Majlis Daerah Tumpat

Majlis Daerah Tumpat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Daerah Tumpat, Government Organization, Jalan Tanjung Kuala, Kuala.

Makluman Pembukaan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran di Perkarangan Surau Taman Kota Ville Indah
03/09/2026

Makluman Pembukaan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran di Perkarangan Surau Taman Kota Ville Indah

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 69 daripada Majlis Daerah Tumpat
31/08/2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 69 daripada Majlis Daerah Tumpat

Informasi Integriti
27/08/2026

Informasi Integriti

Makluman Pembukaan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran di Chabang Tiga Berangan pada 28 Ogos 2026 (Jumaat)
26/08/2026

Makluman Pembukaan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran di Chabang Tiga Berangan pada 28 Ogos 2026 (Jumaat)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلمSalam Maulidur Rasul ﷺ 1448H / 2026.Marilah kita menyemarakkan kecintaan kepa...
25/08/2026

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Salam Maulidur Rasul ﷺ 1448H / 2026.

Marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta berusaha menghidupkan sunnah dan akhlak Rasulullah dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

🌹 Moga cinta kepada Rasulullah ﷺ menjadi jalan untuk kita memperoleh cinta dan reda Allah SWT.

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗗𝗧 𝗱𝗶 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵, 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗺𝗶 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂
21/08/2026

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗗𝗧 𝗱𝗶 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵, 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗺𝗶 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗕𝗵𝗮𝗿𝘂

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗗𝗧 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁
20/08/2026

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗧𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗗𝗧 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁

𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗡 DI TONG SAMPAH AWAM MDT20 Ogos 2026 (Khamis) –Majlis Daerah Tumpat (MDT...
20/08/2026

𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗡 DI TONG SAMPAH AWAM MDT

20 Ogos 2026 (Khamis) –Majlis Daerah Tumpat (MDT) telah mengambil tindakan kompaun terhadap individu yang didapati membuang sisa pokok/sisa kebun di tong sampah awam.

Tindakan ini diambil hasil penemuan selepas siasatan dijalankan oleh anggota penguatkuasa MDT. Orang ramai diingatkan agar tidak membuang sisa pukal termasuk sisa pokok, ranting, daun atau sisa kebun sesuka hati di tong sampah awam, rizab jalan, longkang atau di mana-mana tempat pembuangan sampah yang tidak dikhaskan.

MDT tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan kebersihan dan pelupusan sisa.

Pesalah boleh dikenakan tindakan kompaun mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dengan kadar kompaun sehingga RM1,000.

MDT menyeru semua pihak agar bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran demi mewujudkan kawasan yang bersih dan kondusif untuk kesejahteraan masyarakat.

𝗔𝗟𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟
Sisa pukal boleh dibuang terus ke Tapak Pelupusan Kok Bedullah, Tumpat
Waktu operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad – Sabtu)
Kadar bayaran:
1) RM20.00 (bawah 5 tan)
2) RM40.00 (atas 5 tan)



OPERASI PENGUATKUASAAN IKLAN MDT18 Ogos 2026 (SELASA) - Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Daerah Tumpat (MDT) telah menjal...
18/08/2026

OPERASI PENGUATKUASAAN IKLAN MDT

18 Ogos 2026 (SELASA) - Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Daerah Tumpat (MDT) telah menjalankan operasi pemantauan dan penguatkuasaan iklan di sekitar kawasan pentadbiran MDT.

Operasi ini bertujuan memastikan pemasangan iklan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan selain mengelakkan daripada kacaugangu awam dan keselamatan persekitaran.

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝗵𝘂16 Ogos 2026 (Ahad) - Kerja-kerja pembersihan longkang telah dijalankan di Ta...
17/08/2026

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝗵𝘂

16 Ogos 2026 (Ahad) - Kerja-kerja pembersihan longkang telah dijalankan di Taman Sri Salam Rhu.

Address

Jalan Tanjung Kuala
Kuala
16200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Tumpat:

Shortcuts

Share