, Ustaz Zakaria bin Dagang, Pegawai Perubatan NCD Seberang Takir, Dr Siti Nur Hafizah Izzaty binti Shaikh Ahmad, dan Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Puan Syarifah binti Jamaludin.

Program bermula dengan rumusan pembelajaran sepanjang sesi 1 hingga sesi 3 dan diteruskan dengan sesi senaman regangan yang dikendalikan oleh Jurupulih Fisioterapi Puan Siti Afizah.

Program bersambung dengan ceramah Komplikasi Diabetes yang disampaikan oleh Dr. Siti Nur Hafizah Izzaty, Pegawai Perubatan KK Seberang Takir. Kemudian peserta dibahagikan 4 kumpulan mengikut fasilitator. Tahap kefahaman peserta dinilai dengan menjawab soalan yang diajukan dalam buku aktiviti. Salah seorang peserta PICC, En Zamhuri Ayus turut berkongsi pengalaman berhenti merokok.

Seterusnya, majlis penutup PICC tahun 2026 dirasmikan oleh Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Pn Syarifah binti Jamaludin. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian sijil bagi 14 orang peserta PICC yang hadir 3 sesi ke atas.

Program hari ini juga berbesar hati menerima kunjungan Pengerusi Masjid Seberang Takir, Ustaz Zakaria bin Dagang. Beliau sangat menghargai dan mengalu-alukan usaha PKD Kuala Nerus dalam menganjurkan program sebegini.

Kerjasama yang sangat baik daripada pihak Jawatankuasa Masjid Seberang Takir dan Duta KUA serta sambutan dari penduduk kampung telah menjayakan 4 sesi PICC pada tahun ini.

Dengan ini, berakhirlah sudah program PICC pada tahun 2026 Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama dari penduduk Seberang Takir dan juga kesemua anggota PKD Kuala Nerus yang terlibat . Nantikan PICC 2027 yang akan diadakan di Bukit Tunggal.






MESYUARAT PENUTUP AUDIT SURVELAN I SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) ISO 9001:2015📅 12 Ogos 2026📍 Bilik Mesyuarat Utama, P...
13/08/2026

MESYUARAT PENUTUP AUDIT SURVELAN I SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) ISO 9001:2015

📅 12 Ogos 2026
📍 Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Kuala Nerus

Pejabat Kesihatan Kuala Nerus telah melaksanakan Mesyuarat Penutup Audit Survelan I Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015 pada 12 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PKD Kuala Nerus.

Audit telah dijalankan oleh barisan auditor yang terdiri daripada En. Muhammad Syafiq bin Idris, Dr. Noorhaida binti Ujang dan Dato’ Anwar bin Abdullah.

Mesyuarat penutup ini menjadi platform bagi menyampaikan rumusan, penemuan serta maklum balas hasil audit, di samping memperkukuh komitmen seluruh warga kerja PKD Kuala Nerus dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti sentiasa dilaksanakan secara berkesan, konsisten dan berterusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan auditor serta seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Kuala Nerus atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.

“Kualiti Diperkasa, Perkhidmatan Berkualiti, Kesihatan Rakyat Diutamakan.”

*KURSUS PENGUKUHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS*5 Ogos 2026 @ Bilik Seminar KK Seber...
13/08/2026

*KURSUS PENGUKUHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS*

5 Ogos 2026 @ Bilik Seminar KK Seberang Takir

Kursus Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan Remaja bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam pengendalian isu serta keperluan kesihatan remaja. Kursus ini diadakan secara berkala bagi memastikan setiap anggota sentiasa peka dengan pendekatan terkini dalam memberikan perkhidmatan yang mesra, selamat dan berkesan kepada golongan remaja.

Objektif kursus adalah Memperkasakan anggota kesihatan multidisiplinari di klinik kesihatan sebagai pasukan pakar rujuk dan fasilitator dalam menjalankan perkhidmatan kesihatan remaja di fasiliti kesihatan. Meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran kepada anggota kesihatan dalam mengendalikan masalah kesihatan remaja dan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan remaja dan reten remaja di setiap klinik.

Latihan dihadiri oleh 25 anggota dari pelbagai kategori – Pakar Perubatan Keluarga 3, pegawai Perubatan 3, Penolong Pegawai Perubatan 6, Penyelia Jururawat 2, Jururawat 9, Pegawai dietitik 1 dan pegawai sains pemakanan 1 orang. Prestasi dan penilaian peserta dinilai melalui aktiviti praktikal dan simulasi (individu & berpasukan). Tahniah atas penglibatan yang amat memberansangkan.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada barisan fasilitator dan urusetia yang menjayakan kursus pengukuhan perkhidmatan perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja peringkat PKD Kuala Nerus 2026. Pihak urusetia juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator - Dr Maira bt Hassan (FMS KKST), Dr Nurul Jannah (FMS KKST), Dr Norazmalayati (MO Kesihatan Keluarga PKDKN) Dr Fairuz (FMS prawarta KKST) Dr Fathin Syahira (MO KKST), Dr Fatin Fakhriah (MO KKBR) dan PPP Azwan (PKDKN) – atas komitmen ilmu dan bimbingan yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.

Secara keseluruhan, objektif kursus tercapai dan impak jangka panjang diharapkan anggota kesihatan sentiasa bersedia, peka serta berkeyakinan dalam mengendalikan isu dan keperluan kesihatan remaja. Latihan ini juga dapat meningkatkan kecekapan dalam memberikan perkhidmatan yang mesra, selamat dan berkesan kepada golongan remaja.

Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja KKST & Unit Kesihatan Keluarga PKDKN

🌟 Sambutan Hari Kokurikulum SMK Kompleks Tembusu: Cergas, Sihat & Bebas Buli! 🌟Sempena Sambutan Hari Kokurikulum SMK Kom...
12/08/2026

🌟 Sambutan Hari Kokurikulum SMK Kompleks Tembusu: Cergas, Sihat & Bebas Buli! 🌟
Sempena Sambutan Hari Kokurikulum SMK Kompleks Tembusu, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan dengan menekankan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid. 💚
Antara pengisian yang berlangsung ialah:

🎤 Ceramah Jenayah Buli – meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya buli serta kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni.

🚭 Advokasi Kesihatan berkaitan V**e & Rokok – memberi pendedahan kepada murid tentang kesan dan risiko penggunaan v**e serta rokok terhadap kesihatan.

🔎 Pameran V**e & Rokok – menyediakan ruang pembelajaran secara interaktif agar murid lebih memahami bahaya tabiat merokok dan penggunaan v**e.

🧠 Kuiz Trivia V**e & Rokok serta Kuiz Kesihatan anjuran Kelab Doktor Muda SMK Kompleks Tembusu – menguji pengetahuan murid sambil menerapkan mesej kesihatan dengan cara yang santai dan menyeronokkan.

💪 Semoga program sebegini dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berani menolak buli, bijak membuat pilihan serta mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok dan v**e.

✨ Bersama kita bina sekolah yang selamat, sihat dan bebas buli, rokok serta v**e!






**e



PATUHI RAWATAN TIBI Tindakan undang-undang adalah pilihan terakhir dalam kesihatan awam. Namun, apabila risiko kepada ko...
11/08/2026

PATUHI RAWATAN TIBI

Tindakan undang-undang adalah pilihan terakhir dalam kesihatan awam. Namun, apabila risiko kepada komuniti melebihi hak individu, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus (PKDKN) tidak akan berkompromi.

Pada 8hb Ogos 2026, satu laporan polis telah dibuat sebagai sebahagian daripada prosedur pengesanan pesakit ingkar rawatan, disusuli dengan penyerahan Notis Arahan Menyambung Rawatan di lapangan bersama pihak Polis.

Tibi bukan sekadar batuk biasa. Kegagalan mematuhi regim rawatan Tibi akan membawa implikasi serius kepada diri pesakit dan orang lain.

Apabila rawatan terhenti, _Mycobacterium tuberculosis_ menjadi kebal terhadap rawatan yang diberikan. Ini menjadikan rawatan seterusnya jauh lebih rumit dan memakan masa lebih lama untuk sembuh. Pesakit yang cicir rawatan kekal sebagai ejen penyebar kuman yang aktif, meletakkan keluarga dan masyarakat dalam risiko jangkitan melalui udara. Ini meningkatkan risiko jangkitan kepada golongan rentan seperti kanak-kanak dan warga emas di rumah.

Di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, pesakit boleh diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pengasingan. Kegagalan mematuhi perintah ini adalah satu kesalahan.

Pematuhan rawatan adalah kunci utama penyembuhan, seterusnya untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada orang awam.

Pastikan rawatan anda lengkap. Lindungi diri, lindungi keluarga.


🌟 SELAMAT DATANG AUDIT SURVELANS I 🌟SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) ISO 9001:2015🏥 PEJABAT KESIHATAN KUALA NERUS📅 TAHUN ...
10/08/2026

🌟 SELAMAT DATANG AUDIT SURVELANS I 🌟
SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) ISO 9001:2015
🏥 PEJABAT KESIHATAN KUALA NERUS
📅 TAHUN 2026

Selamat datang diucapkan kepada pasukan auditor Audit Survelans I Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015 ke Pejabat Kesihatan Kuala Nerus.

Audit ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti sentiasa mematuhi piawaian, berkesan, cekap dan ditambah baik secara berterusan demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat. 💙

🤝 Komitmen • Kualiti • Integriti • Penambahbaikan Berterusan

Semoga pelaksanaan audit pada tahun ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Audit!
🌿 Bersama Memacu Kualiti, Demi Perkhidmatan Kesihatan Yang Cemerlang.







*KURSUS SAFE MOTHERHOOD PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA NERUS TAHUN 2026*20 & 26 Julai 2026 @ Bilik Seminar KK ...
09/08/2026

*KURSUS SAFE MOTHERHOOD PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA NERUS TAHUN 2026*

20 & 26 Julai 2026 @ Bilik Seminar KK Seberang Takir

Unit Kesihatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus telah berjaya mengendalikan kursus 'Safe Motherhood' peringkat daerah Kuala Nerus bagi tahun 2026. Kursus ini melibatkan 40 peserta terdiri daripada kategori Pegawai Perubatan & anggota kejururawatan. Ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama dan fokus sepanjang kursus ini

Objektif kursus ini bertujuan untuk
a. Memperkasa pengetahuan dan kemahiran dengan maklumat terkini berkaitan pengendalian safe motherhood.
b. Memberi panduan kepada peserta di peringkat pelaksana dalam memperkukuh pengendalian kes-kes ibu hamil berisiko.
c. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengendalian kecemasan neonatal.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua barisan Pakar perubatan Keluarga PKD Kuala Nerus yang sentiasa komited menyampai & berkongsi ilmu secara interaktif & informatif sepanjang 2 hari kursus berlangsung – Dr Zainal Fitri, Dr Maira, Dr Zaleha, Dr Nurul Jannah, Dr Wan Natrah, Dr Nor Aliah & Dr Fairuz Khairunnisa.

Sekalung tahniah diucapkan juga kepada urusetia yang memastikan kelancaran perjalanan kursus.

Unit Kesihatan Keluarga, PKD Kuala Nerus

*PROGRAM BASMI AEDES ‘ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP’SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 2026*8 ...
09/08/2026

*PROGRAM BASMI AEDES ‘ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP’SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 2026*

8 Ogos 2026 (Sabtu) -Bertempat di perkarangan Masjid Al-Abrar, Kampung Bukit Tok Beng, Program Basmi Aedes Peringkat Daerah Kuala Nerus telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama erat antara Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, MBKT, Pejabat Daerah Kuala Nerus, dan gabungan empat JPKK dari Kampung Bukit Tok Beng, Kampung Telaga Daing, Kampung Telaga Daing Paya dan Taman Perumahan Telaga Daing dalam usaha memperkukuh aktiviti pencegahan penyakit Demam Denggi dan mencegah penularan berlaku di peringkat komuniti.

Program yang disertai lebih kurang 200 orang terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, anggota Pejabat Daerah Kuala Nerus, anggota MBKT, Pelajar Sekolah Men Ibrahim Fikri, penduduk setempat di empat lokaliti . Program dimulakan dengan ceramah kesedaran pencegahan denggi dan peranan Masyarakat dalam sama-saam membendung peningkatan Kes Demam Denggi dan disusuli dengan pertandingan explorace “Search and Destroy” yang disertai oleh golongan kanak-kanak setempat dan Pelajar sekolah. Di samping itu penduduk setempat juga menjalankan gotong royong kendiri di rumah masing-masing.

Turut diadakan pelbagai pameran dan perkhidmatan kesihatan, antaranya:
- Pameran dan Kuiz Berkaitan Demam Denggi dari Unit Promosi Kesihatan PKDKN
- Edaran Abate dan Risalah Denggi
- Ceramah berkaitan Denggi oleh PKV PKDKN
- Perlantikan Lokaliti COMBI baru Kampung Telaga Daing
- Kaunter Hasil dari Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Pertandingan Rumah Paling Bersih

Tujuan Program ini dilaksanakan adalah untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes bertujuan mengawal pembiakan nyamuk aedes di kawasan ini. Di samping itu ia juga bertujuan mendidik masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kebersihan persekitaran di kawasan rumah dan Taman. Kaedah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah pembiakan nyamuk aedes adalah melalui aktiviti GORO dan ianya hanya berkesan apabila melibatkan semua peringkat masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua urusetia, agensi terlibat, serta penduduk terlibat atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi komuniti yang lebih sihat dan bebas denggi.



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Batu Rakit
Kuala Terengganu
21030

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share