Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan Facebook Rasmi
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ipd Kuantan

Dapatkan Info mengenai scam

“BE SMART STAY ALERT”

24/08/2026
12/08/2026

⚖️ PERTUDUHAN PEMALSUAN SIJIL CUTI SAKIT
Pada 12 Ogos 2026, dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret 1 Kuantan di bawah Seksyen 465 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana memalsukan sijil cuti sakit.
🔎 Sebanyak 40 sijil cuti sakit disyaki palsu. Polis turut merampas 3 telefon bimbit, 2 kad ATM dan 1 cop.
⚖️ Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan denda RM8,000 serta 14 hari penjara.
🚨 Jangan palsukan atau gunakan dokumen palsu.

08/08/2026

08 Ogos 2026 | Pusat Sumber KEMAS Kg. Pandan 1, Kuantan
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan telah dijemput menyampaikan Ceramah Pencegahan Jenayah Komersil sempena Kursus Pengurusan Kewangan Keluarga KEMAS Parlimen Paya Besar Tahun 2026.
Ceramah memberi fokus kepada modus operandi scam, langkah pencegahan, keldai akaun serta kepentingan membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
Turut diperkenalkan Semak Mule, NSRC 997 dan GPT SMART PDRM – SedarScam sebagai medium membantu masyarakat kekal berwaspada dalam dunia digital.
Jangan mudah percaya. Semak dahulu sebelum bertindak. 🚨

07/08/2026

⚖️ 16 INDIVIDU DITUDUH ATAS KESALAHAN PENIPUAN DALAM TALIAN

Pada 6 Ogos 2026, seramai 16 individu terdiri daripada 2 warganegara Malaysia, 2 warganegara Taiwan dan 12 warganegara Filipina telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuantan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

👮‍♂️ Kes ini adalah hasil serbuan JSJK IPK Pahang pada 20 Julai 2026 di sekitar Kuantan yang berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis Amerika Syarikat bagi memperdaya mangsa warga Amerika.

💻 Polis turut merampas 15 komputer riba, 21 telefon bimbit, sebuah router serta pakaian dan aksesori berlogo NYPD.

⚖️ Kesemua tertuduh mengaku bersalah dan telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

🛡️ PDRM akan terus komited membanteras jenayah komersil serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket penipuan.

03/08/2026

🚨 WASPADA PENIPUAN CALLER ID SPOOFING! 🚨
Nombor rasmi yang dipaparkan pada telefon TIDAK SEMESTINYA panggilan rasmi. Penjenayah boleh memalsukan nombor telefon untuk memperdaya mangsa mendapatkan maklumat peribadi, kod TAC/OTP atau wang.
✅ Ingat Konsep 3S: 🔹 Soal kesahihan panggilan. 🔹 Sekat daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan. 🔹 Sebar amaran kepada keluarga dan rakan-rakan.
📞 Jika ragu-ragu, tamatkan panggilan dan hubungi semula talian rasmi agensi berkenaan.
☎️ Mangsa penipuan? Hubungi NSRC 997 dengan segera.

01/08/2026

Pada 31 Julai 2026, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan telah mengadakan Ceramah Pencegahan Jenayah Siber sempena Minggu Orientasi Pelajar Baharu Sesi 2 (2026/2027) di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan.
Seramai 375 orang pelajar telah mengikuti sesi perkongsian berkaitan modus operandi scammer, langkah-langkah pencegahan jenayah komersil, bahaya menjadi keldai akaun, serta penggunaan Semak Mule, NSRC 997 dan GPT SMART PDRM – SedarScam sebagai medium pencegahan jenayah.







31/07/2026

🚨 PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN 🚨

Pada 30 Julai 2026, seorang wanita telah dituduh di Mahkamah Majistret 2 Kuantan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan satu pertuduhan kerana dipercayai memperdayakan sebuah syarikat emas menggunakan resit pembayaran palsu dalam urusan pembelian secara dalam talian.
Tertuduh tidak mengaku bersalah dan telah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000.00 oleh mahkamah.

⚠️ Nasihat kepada para peniaga: Sentiasa lakukan semakan dan pengesahan kemasukan wang ke dalam akaun bank syarikat sebelum menyerahkan atau menghantar barangan kepada pelanggan. Jangan bergantung semata-mata kepada resit pembayaran yang dihantar melalui aplikasi pesanan atau media sosial.

Pertuduhan Seksyen 420 Kanun Keseksaan
30/07/2026

Pertuduhan Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Wanita didakwa tipu penjual emas RM8,998 guna resit pembayaran palsu

Address

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share