JSJK Pahang

JSJK Pahang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Pahang Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda.

POLISI FACEBOOK RASMI JSJK PAHANG

JSJK Pahang mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi JSJK Pahang mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi

kesedaran mengenai pencegahan jenayah komersil yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi JSJK Pahang adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima
● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke inbox page ini. Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook serta media sosial lain. Hak Pentadbir

Pentadbir Facebook Rasmi JSJK Pahang berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi JSJK Pahang sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

* Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi JSJK Pahang adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi JSJK Pahang. Pihak pentadbir Facebook Rasmi JSJK Pahang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

Address

Jalan Gambut, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri
Kuantan
25990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSJK Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JSJK Pahang:

Shortcuts

Share