Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Official page for Pahang State Education Department.

TAHNIAH ANAK PAHANG!MOHAMMAD NOR SHAHIR DINOBATKAN PEMAIN TERBAIK PERLAWANANJabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan ...
02/06/2026

TAHNIAH ANAK PAHANG!

MOHAMMAD NOR SHAHIR DINOBATKAN PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada atlet hoki muda negara, Mohammad Nor Shahir, anak kelahiran Jerantut, Pahang yang telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi Hoki Piala Asia Bawah 18 Tahun Lelaki 2026 di Kakamigahara, Jepun.

Beliau yang menyarung jersi No. 04 telah mempamerkan persembahan cemerlang serta membantu pasukan Malaysia mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas China dalam saingan Kumpulan B.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan pasukan negara, malah turut mengharumkan nama negeri Pahang di pentas antarabangsa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid dan atlet muda Pahang untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani bersaing di peringkat tertinggi.

TAHNIAH MOHAMMAD NOR SHAHIR!
Teruskan mengangkat nama Malaysia dan Pahang.








DAULAT TUANKUMenjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Seri Paduka Baginda dalam menerajui negara demi kemakmuran dan perpaduan Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada warga pendidikan Pahang.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.








Selamat Menyambut Hari Wesak 2026Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sa...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai murni seperti toleransi, keharmonian serta saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Semoga semangat perpaduan terus mekar, memperkukuh kesejahteraan serta kemakmuran negara yang kita cintai.

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut Buddha dan rakyat Malaysia yang meraikannya.








πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga pendidik, murid, ibu bapa se...
26/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga pendidik, murid, ibu bapa serta masyarakat di Negeri Pahang.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan dalam melaksanakan amanah. Semoga semangat ini terus menyatukan warga pendidikan dalam memperkukuh usaha mendidik generasi MADANI yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada
Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa
Pengarah Pendidikan Pahang
dan seluruh warga pendidikan Negeri Pahang.








Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik yang menerima Arahan Penempatan Baharu sebagai Guru Besar ...
26/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik yang menerima Arahan Penempatan Baharu sebagai Guru Besar di negeri Pahang.

Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam menerajui kecemerlangan institusi pendidikan, memperkukuh budaya sekolah berkualiti serta memacu agenda transformasi pendidikan selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Senarai penerima Arahan Penempatan berkuatkuasa 3 Jun 2026:

Guru Besar Baharu
1. Shafizal bin Abdul Wahab
SK Kota Gelanggi 1➑️ SK Merting

2. Mohd Khairiee bin Mohamad
SK Bt Serok ➑️ SK Selancar 1

3. Nik Anuar bin Nik Hassan
SK Sg Kemahal ➑️ SK Simpang Pelangai

4. Mohd Hazrul bin Mohamad Hazeli
SK Lubok Kulit ➑️ SK Lanai

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki, semua penerima penempatan dapat terus mengemudi sekolah masing-masing ke arah kecemerlangan holistik, melahirkan murid yang seimbang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.








Transformasi Pendidikan Pahang melalui Inisiatif  #2: Pemantapan Kebitaraan Guru terus memperlihatkan kejayaan pelaksana...
26/05/2026

Transformasi Pendidikan Pahang melalui Inisiatif #2: Pemantapan Kebitaraan Guru terus memperlihatkan kejayaan pelaksanaannya melalui pembudayaan kajian tindakan, pengukuhan Professional Learning Community (PLC), pengintegrasian PdP digital serta pemerkasaan kompetensi dan kemahiran guru.

Inisiatif ini turut memperkukuh pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru melalui pelaksanaan kajian tindakan yang berjaya melahirkan pelbagai amalan terbaik, antaranya perkongsian intervensi berkesan, inovasi PdP serta strategi pengajaran berimpak tinggi yang boleh dijadikan rujukan dan dicontohi.

Komitmen terhadap pembudayaan inovasi dan penyelidikan pendidikan ini diterjemahkan melalui penerbitan beberapa hasil penulisan serta kompilasi kajian tindakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang:

πŸ“˜ Buku pertama:
Kajian Tindakan Pendidikan Bimbingan SISC+ Negeri Pahang Tahun 2025

Buku ini menghimpunkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, TVET, Coaching and Mentoring serta bidang-bidang berkaitan. Sebanyak 42 penulisan terbaik telah dipilih daripada 98 penulisan yang diterima.

πŸ“˜ Buku kedua:
Kajian Tindakan Pendidikan Negeri Pahang Tahun 2025

Buku ini mengandungi 51 penulisan terpilih daripada 145 penulisan yang diterima, merangkumi 763 muka surat yang memaparkan pelbagai kajian dan amalan pendidikan berkualiti.

Kedua-dua buku ini diterbitkan di bawah bimbingan Encik Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi, Penolong Pengarah TMK, Sektor Pembelajaran.

πŸ“˜ Buku ketiga:
Strategi Bimbingan Berkesan: Kompilasi Kajian Tindakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Pahang Tahun 2025

Buku ini menghimpunkan 15 penulisan kajian tindakan penerima Anugerah Emas yang dipilih daripada 29 penulisan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kompilasi ini turut mengandungi 205 muka surat yang memuatkan pelbagai strategi dan amalan bimbingan berkesan.

Penerbitan buku ini telah diselaraskan oleh Puan Norliana binti Jamaludin, Penolong Pengarah HEM, Sektor Pembangunan Murid yang juga merupakan PIC Inovasi dan Kajian Tindakan bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Usaha berterusan ini selari dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) berkaitan pemboleh daya dalam Teras 3 : mengupayakan pendidik yang menjalankan penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan. Usaha ini memperkukuh amalan profesional mereka dan menyumbang kepada peningkatan mutu sistem pendidikan secara menyeluruh.

Simbolik Penyerahan Buku ini telah disempurnakan Oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Pendidikan Pahang dalam Perhimpunan Pagi pada 25 Mei 2026








1 SABITAN, 2 TINDAKANKesalahan di bawah Undang-Undang Syariah boleh dikenakan tindakan tatatertib.Warga pendidikan diing...
26/05/2026

1 SABITAN, 2 TINDAKAN

Kesalahan di bawah Undang-Undang Syariah boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Warga pendidikan diingatkan supaya sentiasa menjaga tingkah laku, mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam.

Sebarang sabitan kesalahan di bawah Undang-Undang Syariah bukan sahaja melibatkan tindakan mahkamah, malah boleh membawa kepada tindakan tatatertib terhadap penjawat awam selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Jagalah integriti diri, peliharalah nama baik organisasi dan jadilah penjawat awam yang sentiasa berpegang kepada nilai amanah serta profesionalisme.








TAHNIAH! PAHANG JUARA KEJOHANAN HOKI KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN 2026! Alhamdulillah, satu pembuka tirai yang amat positif...
24/05/2026

TAHNIAH! PAHANG JUARA KEJOHANAN HOKI KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN 2026!

Alhamdulillah, satu pembuka tirai yang amat positif dan membanggakan untuk sukan hoki Negeri Pahang pada tahun ini! Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Hoki Negeri Pahang kerana telah berjaya merangkul gelaran Johan Kategori Lelaki dalam Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun 2026.

Kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 24 Mei 2026 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini telah menyaksikan aksi bertenaga dan semangat juang yang tinggi daripada wira-wira muda kita.
Kejayaan bermakna ini pastinya tidak akan terhasil tanpa bimbingan, dedikasi dan strategi mantap daripada Ketua Jurulatih Pahang, Encik Mohd Sufian Mohamad. Tahniah Coach!

Skuad kebanggaan negeri ini dibarisi oleh komitmen padu:
17 orang murid dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Seberang Temerloh
1 orang murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Pencapaian luar biasa ini juga menjadi medan persediaan serta suntikan semangat yang sangat bernilai buat pasukan hoki Pahang sebelum menggalas cabaran ke Kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Jun hingga Julai ini, dan seterusnya ke Kejohanan Hoki MSSM pada September nanti.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan dan merakamkan jutaan terima kasih atas segala keringat yang dicurahkan oleh para pemain, barisan kejurulatihan, serta seluruh pihak yang memberikan sokongan.

JPN Pahang sentiasa prihatin dan akan terus memberikan sokongan penuh, terutamanya dari aspek kebajikan serta persiapan pasukan demi memastikan kelangsungan kejayaan yang lebih cemerlang di pentas kejohanan yang akan datang.

Teruskan kecemerlangan, wira hoki Pahang!

PAHANG APA???? PAHANG 1st!










PROGRAM SEGAR MINDA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) NEGERI PAHANGSektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pend...
22/05/2026

PROGRAM SEGAR MINDA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) NEGERI PAHANG

Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah melaksanakan Program Segar Minda Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Negeri Pahang pada 18 - 19 Mei 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Tualang, Temerloh. Mesyuarat Agung AKRAB Negeri Pahang Sesi 2026/2028 turut diadakan bagi memilih dan melantik Jawatankuasa AKRAB Negeri Pahang yang baharu bagi menerajui perkhidmatan dan memperkasakan AKRAB.

Program dilaksanakan secara bersemuka dan secara dalam talian telah dihadiri oleh seramai kira-kira 166 orang peserta yang merupakan ahli-ahli AKRAB terdiri daripada kumpulan Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir dan kumpulan-kumpulan AKP yang lain dari Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah negeri Pahang.

Majlis Perasmian Program dan Pentauliahan Ahli AKRAB Baharu Negeri Pahang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Saufie bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Pahang. Seramai 30 orang ahli AKRAB baharu terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, dan Guru Kanan Mata Pelajaran telah menerima sijil AKRAB yang ditauliahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Semoga ahli-ahli AKRAB negeri Pahang dapat melaksanakan perkhidmatan dengan sebaik mungkin sejajar dengan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam memastikan kesejahteraan pegawai awam khususnya di negeri ini sentiasa berada di tahap yang terbaik.








πŸ“šβœ¨ Jom meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026! βœ¨πŸ“šAyuh warga pendidikan dan seluruh rakyat Malaysia hadir me...
22/05/2026

πŸ“šβœ¨ Jom meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026! βœ¨πŸ“š

Ayuh warga pendidikan dan seluruh rakyat Malaysia hadir memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) yang akan berlangsung pada:

πŸ—“οΈ 29 Mei hingga 7 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi hingga 10.00 malam
πŸ“ Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Pelbagai aktiviti menarik, pelancaran buku, sesi bersama penulis, diskaun hebat dan ribuan bahan bacaan menanti anda seisi keluarga! πŸ“–β€οΈ

Budaya membaca merupakan asas pembinaan masyarakat berilmu, selaras aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan generasi celik ilmu dan berfikiran progresif.

Mari sama-sama menyokong gerakan Malaysia Membaca, Merayakan Buku.

Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25604

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6095715700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Negeri Pahang:

Share