PKR Cabang Raub

  • Home
  • PKR Cabang Raub

PKR Cabang Raub Parti Keadilan Rakyat Cabang Raub (PKR Raub)

𝓣π“ͺ𝓱𝓷𝓲π“ͺ𝓱 & 𝓒𝔂π“ͺ𝓫π“ͺπ“Όπ˜π πƒπšπ­π¨β€™ π…πšππ³π₯𝐒 𝐌𝐨𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐚π₯𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐒𝐦𝐚 πƒπšπ«π£πšπ‘ 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐑𝐀𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐑𝐚𝐧𝐠 (𝐃.𝐈.𝐌.𝐏.)Setinggi-tinggi ucapan tahn...
02/08/2026

𝓣π“ͺ𝓱𝓷𝓲π“ͺ𝓱 & 𝓒𝔂π“ͺ𝓫π“ͺ𝓼
𝐘𝐁 πƒπšπ­π¨β€™ π…πšππ³π₯𝐒 𝐌𝐨𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐚π₯
𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐒𝐦𝐚 πƒπšπ«π£πšπ‘ 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐑𝐀𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐑𝐚𝐧𝐠 (𝐃.𝐈.𝐌.𝐏.)

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YB Dato’ Fadzli Kamal atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan kepada YB Dato’ untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan memacu kemajuan Negeri Pahang.

Ikhlas daripada,
TUAN ELIAA BIN AZIZ @ Eliass Aliass
Ahli Majlis, Majlis Daerah Raub
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Raub
serta barisan pimpinan KEADILAN Cabang Raub.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya ingin ...
02/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas amanah sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Raub bagi Sesi 2026–2028.

Pelantikan ini merupakan satu amanah yang besar. Saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi menjaga kebajikan rakyat serta menyumbang kepada pembangunan Daerah Raub yang lebih maju, bersih, inklusif dan sejahtera.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, kepimpinan KEADILAN Cabang Raub, serta semua yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan kepercayaan kepada saya.

Saya amat menghargai setiap ucapan tahniah dan doa yang telah diberikan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan memberkati setiap usaha yang dilakukan demi kebaikan masyarakat.

Insya-Allah, saya akan berkhidmat sebaik mungkin untuk seluruh warga Raub.

Terima kasih.

YBhg. En. Eliaa Bin Aziz @ Eliass Aliass
Ahli Majlis
Majlis Daerah Raub (Sesi 2026–2028)

π“£π“π“—π“π“˜π“π“— & 𝓒𝓨𝓐𝓑𝓐𝓒Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. En. Eliaa Bin Aziz @ Eliass Aliass atas pelantikan sebagai A...
02/08/2026

π“£π“π“—π“π“˜π“π“— & 𝓒𝓨𝓐𝓑𝓐𝓒

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. En. Eliaa Bin Aziz @ Eliass Aliass atas pelantikan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Raub bagi Sesi 2026–2028.

Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperjuangkan kebajikan rakyat serta memacu pembangunan Daerah Raub ke arah yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Barisan Pimpinan Tinggi
KEADILAN Cabang Raub

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan dan rahmat.
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan dan rahmat.

22/05/2026

Sempat berbicara dan bertanya khabar dengan sahabat saya, CM Vijay hari ini dan sekali lagi mengucapkan tahniah atas amanah besar yang sedang beliau galas demi rakyat Tamil Nadu.

Saya turut maklumkan akan ke India pada September nanti bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS serta mengadakan pertemuan dengan PM Modi, dan jika ada kesempatan akan mengadakan kunjungan singkat ke Tamil Nadu.

Semoga CM Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan yang sempurna buat Tamil Nadu.



BICARA SANTAI & MAJLIS PENUTUP πŸ‡²πŸ‡ΎKursus Kenegaraan Malaysia MADANI(Kepimpinan Strategik MPN Pahang)BersamaYB Fuziah Sall...
03/05/2026

BICARA SANTAI & MAJLIS PENUTUP πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI
(Kepimpinan Strategik MPN Pahang)

Bersama
YB Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Turut dihadiri oleh YB Sim Chon Siang, ADUN Teruntum merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Kehadiran wakil Cabang KEADILAN Raub:
Timbalan Ketua Cabang, En. Eliaa Bin Aziz
Setiausaha Cabang, Saudara I.S. Sathiaseelan

Sesi santai yang sarat dengan perkongsian ilmu, memperkukuh kepimpinan strategik serta semangat Malaysia MADANI.

Cabang KEADILAN Raub menghadiri Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS di Dewan Komuniti Bandar Utama 11...
03/05/2026

Cabang KEADILAN Raub menghadiri Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS di Dewan Komuniti Bandar Utama 11, Petaling Jaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Puan Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir barisan kepimpinan Cabang KEADILAN Raub:
Timbalan Ketua Cabang, En. Eliaa Bin Aziz;
Ketua Wanita Cabang, Pn. Junaida Binti Mohamed;
Setiausaha Cabang, Saudara I.S. Sathiaseelan;
Ketua Penerangan Cabang, Saudara Arman Kalai;
Pengerusi Tetap Cabang, Saudara T. Sasikumar; serta
Ahli Jawatankuasa Cabang, Saudara Rajavel.

Pelancaran TERAS merupakan satu anjakan penting oleh Parti Keadilan Rakyat dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16.

πŸ“’ JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEADILAN CABANG RAUBAssalamualaikum dan Salam Reformasi,Seluruh anggota KEADILAN Caba...
15/04/2026

πŸ“’ JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEADILAN CABANG RAUB

Assalamualaikum dan Salam Reformasi,
Seluruh anggota KEADILAN Cabang Raub dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) bagi tahun 2026.

Kehadiran rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai bagi memperkukuh ukhuwah dan membincangkan hala tuju masa depan cabang kita.

Berikut adalah butiran majlis:
β€’ πŸ“… Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
β€’ πŸ•’ Masa: 4.00 Petang
β€’ πŸ“ Lokasi: Restoran RM Malaya, Raub
β€’ πŸ‘” Etika Berpakaian: Baju Korporat Parti / Kemas & Bersesuaian

Marilah kita bersama-sama hadir demi memperkasakan agenda perjuangan rakyat! πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œTeguh Bersama, Membina Masa Depan"

Jumpa anda di sana! 🀝

Sekian,
G.SIVANANDAR
Naib Pengerusi MPN PKR Pahang
Ketua Cabang PKR Raub

13/04/2026

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang PKR, Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan tawan kerusi Parlimen Indera Mahkota.


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKR Cabang Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share