Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor

Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor Pusat Wanita Berdaya (PWB) Negeri Selangor ialah hub aktiviti wanita setempat di seluruh Selangor.

Pusat Wanita Berdaya(PWB) dihasratkan menjadi hub aktiviti wanita di negeri Selangor. Ia memberi fokus kepada dua belas bidang:
Ekonomi, Kesihatan, Hak, Keselamatan dan Undang-Undang, Politik dan Pembuatan Keputusan, Keluarga, Kerjaya dan Pekerjaan,Pendidikan & Latihan, Sukan & Rekreasi, Sosial, Budaya & Agama, Sains, Teknologi & Alam Sekitar, Melonjak Daya Upaya Wanita Intelektual, Pengarus Utama

an Gender dan Bajet Gender
dengan sebelas sasaran golongan wanita:
Suri Rumah, Wanita Muda, Remaja Perempuan, Wanita OKU, Wanita Bekerja & Sektor Informal, Wanita Miskin, Wanita Ladang dan Luar Bandar, Wanita Industri, Ibu Tunggal, Wanita Warga Emas, Wanita Orang Asli.

26/07/2014
26/07/2014

Perutusan ‘Idulfitr 1435H/2014M
26 Julai 2014

Persaudaraan itu Amanah

‘Idulfitr sentiasa memberi kesegaran dan harapan yang besar untuk terus membina dan mengukuhkan silaturrahim yang menjadi asas kekuatan ummah.

Hubungan antara insan atau persaudaraan itu adalah berlandaskan iman yang menselaraskan pemikiran dan tindakan untuk melangkah ke hadapan.
Persaudaraan itu melewati latarbelakang individu kerana kesekufuan aliran pemikiran akan melahirkan tindakan yang serupa di kalangan insan-insan yang bersaudara yang sentiasa mengutamakan keredhaan Allah swt.
Ia menuntut kewujudan gerakan secara berjamaah atau kolektif dan kebiasaan untuk berpanduan dalam menetapkan sebarang keputusan, lebih-lebih lagi yang mengesani rakyat terbanyak.

Persaudaraan itu adalah amanah. Jika ia suatu amanah, ia bermaksud suatu tanggungjawab yang perlu dibereskan. Persaudaraan seorang anggota masyarakat setakat dalam lingkungan jiran dalam perumahan tempat tinggalnya atau di tempat kerja berbanding dengan seorang wakil rakyat yang mempunyai puluhan ribu atau ratusan ribu, bahkan jika seorang Menteri, puluhan juta rakyat yang menjadi saudaranya. Dalam konteks Islam persaudaraan-persaudaraan tersebut membawa implikasi di dunia dan akhirat. Jika persaudaraan itu difahami sebagai amanah, semuanya akan bersedia untuk memenuhi tuntutannya. Amanah dalam hubungan antara insan akan menjauhi kata nista dan keji terhadap sesama insan dan yang lebih dihindari ialah memfitnah dan mengadu domba serta menzalimi sesama insan.

Kekejaman yang dilancarkan oleh Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin dilaknati oleh segala makhluk dan Pencipta makhluk serta seluruh alam. Namun, dalam masa yang sama, ummah perlu melihat kepada kegagalan diri untuk memperbaiki keadaan Palestin dalam situasi limpahan anugerah yang begitu banyak oleh Allah swt terhadap umat Islam, khususnya di Timur Tengah, dengan bilangan Muslim seluruh dunia menghampiri 2.10 bilion.
Ketika saat-saat genting dan cemas tentera pimpinan Rasulullah saw dalam peperangan Badr, baginda telah berdoa agar Allah swt tidak memusnahkan tentera Islam yang pada ketika itu bilangan, peralatan dan kekuatannya hanya sepertiga tentera Quraish. Dari perspektif logik dan analisis ketenteraan, sudah pasti tentera Islam akan mengalami kekalahan yang teruk dan terhapus sama sekali.
Keimanan, disiplin dan daya juang yang ampuh serta berpegang teguh terhadap taktik perjuangan yang dirancang tanpa sebarang pembelotan dan pengkhianatan telah menyaksikan kemenangan tentera Islam. Peristiwa itu boleh menjadi rangsangan dan dorongan yang hebat bagi ummah untuk mengambil risiko dan secara kolektif membela, mempertahankan hak dan nyawa ummat Islam di mana saja mereka berada. Apakah gerangan yang menghalang ianya berlaku?

Pengagihan pendapatan negeri yang tepat kepada sasarannya adalah pencapaian yang diutamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia merupakan ciri agenda reformasi yang menghendaki sistem pangkalan data dan kewangan yang mesra rakyat agar dapat dialirkan bantuan dengan sempurna dan berkesan. Pengauditan pusat-pusat khidmat di seluruh Selangor adalah tanda keseriusan Kerajaan Negeri Selangor tentang hal itu.
Statistik menunjukkan bahawa penerima kebajikan di Selangor kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan wanita. Situasi itu perlu ditangani dengan lebih baik dan punca-puncanya diatasi dengan kerjasama antara institusi, agensi dan jabatan kerajaan serta NGO. Wanita dianjurkan untuk bersama dalam jaringan wanita setempat menerusi Pusat Wanita Berdaya bagi berusaha bersama-sama menjamin dan meningkatkan status ekonomi dan kewangan mereka di samping mendapat berbagai peruntukan dan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor. Hasrat ialah untuk mengembalikan budaya kepedulian sesama anggota masyarakat, khususnya di kalangan wanita, dalam menjalani kehidupan ini.

Semoga kekal amalan soleh sepanjang Ramadhan ini hingga ke bulan-bulan yang mendatang dan beroleh nikmat lailatulqdr.
Persaudaraan itu Amanah, Selamat Menyambut I’dulfitr 1435H/2014M, Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Rodziah Ismail
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita
Kerajaan Negeri Selangor

merangkap
Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor
Dan ADUN Batu Tiga
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

Semua dijemput hadir ke program peringkat Negeri Selangor, sempena Ramadhan al-Mubarak tahun ini.   Ia diserikan dengan ...
21/07/2014

Semua dijemput hadir ke program peringkat Negeri Selangor, sempena Ramadhan al-Mubarak tahun ini. Ia diserikan dengan kehadiran YB Rodziah Ismail sebagai perasmi di Program Diskusi Khas Muslimat di Masjid Negeri Shah Alam

Tarikh : 22 Julai 2014 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi- 12.00 Tengahari
Tempat : Ruang Solat bawah, Masjid Negeri Shah Alam

Turut dikongsikan ialah berita terkini Palsetine yang diasak oleh Zionis Israel, khususnya mengenai cabaran yang dialami oleh wanita Palestin.

Rodziah Ismail: Kewibawaan Kepimpinan dan Kepolitikan bukan terletak pada jantinanya:Di dunia ketika ini ada duapuluh sa...
18/07/2014

Rodziah Ismail: Kewibawaan Kepimpinan dan Kepolitikan bukan terletak pada jantinanya:

Di dunia ketika ini ada duapuluh satu ketua negara wanita (Presiden, Perdana Menteri) yang dipilih oleh rakyat masing-masing atau dilantik oleh parti. Telah terbukti kepimpinan yang diperakui kewibawaan mereka, seperti pemimpin wanita terdahulu: Sultanah Acheh, Margaret Thatcher, Evita, Julia Gilard, Indra Ghandi, Megawati dan lain-lainnya. Jerman, sebuah negara maju dan tersohor pentadbirannya adalah diterajui oleh seorang wanita, Chancellor Angela Merkel. Jerman adalah satu-satunya negara yang mengamalkan social market economy yang meletakkan sebahagian besar belanjawan negaranya untuk mengutamakan pembangunan dan kehidupan sosial rakyatnya. Ia seiring dengan teori ekonomi Islam yang menekankan keseiringan hubungan antara manusia dengan Tuhan, Alam Sekitar dan Manusia.

Klik di sini untuk text penuh:
http://rodziahismail.com

Berbakti Selagi Hayat Dikandung Badan

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak baru lahir.TEMPOH PENDAFTARAN UNTUK TAWAS TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA ANAK...
09/07/2014

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak baru lahir.

TEMPOH PENDAFTARAN UNTUK TAWAS TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA ANAK BERUSIA TIGA TAHUN.

Sebelum ini tempohnya adalah dalam satu tahun selepas tarikh kelahiran.

Untuk mealumat lanjut mengenai TAWAS, sila klik di sini:
http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php?page=tabung-warisan-anak-selangor #.U72W1NkazCQ

Info, Pada usia 18 tahun, anak anak ini yang mendaftar dengan TAWAS berpeluang menerima RM 1,500.00.Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor MES Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi berse…

SHAH ALAM, 12 JUN: Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya (PWB) diwujudkan di bawah portfolio Kebajikan dan Hal Ehwal Negeri...
12/06/2014

SHAH ALAM, 12 JUN: Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya (PWB) diwujudkan di bawah portfolio Kebajikan dan Hal Ehwal Negeri Selangor bagi membantu kaum wanita mendapat rujukan terhadap sebarang kes atau isu yang menimpa mereka dalam kehidupan seharian.

Klinik yang mula dilaksanakan sejak 2013 menjadikan Batu Tiga sebagai perintis dengan menawarkan perkhidmatan guaman profesional yang dipilih pelanggan sendiri.

12 JUNE 2014 - 4:15 PMBerita SelangorBERITA BERKAITANKomited bangun sukan OKU, lahirkan ramai atlet paralimpikRodziah gesa polis siasat segera kes penipuan di Batu TigaSkim Caruman Wanita Selangor bakal dilaksana 2015Tiada pemusatan kuasa, MB amal prinsip bertukar pandanganRakyat Sarawak teruja, kag…

08/03/2014

Kenyataan Media
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita
Negeri Selangor
EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

8 Mac 2014


Wanita Berdaya Menjana Tindakan Mencetus Perubahan

Di antara ukuran kejayaan sebuah proses pemberdayaan insan ialah kebebasan hakiki yang nikmati olehnya. Terlebih dahulu insan perlu memiliki ilmu dan informasi yang secukupnya untuk berdaya membuat keputusan-keputusan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakatnya.

Proses pemberdayaan itu bertujuan untuk membina insan yang merdeka – minda dan jiwanya. Kemerdekaannya adalah di atas landasan sentiasa menghormati hak orang lain dan sentiasa memenuhi tanggungjawabnya serta jelas sempadan-sempadan tindakannya.

Tidakkah hanya yang terbaik akan diperolehi jika wanita itu berdaya?

Wanita berdaya akan menjadi proaktif untuk melaksanakan kebaikan di mana saja, hatta di alam maya sekalipun. Perkongsian ilmu, pengetahuan dan pengalaman akan menjadi budaya. Justru, merealitikan perubahan kearah mencapai ufuk-ufuk manfaat dan kejayaan yang lebih jauh dari yang diimpikan.

Tema Hari Wanita Sedunia 2014 peringkat Negeri Selangor : Wanita Berdaya Menjana Tindakan Mencetus Perubahan.

Wanita
Pada kasih dan santunnya
Ada azam memelihara kesejahteraan dunia dan akhiratnya dan
sekelian yang dikasihinya
Ada jiwa yang besar meraikan semua, walau dalam apa keadaanpun
Ada hasrat yang tinggi sentiasa mendidik kebaikan dan mencantas keburukan
Menjadi anak, isteri, ibu, teman, pekerja, aktivis dan pemimpin
Yang sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan
Wanita Berdaya, Wanita Sejati.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2014.


Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

07/03/2014

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2014, 8 Mac

Majlis Pra Pelancaran Hari Wanita Sedunia 2014 Peringkat Negeri Selangor.
Wanita Berdaya Menjana Tindakan Mencetus Perubahan
7 Mac
Jam 5.00 ptg
Junior Crystal Ballroom
Tingkat 3
Hotel Oriental Crystal
Jalan S10/3, Seksyen 10, Off Jalan Bukit 43000 Kajang

Semua Wanita dijemput hadir memeriahkannya.

Para wanita dan pencinta wanita dijemput hadir ke seminar berikut:
21/02/2014

Para wanita dan pencinta wanita dijemput hadir ke seminar berikut:

HEBAHAN IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI SESI PERTAMA TAHUN 2014Tabung Kumpulan Wang Biasi...
04/02/2014

HEBAHAN IKLAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI SESI PERTAMA TAHUN 2014

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi Sesi Pertama Tahun 2014 mulai 1 Februari 2014 (Sabtu). Pinjaman ini dibuka kepada pemohon bagi mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa. Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja. Terdapat Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan, Senarai Lampiran Dokumen Permohonan, Prosedur Permohonan, Tawaran Peringkat Pengajian, Kadar Pinjaman yang Ditawarkan, dan Panduan Mengisi Borang. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://tkwbns.selangor.gov.my/

dan untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi :
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 5521 2275

Nota : Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2014 (Jumaat).

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

PWB Selat Kelang telah menjuarai kategori kontinjen terbesar dalam acara perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1435H di DUN ...
19/01/2014

PWB Selat Kelang telah menjuarai kategori kontinjen terbesar dalam acara perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1435H di DUN Selat Kelang sebentar tadi.

Address

PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL WANITA
Kuala
40503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share