24/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ (๐
๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐/๐๐.
๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course) Siri 41/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh YBhg Komandan INSPRA, Kol Azuha bin Mat Ail TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.
Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course)
ini telah bermula pada 9 Feb 20 Apr hingga 21 Ogos 26 yang melibatkan seramai 24x peserta kursus dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugas pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat bantuan pernafasan seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.
Di dalam kursus FSTC Siri 41/26. Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LUK Danial Haikal bin Helmi.
Melalui ucapan penutup, YBhg Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.
Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran Kursus FSTC.
โKuasa Udara Perisai Negaraโ
โSentiasa Diangkasa Rayaโ