30/08/2025
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 🇲🇾
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68.
Hari kemerdekaan bukan sekadar cuti umum, tetapi ia adalah tanda cinta kita kepada tanah air, hasil pengorbanan para pejuang terdahulu yang rela berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan negara.
Marilah kita sama-sama menghargai nikmat kemerdekaan, menjaga perpaduan, mengukuhkan ukhuwah, serta mengisi kemerdekaan ini dengan amal soleh dan usaha membangunkan negara seiring dengan ajaran Islam.
Semoga Malaysia terus diberkati Allah, sentiasa dalam keamanan, dan generasi akan datang mewarisi negara yang lebih makmur dan sejahtera.
Ikhlas daripada:
Pengerusi, Timbalan Pengerusi & AJK JPKK Losong Wakaf Nyiur Kembar
-ME-