Trafik Kuala Selangor

Trafik Kuala Selangor Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor

OP SAMSENG JALANAN BSPTD KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 31 OGOS 2026 (Isnin) โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafi...
31/08/2026

OP SAMSENG JALANAN BSPTD KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 31 OGOS 2026 (Isnin) โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Kuala Selangor telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.

Operasi tersebut melibatkan (1) Pegawai Kanan Polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama (23) anggota IPD Kuala Selangor.

Penugasan bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam. Hasil operasi mendapati seramai (170) individu ditahan dan (140) buah kenderaan telah diperiksa. Sebanyak (90) keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin pandang belakang, ubah suai ekzos, tidak mempamerkan pelekat โ€œL/Pโ€ serta lain-lain kesalahan. Selain itu, sebanyak (5) buah motosikal turut disita.

Operasi Samseng Jalanan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD IPD Kuala Selangor bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas. BSPTD Kuala Selangor turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhemah dan bertolak ansur ketika berada di jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.






31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—˜ - ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dengan penuh rasa bangga dan patriotik mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni, sejahtera dan berdaulat, berteraskan nilai Malaysia MADANI.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28/08/2026

JEREBU KEMBALI MELANDA

Jerebu bukan sahaja menjejaskan jarak penglihatan, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan, khususnya sistem pernafasan. Pada masa yang sama, orang ramai hendaklah sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing serta mematuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan mengambil langkah pencegahan dengan mengehadkan aktiviti di luar, memakai pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya, memastikan udara dalam rumah kekal bersih serta mengamalkan kebersihan diri selepas berada di luar. Kesedaran dan tindakan awal amat penting bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat daripada kesan jerebu.

โ€œKeselamatan Negara, Tanggungjawab Bersamaโ€





27/08/2026
27/08/2026
OP M/SIKAL BSPTD KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 23 Ogos 2026 (Ahad) - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pej...
24/08/2026

OP M/SIKAL BSPTD KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 23 Ogos 2026 (Ahad) - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menjalankan sekatan jalanraya Op M/sikal / Op Pelbagai Kesalahan Lalulintas di KM 14 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Pegawai Kanan bersama 12 anggota.

Penugasan bermula jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam. Hasil dari operasi ini sebanyak (54) keping saman PDRM(K)257/170A telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan lalu lintas diantaranya tiada lessen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan tiada cermin sisi. Seramai (72) orang individu dan (69) buah kenderaan telah diperiksa.

Operasi ini dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD Kuala Selangor bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengurangkan kemalangan jalanraya dikawasan yang berisiko kerap berlaku kemalangan disamping melakukan pencegahan aktiviti jenayah.

09/08/2026

SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII SELANGOR 2026.

SHAH ALAM โ€“ Negeri Selangor bakal menjadi tumpuan arena sukan negara apabila dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.

Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan temasya sukan pelbagai acara di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN). Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, SUKMA menjadi antara platform utama pembangunan atlet muda negara dengan menghimpunkan penyertaan atlet berumur bawah 21 tahun yang mewakili negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan.
Pemilihan Selangor sebagai tuan rumah edisi ke-22 telah diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil. 11 pada 18 Julai 2024. Penganjuran kali ini cukup signifikan kerana Selangor kembali menjadi tuan rumah SUKMA selepas 28 tahun, dengan kali terakhir temasya berprestij tersebut dianjurkan di negeri ini pada tahun 1998.

SUKMA XXII Selangor 2026 akan melibatkan 37 jenis sukan yang dipertandingkan di venue-venue melibatkan sembilan (9) daerah, iaitu Petaling, Klang, Gombak, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat dan Hulu Selangor.
Penganjuran temasya berskala besar ini dijangka melibatkan pergerakan atlet, pegawai, urus setia, petugas, penyokong serta orang ramai dalam jumlah yang tinggi sepanjang tempoh kejohanan. Sehubungan itu, aspek keselamatan, kelancaran lalu lintas, pengurusan pergerakan kontinjen serta keselesaan pengguna jalan raya akan menjadi antara perkara penting dalam memastikan perjalanan SUKMA XXII Selangor 2026 berlangsung dengan teratur dan lancar.

Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa memberikan kerjasama, mematuhi arahan petugas serta merancang perjalanan lebih awal sekiranya melalui kawasan berhampiran venue pertandingan. Sebarang perubahan atau lencongan lalu lintas yang dilaksanakan dari semasa ke semasa adalah bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan sepanjang temasya berlangsung.

Penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 bukan sahaja menjadi medan melahirkan bakat-bakat sukan negara, malah merupakan peluang untuk Selangor mempamerkan keupayaan sebagai negeri tuan rumah yang mampu mengendalikan temasya sukan berskala nasional secara profesional, selamat dan berkesan.

โ€œSELANGORTUAN RUMAH SUKMA XXII 2026 โ€“ SEMARAK SUKAN, SEMANGAT MALAYSIAโ€




Hati2 semasa memandu, rancang perjalanan anda
21/05/2026

Hati2 semasa memandu, rancang perjalanan anda

19/05/2026
OP BERSEPADU KHAS (OPERASI SAMSENG JALANAN) BSPTD KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 17 Mei 2026 (Ahad) โ€“ Bahagian Siasatan d...
17/05/2026

OP BERSEPADU KHAS (OPERASI SAMSENG JALANAN) BSPTD KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 17 Mei 2026 (Ahad) โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Kuala Selangor telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.

Operasi tersebut melibatkan bantuan daripada dua (2) Pegawai Kanan Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama (16) anggota IPD Kuala Selangor.

Penugasan bermula jam 4.00 petang sehingga 11.30 malam. Hasil operasi mendapati seramai (85) individu ditahan dan (77) buah motosikal telah diperiksa. Sebanyak (103) keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin pandang belakang, ubah suai ekzos, tidak mempamerkan pelekat โ€œL/Pโ€ serta lain-lain kesalahan. Selain itu, sebanyak tujuh (7) buah motosikal turut disita.

Operasi Samseng Jalanan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD IPD Kuala Selangor bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas. BSPTD Kuala Selangor turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhemah dan bertolak ansur ketika berada di jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.





Address

Kuala
Kuala

Telephone

+60332891222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Trafik Kuala Selangor:

Shortcuts

Share