12 RAMD Mekanize

12 RAMD Mekanize Buletin 12 RAMD (Mek)

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin ...
11/04/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi.

Senoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.



𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade b...
10/04/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan ucapan tahniah kepada PW1 Mohd Haslan bin Abu Bakar diatas kenaikan pangkat Pegawai Waran 1.

Semoga pangkat yang disandang mampu memberi inspirasi dan memupuk keteladanan yang baik kepada warga Tangkas Gempur.



𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊) KUANTAN, 8 Apr 26: Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekaniz...
08/04/2026

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊)

KUANTAN, 8 Apr 26: Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

Perbarisan yang diketuai oleh Mej Mohammad Noornazrin bin Mohd Norzri telah dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada 4 anggota LLP diketuai oleh SSjn Shahir bin Md Zain, yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah. Kemudian, Perbarisan diteruskan dengan penyampaian sijil kecemerlangan kursus kepada pegawai dan anggota iaitu Lt Muhamad Amerrusyaidi bin Mohd Faizam yang telah memperoleh Anugerah Penuntut Akademik Terbaik dalam Kursus Pegawai Perisikan Pasukan siri PPP/57/2026 di KP ATM. Seterusnya, turut disampaikan adalah Anugerah Penuntut Keseluruhan dan Akademik Terbaik kepada Sjn Mohd Nadzrin bin Kamarudin yang telah menghadiri Kursus Pelepas 𝘈𝘣𝘴𝘦𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 dan 𝘙𝘦𝘱𝘦𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 siri 1/2026 bertempat di PULPAK.

Bagi meneruskan acara, Perbarisan diteruskan dengan acara serah terima tugas Penolong Pegawai Memerintah diantara Mej Muhammad Adam bin Hj Abdul Haris dan Mej Wan Ahmad Ghazly Bin Md Ghauz. Serah terima tugas seterusnya adalah bagi Ketua Kompeni Bantuan diantara Mej Bambang Adi Sumantri bin Bombang Sukocho dan Mej Mohd Shahrin bin Mohd Senari. Acara diteruskan lagi dengan serah terima tugas Ketua Kompeni Alpha diantara Mej Mohd Shahrin bin Mohd Senari dan Kapt Mohamad Arif Hilmi bin Mohamad Jamil.

Di dalam ucapan Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Beliau berpesan bahawa pangkat yang disandang melambangkan tanggungjawab yang lebih besar. Beliau juga merakamkan setinggi tahniah kepada pegawai dan anggota yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam kursus. Ini menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dan jati diri yang kukuh dalam kalangan warga Tangkas Gempur.

Tambahan lagi, Beliau turut merakamkan setinggi tahniah kepada Penolong Pegawai Memerintah dan Ketua Kompeni Bantuan serta Alpha yang baru dilantik. Pegawai Memerintah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mej Muhammad Adam bin Hj Abdul Haris dan Mej Bambang Adi Sumantri bin Bombang Sukocho di atas segala jasa, keringat dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat di Batalion ini dan juga selamat maju jaya kepada mantan Penolong Pegawai Memerintah dan mantan Ketua Kompeni Bantuan.



𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade b...
03/04/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan ucapan tahniah kepada Lt Muhamad Amerrusyaidi bin Mohd Faizam diatas penerimaan Anugerah Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Pegawai Perisikan Pasukan Siri 57/2026.

Semoga kejayaan yang dikecapi ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.



𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗡𝗧𝗥𝗜 𝗞𝗘-𝟯𝟴Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), ...
01/04/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗡𝗧𝗥𝗜 𝗞𝗘-𝟯𝟴

Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, bersama seluruh warga Tangkas Gempur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri Ke-38.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan kepimpinan, ketokohan, dedikasi serta komitmen tidak berbelah bahagi YBhg Panglima dalam memperkukuh kesiagaan dan profesionalisme ke tahap yang lebih unggul.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada YBhg Panglima dalam menggalas amanah yang diberikan sekaligus memimpin ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.



𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝟭𝟮 𝗥𝗔𝗠𝗗 (𝗠𝗘𝗞)KUANTAN, 30 Mac 26 - Morning Prayer Siri 1/2026 dilaksanakan di Bilik Mesyuarat ...
30/03/2026

𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝟭𝟮 𝗥𝗔𝗠𝗗 (𝗠𝗘𝗞)

KUANTAN, 30 Mac 26 - Morning Prayer Siri 1/2026 dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Zulu Muster, 12 RAMD (Mek) yang dipengerusikan oleh Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek).

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membentangkan perkara-perkara berkaitan G, A dan Q, di samping meneliti serta membincangkan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh pasukan. Sesi ini juga menjadi platform dalam merangka serta menyelaras perancangan aktiviti bagi memastikan pelaksanaan takwim tahun 2026 berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.

Pelaksanaan Morning Prayer ini mencerminkan tahap komitmen yang tinggi dalam kalangan warga pasukan dalam memperkukuh kesiagaan pada setiap masa. Ia selaras dengan usaha berterusan ke arah meningkatkan keupayaan serta memartabatkan kecemerlangan pasukan secara menyeluruh.



𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠KUANTAN, 21 Mac 2026 - Warga Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu...
21/03/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

KUANTAN, 21 Mac 2026 - Warga Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) turut menyambut kemeriahan pagi 1 Syawal yang dimulakan dengan seruan takbir raya dan juga Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al-Ikhwan RKAT TD, Sg Panching.

Tambahan p**a, Sambutan Aidilfitri Peringkat 4 Briged (Mekanize) pada tahun ini juga telah diadakan di Dewan Indera Kem Sri Panching bagi meraikan semua anggota dan keluarga yang menyambut Aidilfitri di Kem Batu 10, Kuantan.

Sambutan pada hari yang mulia ini diteruskan di peringkat pasukan dengan pemberian sumbangan kepada anggota yang sedang bertugas yang telah disampaikan oleh Mej Mohd Dzulkifli bin Mohd Nor selaku Pegawai Gerakan batalion ini.

Kemeriahan pagi Syawal ini juga diserikan lagi dengan sambutan Hari Raya serta Jamuan Makan beberapa pegawai bersama keluarga di Wisma Perwira 12 RAMD (Mekanize).

Semoga Syawal yang diraikan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat ukhuwah, memperkukuhkan perpaduan serta membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam amnya dan warga Tangkas Gempur khususnya, setelah melalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan.



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟳𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟲𝐌Gema takbir memecah sunyi,Menanda kemenangan iman yang haki...
20/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟳𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟲𝐌

Gema takbir memecah sunyi,
Menanda kemenangan iman yang hakiki,
Setelah sebulan kita mendaki,
Mencari redha di bulan suci.

Kini Syawal hadir bertemu,
Membawa sinar di pagi yang syahdu,
Tangan dihulur memohon restu,
Maaf dipinta setulus rindu.

Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek) serta seluruh warga Tangkas Gempur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyambut lebaran pada tahun ini.

Semoga sinar Syawal terus membawa sejuta kemaafan dan kebahagiaan dalam hidup kita.



20/03/2026

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟭𝟮 𝗥𝗔𝗠𝗗 (𝗠𝗘𝗞) 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Malaysia.

Semoga Syawal yang mulia ini dipenuhi dengan rahmat, kesejahteraan, dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐖𝐈𝐇 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟒 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄)KUANTAN, 17 Mac 2026 - Bat...
18/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐖𝐈𝐇 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟒 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 (𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐙𝐄)

KUANTAN, 17 Mac 2026 - Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pasukan bersama Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin W. Mohamad Fablillah, Panglima 4 Briged (Mekanize). Ketibaan Panglima 4 Briged (Mekanize) telah disambut oleh Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mekanize) di Surau Al-Mujahiddin.

Acara dimulakan dengan berbuka puasa dengan juadah ringan sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Staf Agama Pasukan. Usai solat Maghrib, Panglima 4 Briged (Mekanize) telah diarak ke Garaj Kenderaan Jenis ‘B’ untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.

Panglima 4 Briged (Mekanize) telah berkesempatan untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada semua warga Tangkas Gempur. Di dalam ucapan beliau, Panglima menekankan tentang kepentingan aspek rohani dalam memartabatkan bulan Ramadhan yang mulia. Beliau juga menekankan berkenaan keselamatan buat setiap lapisan warga Tangkas Gempur dalam menyambut bulan Syawal yang menjelang tiba.

Selepas jamuan berbuka, Panglima 4 Briged (Mekanize) bersama seluruh warga Tangkas Gempur telah bergerak ke Surau Al-Mujahiddin bagi menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Acara diakhiri dengan Majlis Moreh bersama Panglima 4 Briged (Mekanize) dan acara menandatangani buku lawatan bertempat di Wisma Bintara 12 RAMD (Mekanize).

Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dan mendapat keberkatan dalam setiap amalan yang dilakukan.



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑KUANTAN, 14 MAC 2026 – Dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang pen...
15/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑

KUANTAN, 14 MAC 2026 – Dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wisma Perwira 12 RAMD (Mek) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Wisma Perwira bersama keluarga pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadhan 1447H yang berlangsung di Wisma Perwira.

Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat bersama Pengerusi BAKAT 12 RAMD (Mek), Puan Ain Nabilah binti Kapli yang turut meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa bersama ahli serta staf Wisma Perwira dan keluarga masing-masing.

Atur cara majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada staf dan anggota Wisma Perwira sebagai penghargaan atas komitmen serta sumbangan mereka dalam mengurus dan menyelia Wisma Perwira. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan berbuka puasa yang diadakan di perkarangan Wisma Perwira dalam suasana penuh kemesraan bersama ahli serta keluarga. Selesai berbuka puasa, para tetamu turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Wisma Perwira.

Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan suasana Ramadan, malah turut menjadi wadah dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Wisma Perwira. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kenangan keluarga Wisma Perwira Tangkas Gempur.



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊)KUANTAN, 14 MAC 2026 – Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (M...
14/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟏𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐌𝐄𝐊)

KUANTAN, 14 MAC 2026 – Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 12 RAMD (Mek) yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan keberkatan di Surau Al Mujahidin. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat, sebagai manifestasi penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga pasukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum diteruskan dengan sesi khatam Al-Quran yang melibatkan penyertaan dari 5 Pegawai, 34 Anggota LLP serta 21 orang peserta BAKAT, di bawah pimpinan SSjn Zulkarnain bin Othman selaku Staf Agama Pasukan.

Program ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen warga 12 RAMD (Mek) dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan yang penuh keberkatan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Memerintah serta Pengerusi BAKAT 12 RAMD (Mek) kepada para peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan mereka menamatkan bacaan Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Pegawai Memerintah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. Diharapkan program seumpama ini akan terus menyemai rasa cinta dan penghayatan terhadap kitab mulia Al-Quran, di samping memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga pahlawan dan srikandi 12 RAMD (Mek).

Semoga semangat Ramadan ini terus menyatukan hati dan memperteguhkan jati diri warga Tangkas Gempur dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.



Address

Kem Daralockwood, Kem Batu 10, 25990
Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 12 RAMD Mekanize posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category