Balai Polis Kuala Selangor

Balai Polis Kuala Selangor Facebook Rasmi Balai Polis Kuala Selangor

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜Ύπ™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ƒ π˜Ύπ™€π™‚π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π™„ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™π™„π™‹π™Ž π™‹π™€π™‰π™…π˜Όπ™‚π˜Όπ˜Όπ™‰ π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„π™π™„ π˜Ώπ™„ π™Žπ™€π™†π™Šπ™‡π˜Όπ™ƒ π™π™€π™‰π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π˜Όπ™‚π˜Όπ™ˆπ˜Ό07 Ogos 2026 (Jumaat), Bertempat d...
08/08/2026

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜Ύπ™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ƒ π˜Ύπ™€π™‚π˜Όπ™ƒ π˜½π™π™‡π™„ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™π™„π™‹π™Ž π™‹π™€π™‰π™…π˜Όπ™‚π˜Όπ˜Όπ™‰ π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„π™π™„ π˜Ώπ™„ π™Žπ™€π™†π™Šπ™‡π˜Όπ™ƒ π™π™€π™‰π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π˜Όπ™‚π˜Όπ™ˆπ˜Ό

07 Ogos 2026 (Jumaat), Bertempat di Dewan Semetara SRA Assam Jawa Kuala Selangor wakil daripada Balai Polis Kuala Selangor selaku anggota sektor KPL Mohd Thaqif bin Mohd Zulkifli dan Task Force telah memenuhi jemputan sebagai penceramah bagi Program Cegah Buli dan Tips Penjagaan Keselamatan Diri yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Assam Jawa.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai bahaya gejala buli, kesan terhadap mangsa dan pelaku, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. Turut dikongsikan tips penjagaan keselamatan diri, termasuk cara mengenal pasti situasi berisiko, kepentingan mematuhi peraturan, serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan sebarang ancaman atau menjadi mangsa buli.

Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan murid mengenai kepentingan saling menghormati, menjauhi budaya buli serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri. Kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan Polis Diraja Malaysia amat penting dalam melahirkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan bebas daripada gejala buli.



01/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026

KUALA SELANGOR, 31 Julai 2026 – Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, YDH Supt Azaharudin bin Tajudin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh warga PDRM dan rakyat Malaysia.

Semoga jasa, pengorbanan dan semangat perjuangan para pahlawan yang telah mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk berkhidmat dengan penuh amanah, integriti dan dedikasi.

β€œJasa Dikenang, Pengorbanan Disanjung, Keamanan Dipertahankan.”

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™Šπ™Žπ˜Ύπ˜Όπ™ π™„π™‹π˜Ώ π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™ 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 π™…π˜Όπ™‡π™„π™‰π˜Όπ™‰ π™‹π˜Ώπ™π™ˆ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™†π™Šπ™ˆπ™π™‰π™„π™π™„27 Julai 2026 | Dewan Berembang, Kelip-Kelip Kampung ...
29/07/2026

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™Šπ™Žπ˜Ύπ˜Όπ™ π™„π™‹π˜Ώ π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™ 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 π™…π˜Όπ™‡π™„π™‰π˜Όπ™‰ π™‹π˜Ώπ™π™ˆ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™†π™Šπ™ˆπ™π™‰π™„π™π™„

27 Julai 2026 | Dewan Berembang, Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Program OSCAR IPD Kuala Selangor sebagai platform memperkukuhkan hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat setempat melalui pendekatan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Selangor, SAC Fakhrudin Bin Abdul Hamid dan disambut oleh Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt. Azaharudin Bin Tajuddin.

Turut hadir memeriahkan program ialah Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Y.D.H. Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Kuala Selangor, Y.D.H. Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Penggawa Ismail, Penghulu Mukim Pasangan, En. Sharul Affendi bin Zainurddin, Pengerusi MCPF Daerah Kuala Selangor, Dato' Teh Hock Seong, barisan ketua-ketua bahagian, NGO, pemimpin masyarakat serta para jemputan yang lain.

Program OSCAR merupakan inisiatif PDRM dalam mendekati masyarakat melalui sesi dialog terbuka bagi membincangkan isu-isu keselamatan setempat, mendapatkan pandangan serta cadangan daripada komuniti, di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara PDRM dan masyarakat ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih aman, selamat dan sejahtera di daerah Kuala Selangor.

Semoga program yang telah berlangsung ini menjadi pengukuh ikatan diantara penduduk setempat bersama PDRM. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

26/07/2026
Posting Pilihan
25/07/2026

Posting Pilihan

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜Ύπ™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ƒ ( 10 π™ˆπ™„π™‰π™π™π™€π™Ž π™π˜Όπ™‡π™† ) π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™…π™€π™‰π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ Kuala Selangor - 24 Julai 2026, Bertempat di Masjid Ahmadiah...
24/07/2026

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π˜Ύπ™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ƒ ( 10 π™ˆπ™„π™‰π™π™π™€π™Ž π™π˜Όπ™‡π™† ) π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™…π™€π™‰π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ

Kuala Selangor - 24 Julai 2026, Bertempat di Masjid Ahmadiah Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor. Balai Polis Kuala Selangor bersama ahli jawatan kuasa masjid telah mengadakan Program Lawatan dan ceramah ( 10 minutes talk ) Keselamatan dan Jenayah

Ceramah telah disampaikan oleh (KPB) Ketua Polis Balai Kuala Selangor INSP Muhamad Najmi Bin Abd Rahman dan turut dihadiri, anggota PPM Konst Mohd Aswady Bin Mohd Said dan Task Force Balai Kuala Selangor.

Ceramah ini dianjurkan bertujuan untuk keselamatan dan pencegahan jenayah kepada para jemaah dengan memberi penekanan terhadap kepentingan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mencegah jenayah, sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian (scam), menjaga keselamatan diri dan harta benda, serta menggalakkan kerjasama dengan pihak polis melalui penyaluran maklumat bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan komuniti setempat terus terpelihara.

INSP Muhamad Najmi Bin Abd Rahman (KPB) Kuala Selangor serta anggota Balai Polis Kuala Selangor yang terlibat merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa masjid khasnya dan ahli kariah masjid kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada Balai Polis Kuala Selangor



π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™ˆπ™€π™€π™ & 𝙂𝙍𝙀𝙀𝙏 π˜½π˜Όπ™‡π˜Όπ™„ π™‹π™Šπ™‡π™„π™Ž π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™12 Julai 2026 (AHAD) – Bertempat di Medan Niaga Kuala Selangor, satu Prog...
16/07/2026

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™ˆπ™€π™€π™ & 𝙂𝙍𝙀𝙀𝙏 π˜½π˜Όπ™‡π˜Όπ™„ π™‹π™Šπ™‡π™„π™Ž π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™

12 Julai 2026 (AHAD) – Bertempat di Medan Niaga Kuala Selangor, satu Program Meet & Greet telah diadakan oleh Balai Polis Kuala Selangor yang diketuai oleh Insp. Muhamad Najmi Bin Abd. Rahman, Ketua Balai Polis Kuala Selangor, bersama anggota Task Force.

Pihak PDRM turut mempromosikan penggunaan e-Reporting, iaitu sistem yang membolehkan orang ramai membuat laporan polis bagi kes-kes yang layak secara dalam talian tanpa perlu hadir ke balai polis. Inisiatif ini memudahkan orang ramai membuat laporan dengan lebih cepat, mudah dan selamat tanpa perlu hadir ke balai polis.

14/07/2026
π˜½π˜Όπ™‡π˜Όπ™„ π™‹π™Šπ™‡π™„π™Ž π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™ π™‹π™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ™‹π˜Όπ™„π˜Όπ™‰ π™Žπ™π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™‹π™π™„π™ƒπ˜Όπ™π™„π™‰Pada 10/07/2026 (JUMAAT) Insp. Muhamad Najmi Bin Abd Rahman (KP...
13/07/2026

π˜½π˜Όπ™‡π˜Όπ™„ π™‹π™Šπ™‡π™„π™Ž π™†π™π˜Όπ™‡π˜Ό π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™‰π™‚π™Šπ™ π™‹π™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ™‹π˜Όπ™„π˜Όπ™‰ π™Žπ™π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™‹π™π™„π™ƒπ˜Όπ™π™„π™‰

Pada 10/07/2026 (JUMAAT) Insp. Muhamad Najmi Bin Abd Rahman (KPB K/Selangor) mewakili warga Balai Polis Kuala Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada Pn Zaleha Abdul Sani balu Allahyarham Koperal Hira Bin Abdul Lima yang telah terlibat dalam kemalangan pada June

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan warga Balai Polis Kuala Selangor terhadap keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang penuh ujian dan kehilangan.

Seluruh warga Balai Polis Kuala Selangor turut merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Kpl Hira.

Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.



12/07/2026

π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡!!

CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Jaring Polis Kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan, serta Pasukan Hoki Polis Kontinjen Selangor yang berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam Kejohanan Sukan Piala Ketua Polis Negara 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, semangat berpasukan dan dedikasi tinggi yang dipamerkan oleh semua atlet. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan demi kecemerlangan sukan Kontinjen Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Address

Jalan Iks Tmn Pkns
Kuala Selangor
45000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share