12/08/2026
ππ.π.ππππ/ ππππ
ππππ ππππππ ππππ ππππππππππ ππππ | πππππ ππππ
Tahukah anda? Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pemilihannya sebagai bunga kebangsaan dibuat setelah beberapa jenis bunga dipertimbangkan. Bunga Raya dipilih kerana mudah dikenali, menarik dari segi warna dan bentuk, mudah didapati di seluruh negara serta mempunyai nama yang dikenali secara meluas di Malaysia.
Lebih istimewa, lima kelopak Bunga Raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara mencerminkan nilai asas yang menyatukan rakyat dan memperkukuh keharmonian negara.
Bukan sekadar bunga, Bunga Raya ialah lambang identiti, perpaduan dan semangat kebangsaan Malaysia.
Ayuh kita kenali, hargai dan hayati simbol-simbol yang membentuk jati diri negara.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
Shamsul Azri bin Abu Bakar