PAGE Jabatan Kebudayaan Dan kesenian Negara, Pahang

PAGE Jabatan Kebudayaan Dan kesenian Negara, Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAGE Jabatan Kebudayaan Dan kesenian Negara, Pahang, Kuantan.

Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pahang dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Pahang dan ditempatkan di Kompleks JKKN pahang

Perkhidmatan:

PUSAT SUMBER SENI BUDAYA
PENTAS BERGERAK
KEJURULATIHAN

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Lepas sambut Merdeka, cuti sekolah masih berbaki!Jom bawa keluarga ke **Panggung Seni @ Teruntum**, 4–6 September 20...
23/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Lepas sambut Merdeka, cuti sekolah masih berbaki!

Jom bawa keluarga ke **Panggung Seni @ Teruntum**, 4–6 September 2026 di **Kompleks Teruntum, Kuantan**.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda β€” pertandingan, persembahan seni, muzik dan budaya untuk seisi keluarga.

🎀 Gema Irama Malaysia
🎨 Pertandingan Mewarna Si Cilik
πŸ’ƒ Joget Warisan Si Cilik
πŸ‘‘ Pencarian Ratu Kebaya
🎢 Citra Malaysia – *Colours of Malaysia* oleh JKKN Pahang
πŸ›οΈ Kiosk Produk Warisan
🍜 Booth Makanan

Tak perlu fikir nak pergi jauh-jauh untuk isi baki cuti sekolah…
**Kompleks Teruntum pun dah meriah!** ❀️✨

31/07/2026

🚨🚨JOM KITA KE KENDURI TEATER🚨🚨

🎭FESTIVAL TEATER ZON TIMUR 2026🎭
Ramai ramai kita berkampung di JKKN Pahang pada 3 - 11 Ogos 2026 bagi menyaksikan 8 pementasan teater yg hebat dari negeri2 Pantai Timur kita !!!

Nikmati pengalaman menyaksikan persembahan yang sarat dengan kreativiti, emosi dan mesej yang menyentuh jiwa daripada kumpulan teater terbaik Zon Timur.

πŸ“ Auditorium Sudirman, Kompleks JKKN Pahang
πŸ—“οΈ 3–11 Ogos 2026
πŸ•£ 8.45 Malam (Setiap Malam)
🎟️ Masuk Percuma!

πŸ”₯ Antara naskhah yang bakal dipentaskan:
🎭 Tular: Misteri Penunggu Pokok Besar
🎭 Seri Mayang Di Hujung Tanjung
🎭 Kaudat
🎭 Roh Pejuang
🎭 Nasi Lemak 10 Sen
🎭 Pesan Bahaman
🎭 Ratna Khadal
🎭 Antithesis: Beringin Jadi Saksi

πŸ’‘ Jika anda pencinta seni, penggiat teater atau sekadar ingin menikmati malam yang penuh makna dan kreativiti, inilah masanya untuk bersama-sama memeriahkan pentas seni tanah air.

Bawa keluarga, rakan-rakan dan sahabat anda untuk menghayati keindahan teater yang mengangkat hubungan manusia dengan alam serta nilai kehidupan.
πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 09-517 8466





18/06/2026

Pesta Pantun Negeri Pahang

15 Mei 2026( Jumaat )Telah Selesai: Program Citra Malaysia: Rentak Malaysia @ Mengkarak Waterfront, Bera! 🌟telah berlang...
16/05/2026

15 Mei 2026( Jumaat )

Telah Selesai: Program Citra Malaysia: Rentak Malaysia @ Mengkarak Waterfront, Bera! 🌟

telah berlangsung dengan jayanya Program Citra Malaysia: Rentak Malaysia yang mengangkat keunikan dan keindahan Kesenian Tempatan kita. Program ini telah diadakan sempena Program Keindahan Di Mengkarak Waterfront, Bera.

Kehadiran pengunjung yang memeriahkan suasana membuktikan bahawa seni dan budaya tempatan sentiasa dekat di hati masyarakat. Gabungan rentak tari, muzik, dan persembahan tradisional nyata menghidupkan lagi pesona Mengkarak Waterfront!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha memartabatkan kesenian warisan ini akan terus subur demi generasi akan datang.

12/05/2026

JOM MERIAHKAN INDAHNYA MALAM DI MENGKARAK WATERFRONT

Hayati indahnya malam di persisiran Sungai Pahang dengan pelbagai persembahan kesenian dari kami JKKN Pahang sambil menyaksikan kerlipan cahaya neon dan kreativiti bot berhias di Mengkarak Waterfront.

Dengarkan alunan merdu Muazin Cilik, deklamasi sajak penuh penghayatan, tarian masyarakat Melayu, India, Cina dan Borneo, setiap segmen membawa penonton menyelami keindahan budaya tanah air berentak Malaysia.

Tak lupa ada pertunjukkan bunga api yang pasti dapat mencipta momen bahagia bersama keluarga tercinta dan rakan taulan. Orang Bera dan sekitarnya wajib datang, yang jauh amat dialu-alukan dan terima kasih didahulukan.

Jadi apa lagi...set temu janji untuk menonton persembahan Kumpulan Kesenian JKKN Pahang dan ramai lagi dalam COM Rentak Malaysia: Indahnya Malam Di mengkarak Waterfront.

Mengkarak Waterfront, Bera, Pahang
15 Mei 2026 (Jumaat)
9.00 malam hingga 12.00 t/malam







23/04/2026
14/04/2026

🎢 Panggilan Buat Pencinta Seni Muzik Gamelan! 🎢

Pernah terpesona dengan keindahan alunan muzik Gamelan? Inilah masanya untuk anda sendiri mendalami ilmu seni ini! JKKN Pahang kini membuka peluang melalui Program Perantisan Seni Muzik Gamelan khas buat anda yang ingin belajar secara teori dan praktikal.

✨ Butiran Program:
πŸ—“ Hari: Setiap Sabtu
πŸ“… Tempoh: Mei – Ogos 2026
πŸ•™ Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
πŸ“ Tempat: Galeri Muzik, Kompleks JKKN Pahang

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana Tempat Adalah Terhad! Siapa cepat, dia dapat. πŸ˜‰

πŸ“ž Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi:
Pn. Norlelah di talian 09-5178466

Jom kita martabatkan seni budaya kita!

13/11/2025

πŸŽ‰ *Program Budaya@Komuniti: PESTA BUDAYA BERA 2025* 🎊
Tarikh: 8 & 9 November 2025
Lokasi: Tapak Pekan Sehari, Kg. Durian Tawar

Syukur Alhamdulillah, *Pesta Budaya Bera* telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya! Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan suasana seperti *pasar terapung, bot berhias, kenduri rakyat, persembahan kesenian, permainan tradisional dan pameran jualan tempatan*.

Sambutan hangat daripada masyarakat setempat membuktikan bahawa seni dan budaya terus hidup subur dalam komuniti kita.

*Terima kasih* kepada semua pihak yang terlibat β€” dari peserta, pengunjung, urus setia hingga ke komuniti tempatan yang menjayakan program ini.
Sama-sama kita terus memartabatkan warisan budaya tanah air! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨





Address

Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095178466

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAGE Jabatan Kebudayaan Dan kesenian Negara, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAGE Jabatan Kebudayaan Dan kesenian Negara, Pahang:

Shortcuts

Share