Dato Indera Hj Mustaffar Kamal

Dato Indera Hj Mustaffar Kamal Penyelaras Dewan Negeri (DN) Beserah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat ...
09/08/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang berlangsung di Dataran Raub, Pahang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara perlu terus disemarakkan dalam diri setiap rakyat. Bulan Kebangsaan bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi menjadi ruang untuk kita mengenang perjuangan terdahulu serta memperkukuhkan perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan terus bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026!

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik...
05/08/2026

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Petang ini saya berkesempatan menyampaikan sumbangan BAKTI Negeri Pahang kepada penduduk JPKK Kampung Pantai Beserah.

Seramai 35 orang penerima menerima sumbangan sebagai usaha berterusan dalam membantu meringankan beban serta memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi sedikit manfaat dan menceriakan kehidupan para penerima. Insya-Allah, kita akan terus bersama rakyat, menyantuni dan membantu sedaya upaya.

📍 Balairaya Kampung Pantai Beserah
🗓️ Rabu | 5 Ogos 2026
🕠 5.30 Petang

Turut bersama :

Pengerusi JPKK Kg Pantai Beserah ; Encik Ahmad bin Roslan.

Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota ; Cik Nur Hanis Aina binti Hussin

02/08/2026

Happening betul Sepak Takraw Pahang 1st

Dalam perjalanan menghadiri Program Gotong-Royong Bubur Asyura di KRT Cenderawasih Barat, saya sempat singgah menziarahi...
02/08/2026

Dalam perjalanan menghadiri Program Gotong-Royong Bubur Asyura di KRT Cenderawasih Barat, saya sempat singgah menziarahi adik Nur Adelya Mikayla Mohd. Suhaimi di Kampung Batu Hitam, Beserah.

Adik Nur Adelya yang baru berusia dua tahun kini sedang berjuang melawan penyakit kanser saraf Neuroblastoma Tahap 4 dan memerlukan dana bagi mendapatkan rawatan di China.

Semoga dengan sedikit sumbangan dan doa daripada kita semua, urusan rawatan adik Nur Adelya dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kerana setiap sumbangan amat bermakna buat keluarga ini dalam menghadapi ujian yang berat.

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan adik Nur Adelya, mengurniakan kesembuhan yang sempurna serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin.

Turut bersama :
Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota : Puan Wan Norrazariah binti Wan Abdul Razak.

Usai merasmikan Majlis Perasmian dan Kejohanan Sepak Takraw League (STL) Pahang 1st 2026 Peringkat DUN Beserah, saya ter...
02/08/2026

Usai merasmikan Majlis Perasmian dan Kejohanan Sepak Takraw League (STL) Pahang 1st 2026 Peringkat DUN Beserah, saya terus menghadiri Program Gotong-Royong Bubur Asyura Sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Indera Mahkota (CBIM) di Dewan KRT Cenderawasih Barat.

Alhamdulillah, program yang penuh dengan semangat kebersamaan ini bukan sahaja menghidupkan tradisi memasak bubur asyura, malah menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyemai semangat gotong-royong dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Indera Mahkota (CBIM), jawatankuasa penganjur serta semua sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga budaya bekerjasama dan saling membantu terus menjadi amalan demi kesejahteraan komuniti.

Turut bersama ;

Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota : Puan Wan Norrazariah binti Wan Abdul Razak

Apa khabar rakan-rakan Facebook?Semoga semua sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria dan berbahagia bersama keluarga ...
02/08/2026

Apa khabar rakan-rakan Facebook?

Semoga semua sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria dan berbahagia bersama keluarga tercinta di hujung minggu ini.

Alhamdulillah, pagi ini saya memulakan hari dengan menyempurnakan Majlis Perasmian Sepak Takraw League (STL) Pahang 1st 2026 – Piala YAB Menteri Besar Pahang Peringkat DUN Beserah yang berlangsung di Dewan Terbuka Beserah Pantai.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, semua jawatankuasa serta para peserta yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga penganjuran seperti ini terus menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan sepak takraw di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga kejohanan ini berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh semangat kesukanan.

Turut bersama :
Naib Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota ; Encik Aziz bin Abdullah
Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota : Encik Kamal Zaim bin Mohd Amin
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Indera Mahkota : YH Dato Hj Suhaimi bin Sulong
Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota ; Puan Wan Norrazariah binti Wan Abdul Razak
Pengerusi JPKK Kampung Beserah Pantai ; Encik Ahmad bin Roslan
Pengerusi JPKK Kampung Baru ; Encik Ramdzan bin Rakna
Pengerusi JPKK Kampung Darat Beserah ; Encik Azairuddin bin Osman
Pengerusi JPKK Kampung Dato’ Rashid : Encik Wan Rozaimi bin Wan Mustafa Roni

Agak sengit perlawanan sepak takraw hari ini. Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan hadiah kepada empat pasukan...
01/08/2026

Agak sengit perlawanan sepak takraw hari ini. Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan hadiah kepada empat pasukan yang berjaya menamatkan saingan sebagai pemenang.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Taman MBSB yang muncul sebagai Johan, manakala Pasukan Indera Mahkota Jaya dinobatkan sebagai Naib Johan.

Setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua pasukan yang telah beraksi dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan komitmen. Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya semangat perpaduan, persahabatan dan usaha yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.

Turut bersama:
• Pengerusi JPKK 6 Indera Mahkota Jaya, Encik Faizal Rizal bin C. Mustafah Kamal, serta barisan Ahli Jawatankuasa JPKK.

Semoga sukan sepak takraw terus berkembang dan menjadi medium untuk menyatukan masyarakat serta melahirkan lebih ramai atlet berbakat pada masa hadapan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat pagi rakan rakan facebook saya. Selamat berhujung minggu.Alhamdulilla...
01/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi rakan rakan facebook saya. Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah, pada pagi ini saya telah berkesempatan untuk merasmikan Majlis Perasmian Kejohanan STL Pahang 1st 2026 – Piala YAB Menteri Besar Pahang Peringkat DUN Semambu yang telah berlangsung di Dewan Tertutup Yeowhong, Indera Mahkota.

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha gigih dalam menjayakan penganjuran kejohanan ini. Semoga platform seperti ini dapat terus menjadi wadah dalam mencungkil bakat-bakat baharu, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Kepada semua pasukan yang bertanding, saya mengucapkan selamat beraksi. Tunjukkanlah semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang baik serta sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Semoga penganjuran Kejohanan STL Pahang 1st 2026 ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah digariskan. InsyaAllah.

Address

Parlimen Indera Mahkota
Kuantan
252500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato Indera Hj Mustaffar Kamal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share