23/08/2026
📍20 OGOS 2026 (KHAMIS) | MARAS, TERENGGANU
📌 TAKLIMAT KESELAMATAN DAN LATIHAN PENGENDALIAN TRAKTOR 90HP SEMI-CRAWLER/ HALFTRACK
Satu jemputan telah dihadiri oleh Pihak LPP dari cawangan PKSI En. Zaki dan En. Ahmad Hafizie bagi taklimat keselamatan dan latihan pengendalian traktor 90HP Semi-Crawler/Halftrack. Pembekal dari PPK Marang dan pembekal eksklusif Case IH Malaysia, NAFAS.
Sesi ini adalah bagi menerangkan dengan lebih terperinci cara penggunaan, pengendalian dan penjagaan traktor ini kepada pemandu jentera. Dengan adanya kemudahan traktor dapat membantu para petani untuk menjalankan pertanian mereka dengan lebih teratur dan baik.
Semoga pembekalan jentera ini dapat memperkukuh keupayaan mekanisasi pertanian, meningkatkan kecekapan kerja serta memberi manfaat kepada ahli peladang dan pengusaha pertanian.