Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Page Facebook Rasmi JKDM Pahang

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MOleh: Cawangan Komunikasi KorporatSempena sambutan Maulidur Rasul 14...
24/08/2026

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang.

Sambutan Maulidur Rasul merupakan kesempatan untuk kita menghayati kembali sirah, akhlak dan keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, integriti dan profesionalisme.

Semoga penghayatan terhadap sifat mulia Rasulullah SAW menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memperkukuhkan nilai murni, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta membudayakan sikap amanah, prihatin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas demi kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan negara.

Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul ini sebagai wadah untuk memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, mempereratkan ukhuwah serta terus memberikan perkhidmatan kastam yang unggul kepada rakyat dan negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah Kastam Negeri Pahang







ยฉ 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” BENTONG, 10 OGOS 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia...
12/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

BENTONG, 10 OGOS 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang telah melaksanakan Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Madani JKDM Tahun 2026 di Kampung Baris Jawi-Jawi, sebagai usaha memperkukuh hubungan serta penglibatan Jabatan bersama komuniti setempat.

Program ini mencerminkan komitmen JKDM dalam menyantuni masyarakat serta memperkasa kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐ โ€ข ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ โ€ข ๐“๐„๐†๐€๐’

#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ
#๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐Š๐š๐ฌ๐ญ๐š๐ฆ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ

ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐ŸณKUANTAN...
01/08/2026

๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿณ

KUANTAN, 1 Ogos 2026 - Seramai 52 individu dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini,

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia โ€“ Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri Setia kepada Ketua Hakim Negara, YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh.

Mendahului senarai 16 penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia โ€“ Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datoโ€™ Sri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Datoโ€™ Sri Mohd Shahar bin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Datoโ€™ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff; Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Datoโ€™ Sri Dr Ramli bin Datoโ€™ Mohd Nor; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datoโ€™ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datoโ€™ Sri Azhan bin Hj Md Othman; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoโ€™ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Lt Jen Datoโ€™ Sri Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datoโ€™ Sri Hj. Amran bin Hj. Ahmad dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Datoโ€™ Sri Dr. Osman bin Bakar.

Darjah kebesaran dan gelaran sama turut dianugerahkan kepada Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Datoโ€™ Mohamed Nizam bin Abdul Razak; Presiden VXL Holdings Sdn Bhd, Datoโ€™ Sri Lim Chee Wah; Pengarah Urusan Ar Eastern Sdn Bhd, Datoโ€™ Sri Ir. Mathialagan Chellapan; Ketua Pegawai Eksekutif SMM Education Group, Datoโ€™ Sri Dr Lim Teck Ting serta penyanyi Datoโ€™ Shaheila binti Abdul Majid.

Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia โ€“ Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Datoโ€™ Indera kepada dua individu Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), Datoโ€™ Indera Haji Zamri bin Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datoโ€™ Indera Abu Bakar bin Yusof.

Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Datoโ€™ kepada lapan orang individu iaitu Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan; Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datoโ€™ Azman bin Rabani; Timbalan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datoโ€™ Rosli bin Abd Ghani dan Pengarah Eksekutif KH Road Maintenance Sdn Bhd, Datoโ€™ Haji Suhaimi bin Jusoh @ Sulong.

Turut dianugerahkan darjah kebesaran sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif EPOMS Group Sdn Bhd, Datoโ€™ TS Zulkarnain bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ProsperCap Corporation Limited, Datoโ€™ Iqbal Jumabhoy; Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Datoโ€™ Hajah Faiza Bawumi bin Sayed Ahmad serta Timbalan Pengerusi Eksekutif Sumisaujana Group Berhad, Datoโ€™ Toh Chee Seng.

Dalam pada itu,18 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia โ€“ Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datoโ€™ ialah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datoโ€™ Fadzli bin Mohamad Kamal; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Kol. Bersekutu (PA) Datoโ€™ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan Dan Dasar Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datoโ€™ Khairuddin bin Ismail; Pengarah Pendidikan Pahang, Datoโ€™ Haji Ahmad Zamri bin Md Isa serta Penolong Pengurus Istana Majlis Kesultanan Pahang, Datoโ€™ Haji Kamaruzaman bin Md Nor.

Turut tersenarai ialah Timbalan Pengarah Narkotik, Datoโ€™ SAC Zairulnizam bin Mohd Zainuddin @ Hilmi; Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Dato Haji Nordin bin Pauzi; Pengasas Utu, Datoโ€™ Asad Jumabhoy; Pengasas Soma Health Kuala Lumpur, Datoโ€™ Nutthakitt Kittichaiwong; Ahli Silat Negara, Datoโ€™ Mohd Al-Jufferi bin Jamari; Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Negeri Pahang, Datoโ€™ Affendi bin Abd Rahman; Atlet Equestrian/Pengarah Urusan 3Q Equestrian, Datoโ€™ Mohd Qabil Ambak bin Tan Sri Mahamad Fathil dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat N.U.R Power Sdn Bhd, Datoโ€™ Ikwan Hafiz bin Jamaludin.

Darjah Kebesaran sama turut diterima Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan, Datoโ€™ Hasnita Binti Mohd Hanapiah; Pegawai Kanan TLDM Bersara, Laksamana Pertama Datoโ€™ Ts. Dr. Tay Yap Leong (B); Pengarah Eksekutif Ikhasas Global Sdn Bhd, Datoโ€™ Fung Heen Choon; Pengerusi Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya, Datoโ€™ Dr Abdullah bin Ismail dan pesara guru, Datoโ€™ Haji Mohamad Zaki bin Zainuddin.

Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan limpah perkenan dan sukacitanya turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada Tok Muda Penolong Pesuruhjaya Bomba, Wan Ahmad Fadilah bin Datoโ€™ Wan Abdul Rahman dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Muhamad Azmi bin Ismail.

Sementara itu Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohamad Zamri bin Mohamad Zaber.

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dikurniakan kepada dua penerima iaitu Encik Mohd Ali bin Mat Dasir serta Encik Mohd Rozaini bin Jumali.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia โ€“ Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada Penguasa Kanan Bomba II Mohd Sobree bin Mohamed Salleh dan Presiden Persatuan Pekebun India Cameron Highlands, Encik Mathan a/l Subramaniam. -KESULTANAN PAHANG

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)Barisan Pengurus...
01/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ.๐—ฆ.๐—”.๐—ฃ.)

Barisan Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia โ€“ Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri.

Pengurniaan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, sebagai pengiktirafan terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau kepada perkhidmatan awam serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tahniah dan syabas atas pengiktirafan yang amat bermakna. Semoga YBhg. Datoโ€™ Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan serta terus cemerlang memimpin Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan.

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH KASTAM KE PEJABAT KASTAM TEMERLOHOleh: Cawangan Komunikasi KorporatTEMERLOH, 30 JULAI 20...
31/07/2026

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH KASTAM KE PEJABAT KASTAM TEMERLOH
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

TEMERLOH, 30 JULAI 2026 โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang telah menerima kunjungan mengejut daripada YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia ke Pejabat Kastam Temerloh sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan kerja serta meninjau secara langsung pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan jabatan di peringkat daerah.

Ketibaan YBhg. Datoโ€™ Haji Amran bin Haji Ahmad telah disambut oleh Tuan Nazri bin Abdul Karim, Ketua Kastam Daerah Temerloh bersama pegawai-pegawai di Stesen Kastam Temerloh. Dalam lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa berinteraksi bersama warga kerja serta mendapatkan maklum balas berkaitan pengurusan operasi dan cabaran semasa yang dihadapi di peringkat lapangan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi JKDM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kastam sentiasa berada pada tahap terbaik, di samping memperkasa budaya kerja berintegriti, profesional dan berorientasikan kecemerlangan dalam kalangan warga jabatan.







ยฉ 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PENGURUSAN) KE JKDM PAHANGOleh: Cawangan Komunikasi KorporatROMPIN, ...
31/07/2026

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PENGURUSAN) KE JKDM PAHANG
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

ROMPIN, 26 Julai 2026 โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang telah menerima Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol, ke JKDM Pahang yang berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2026. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Mohd Asri bin Seman, bersama Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Mohd Khairul Azmi bin Hasan, Ketua Bahagian Perkastaman, Tuan Mohd Rosli bin Arfan.

Sepanjang lawatan tersebut, Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol telah menghadiri mesyuarat bersama Pengurusan Kastam Rompin di Pejabat Kastam Teluk Gading sebelum menerima taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Mohd Khairul Azmi bin Hasan berhubung aspek pengurusan sumber manusia dan pentadbiran. Seterusnya, beliau mengadakan lawatan ke Terminal Jeti Penumpang Teluk Gading bagi meninjau operasi serta kemudahan di lapangan. Pada hari kedua, beliau meneruskan lawatan ke Pejabat Kastam Rompin dengan menghadiri taklimat daripada Ketua Pejabat Kastam Rompin sebelum mengadakan lawatan ke Jeti Jabatan Laut Kuala Rompin bagi meninjau aspek pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi JKDM dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta mempererat hubungan antara pengurusan pusat dan negeri. Kehadiran Tuan Mohd Asri bin Seman, Tuan Mohd Khairul Azmi bin Hasan dan Tuan Mohd Rosli bin Arfan bersama sepanjang lawatan tersebut turut mencerminkan kesepaduan warga jabatan dalam mendukung aspirasi organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan.






ยฉ 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

JKDM PAHANG MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI PADUKA BAGIND...
31/07/2026

JKDM PAHANG MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG KE-67

Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

KUANTAN, 30 Julai 2026โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang dengan penuh rasa takzim, hormat serta junjung kasih merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah** sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda yang ke-67.

Sesungguhnya, seluruh warga JKDM Pahang menjunjung kasih atas kepimpinan Paduka Baginda yang sentiasa berteraskan kebijaksanaan, keadilan, kewibawaan dan penuh hikmah dalam menerajui pemerintahan Negeri Pahang Darul Makmur. Keprihatinan Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat, kemajuan negeri, pemerkasaan syiar Islam, pembangunan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

Warga JKDM Pahang turut merafak sembah menjunjung kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen Paduka Baginda dalam memastikan Negeri Pahang terus menikmati keamanan, kemakmuran dan pembangunan yang mampan. Semangat kepimpinan serta kebijaksanaan Paduka Baginda menjadi pemangkin kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Bersempena hari yang penuh bermakna ini, seluruh warga JKDM Pahang dengan penuh keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taโ€™ala mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Semoga Paduka Baginda terus dikurniakan kekuatan untuk memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kesejahteraan.

Daulat Tuanku.






ยฉ 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

29/07/2026
๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐, ๐‰๐„๐‘๐€๐๐“๐”๐“, ๐๐€๐‡๐€๐๐†. JERANTUT, 20 JULAI 2026...
22/07/2026

๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐, ๐‰๐„๐‘๐€๐๐“๐”๐“, ๐๐€๐‡๐€๐๐†.

JERANTUT, 20 JULAI 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menganjurkan Program Santuni MADANI di Kampung Pasir Durian, Jerantut, Pahang sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial.

Program yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam ini diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk gotong-royong, penyerahan sumbangan kebajikan kepada penduduk kampung, penyampaian Smart TV kepada Balai Raya Kampung Pasir Durian, kenduri rakyat serta aktiviti riadah bersama komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKDM dalam menyokong aspirasi Malaysia MADANI dengan memperkukuh hubungan strategik antara jabatan dan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐ โ€ข ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ โ€ข ๐“๐„๐†๐€๐’

#๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ
#๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐Š๐š๐ฌ๐ญ๐š๐ฆ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ

ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐—”๐—  ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Address

Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, Indera Mahkota 14
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share