DHPP Terengganu

DHPP Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DHPP Terengganu, Political organisation, Kuala.

Jumpa di Terengganu!
05/09/2026

Jumpa di Terengganu!

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π‡πˆπŒππ”ππ€π ππ„ππƒπ”πŠπ”ππ† 𝐏𝐀𝐒 (𝐃𝐇𝐏𝐏) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ„-𝟏𝟏Satu lembaran baharu dalam perjalanan DHPP. Konvensyen kali in...
03/09/2026

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 π‡πˆπŒππ”ππ€π ππ„ππƒπ”πŠπ”ππ† 𝐏𝐀𝐒 (𝐃𝐇𝐏𝐏) 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ„-𝟏𝟏

Satu lembaran baharu dalam perjalanan DHPP. Konvensyen kali ini cukup bermakna - konvensyen pertama selepas DHPP diiktiraf sebagai Ahli Bersekutu PAS. Wajah baharu, semangat baharu, dan suara anak muda tampil menjadi antara kekuatan serta sorotan utama konvensyen kali ini.

Ini bukan sekadar perubahan pada struktur, tetapi satu langkah ke hadapan untuk memperkukuh peranan DHPP sebagai sebahagian daripada keluarga besar PAS - membawa suara masyarakat majmuk, memperluas ruang keterlibatan dan membina generasi kepimpinan baharu.

Semoga segala perancangan, amanah dan hala tuju yang digariskan dapat diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berani dan berkesan.

Dari pendukung kepada Ahli Bersekutu.
Kini masanya melangkah lebih jauh; bersama, memperkukuh perjuangan dan membina masa depan.

Perpaduan Kekuatan Kita.

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERMUKTAMARSelamat datang diucapkan kepada semua perwakilan dan pemerhati ke Muktamar Tahunan P...
03/09/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERMUKTAMAR

Selamat datang diucapkan kepada semua perwakilan dan pemerhati ke Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72.

Semoga muktamar kali ini berlangsung dengan lancar, penuh semangat kebersamaan serta menjadi medan memperkukuhkan organisasi dan meneruskan khidmat kepada rakyat.

Ikhlas daripada:
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat





SELAMAT DATANG PARA PERWAKILAN DHPPSelamat datang diucapkan kepada seluruh perwakilan  Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHP...
02/09/2026

SELAMAT DATANG PARA PERWAKILAN DHPP

Selamat datang diucapkan kepada seluruh perwakilan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dari seluruh negara ke Konvensyen DHPP Pusat Kali Ke-11 Tahun 2026.

Kehadiran para perwakilan daripada pelbagai kaum dan latar belakang membuktikan keterbukaan PAS dalam menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat serta memperkukuhkan peranan DHPP sebagai wadah masyarakat bukan Islam untuk bersama-sama mendukung perjuangan PAS demi kesejahteraan rakyat dan negara

Semoga konvensyen ini menjadi medan memperkukuhkan DHPP, memperluaskan peranan serta meneruskan perjuangan membawa suara masyarakat bukan Islam.

Selamat datang ke Kota Bharu, Kelantan!

PAS FOR ALLπŸ’šπŸ€




MUKTAMAR & KONVENSYEN PAS 2026Kelantan bakal menjadi medan perhimpunan pimpinan dan perwakilan PAS dari seluruh negara s...
02/09/2026

MUKTAMAR & KONVENSYEN PAS 2026

Kelantan bakal menjadi medan perhimpunan pimpinan dan perwakilan PAS dari seluruh negara sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 serta Muktamar dan Konvensyen Dewan-Dewan PAS.




Mesyuarat DHPP Terengganu telah diadakan bagi menyelaras dan memperkemaskan persiapan ke Konvensyen DHPP serta Muktamar ...
27/08/2026

Mesyuarat DHPP Terengganu telah diadakan bagi menyelaras dan memperkemaskan persiapan ke Konvensyen DHPP serta Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada 3–5 September 2026 di Kota Bharu, Kelantan.



DHPP PUSAT
PAS Negeri Terengganu

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu atas perjuangan di SUKMA XXII Selangor 2026.Dengan...
25/08/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu atas perjuangan di SUKMA XXII Selangor 2026.

Dengan 43 pingat emas, 44 perak dan 36 gangsa, Terengganu berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga keseluruhan.

Pencapaian ini adalah hasil kerja bersama. Terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, para pegawai, YB-YB yang diberikan amanah sebagai Bapa Angkat Sukan, Jabatan Angkat serta seluruh pasukan sokongan yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang persiapan dan kejohanan.

Kepada para atlet, setiap keringat dan pengorbanan kalian membawa nama Terengganu amat kami hargai. Bagi yang berjaya, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Bagi yang belum mencapai sasaran, teruskan berusaha kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar masih panjang.

Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan sukan dan kebajikan atlet agar lebih ramai anak-anak Terengganu dapat melangkah ke pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Terima kasih kepada semua yang telah berjuang untuk Terengganu. Tahniah wira dan wirawati kita.

Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Mewakili Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nilai kasih sayang, amanah, keadilan, kesederhanaan dan kebijaksanaan.

Semoga semangat dan ajaran Baginda menjadi panduan untuk kita membina masyarakat yang lebih harmoni, saling menghormati serta hidup dalam keamanan dan kesejahteraan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Ikhlas daripada,
BK. Kumaresan
Ketua DHPP PUSAT
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DHPP Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share